PERMOHONAN PISMP FASA 2 (LULUSAN SPM 2019 2020 & 2021)

PERMOHONAN PISMP FASA 2 (LULUSAN SPM 2019 2020 & 2021)

PISMP

Kepada calon lepasan SPM tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan  dan memilih kerjaya sebagai guru,boleh buat permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi ambilan tahun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Fasa 2 Tahun 2020 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing!

 

APA ITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)?

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

 

TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022

Permohonan IPG Online (PISMP) dibuka mulai:

  • Fasa 1: 15 Mac sehingga 15 April 2022
  • Fasa 2: 01 Jun sehingga 10 Jun 2022

Nota: Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada 13 Jun 2022.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022

Berikut merupakan syarat kelayakan asas yang diperlukan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI
  • Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan*

*Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di iklan

 

CARA PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022

  1. Layari Laman Sesawang PISMP
    • Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Di SINI
    • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
  2. Sila Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2022
    • Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.
    • Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang kalendar aktiviti (Lampiran B)
  3.  Kemaskini Maklumat Permohonan
    • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  4.  Sila Hantar & Sahkan Permohonan
    • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
    • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
    • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

 

PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022

Berikut adalah ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM.

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan

Temu Duga

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

VKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

Pemilihan

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

Penawaran

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

 

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

 

TARIKH PENTING IPG ONLINE PISMP 2022

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh  penting yang ditetapkan oleh KPM:

BILAKTIVITITARIKH
1Permohonan15 Mac – 15 April 2022
2Pelaksanaan e-UKCG20 – 29 April 2022
3Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP20 – 22 Jun 2022
4Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini Link/ URL ke portal PISMP)
28 Jun – 3 Julai 2022
5Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/ URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 Julai 2022
6Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)3 – 8 Julai 2022
7Keputusan tawaran Pengajian ke IPG16 Julai 2022
8Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus7 – 8 Ogos 2022

NOTA: Tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

 

SEMAKAN TAWARAN PISMP 2022 / 2023

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Keputusan tawaran pengajian ke IPGM akan diumumkan pada 16 Julai 2022 melalui https://pismp.moe.gov.my

 

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP 2022

Berikut adalah calon yang tidak layak memohon:

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PISMP

Silak rujuk pautan soalan lazim DI SINI

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online PISMP,sila hubungi nombor telefon berikut:

03-8312 6768/6693/6731/6769

Alamat surat-menyurat:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

Sila dapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Layari https://ipg.edu.my/pismp untuk info lanjut

 

Artikel Lain

CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2022:FORMAT TERBARU & TERKINI e-UKCG

 

Tags: #CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP 2022 #CARA PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022 #PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU #PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP FASA 2 #PERMOHONAN PISMP FASA 2 (LULUSAN SPM 2019 2020 & 2021) #PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022 #Semakan calon Layak Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022 #SEMAKAN TAWARAN PISMP 2022 / 2023 #SOALAN LAZIM (FAQ) PISMP #TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN IPG ONLINE PISMP 2022 #tarikh Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP #tarikh Keputusan e-UKCG #tarikh Keputusan tawaran Pengajian ke IPG #tarikh Pelaksanaan e-UKCG #tarikh Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus #tarikh permohonan IPG ONLINE PISMP 2022 #tarikh semakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan #tarikh Temu duga secara dalam talian dan Penilaian Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) #TARIKH-TARIKH PENTING IPG ONLINE PISMP 2022 #Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN PISMP FASA 2 (LULUSAN SPM 2019 2020 & 2021)"