PERMOHONAN PISMP IPG KEMASUKAN 2023 (Untuk Menjadi Seorang Guru)
Kepada calon lepasan SPM tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perguruan dan memilih kerjaya sebagai guru,boleh buat permohonan IPG online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi ambilan tahun 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Dengan Kepujian Ambilan Tahun 2023 bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing!
APA ITU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)?
Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
TARIKH PERMOHONAN PISMP IPG ONLINE
Permohonan bagi kemasukan ke IPG untuk PISMP Fasa 2 (bagi individu yang belum memohon PISMP fasa 1 tahun 2022) dan PPC akan dibuka secara atas talian mulai 15 Mac 2023 sehingga 14 April 2023.
Nota: Bagi calon yang memohon PISMP FASA 2 dan yang belum menduduki e-UKCG FASA 1 ialah pada (Akan Dikemaskini Kemudian).
SYARAT KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN PISMP IPG
Berikut merupakan syarat kelayakan asas yang diperlukan:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut: BM, Sejarah dan BI
- Menenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan*
*Syarat-syarat bidang pengkhususan untuk permohonan IPG online boleh dilihat di iklan
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON IPG ONLINE PISMP
Berikut adalah calon yang tidak layak memohon:
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
SENARAI PENGKHUSUSAN PISMP IPG
Berikut adalah merupakan senarai pengkhususan mengikut katagori sekolah iaitu:
SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) | SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) | SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL |
|
|
|
CARA PERMOHONAN PISMP IPG ONLINE
- Layari Laman Sesawang PISMP
- Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Di SINI
- Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM
- Sila Rujuk Panduan Permohonan IPG Online 2023
- Sebelum membuat permohonan, sila baca maklumat iklan selengkapnya.
- Pemohon juga dinasihatkan untuk merujuk Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang kalendar aktiviti (Lampiran B)
- Kemaskini Maklumat Permohonan
- Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
- Sila Hantar & Sahkan Permohonan
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
PROSEDUR PERMOHONAN PISMP IPG ONLINE
Berikut adalah ringkasan prosedur kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG KPM.
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
- e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
- Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan
Temu Duga
- Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
- Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
- Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
- Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.
VKF
- Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
- Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
- Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
- Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
- Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
Pemilihan
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
- Semua keputusan adalah muktamad.
Penawaran
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
- Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
TARIKH PENTING PISMP IPG ONLINE 2023
Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM:
BIL | AKTIVITI | TARIKH |
1 | Permohonan | 10 Mac – 14 April 2023 |
2 | Pelaksanaan e-UKCG | 17 – 20 April 2023 & 17 – 20 April 2023 |
3 | Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | 8 – 10 Jun 2023 |
4 | Hebahan calon layak temuduga & UKF | 16 Jun 2023 |
5 | Temuduga & UKF (Bersemuka) | 21 – 23 Jun 2023 & 3 – 6 Julai 2023 |
6 | Hebahan calon jaya | 24 Julai 2023 |
7 | Pendaftaran IPG | 6/7 Ogos 2023 |
NOTA: Tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
- Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
SEMAKAN TAWARAN PISMP IPG
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Keputusan tawaran pengajian ke IPGM akan diumumkan pada (Akan Dikeasmikini Kemudian) melalui https://pismp.moe.gov.my
SOALAN LAZIM (FAQ) PISMP IPG
Silak rujuk pautan soalan lazim DI SINI
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG online PISMP:
Sila hubungi nombor telefon berikut:
- 03-8312 6768/6693/6731/6769
Alamat surat-menyurat:
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,63000 CYBERJAYA, SELANGOR (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
Sila dapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui:
- Facebook Institut Pendidikan Guru KPM
- Portal Rasmi. Layari https://ipg.edu.my/pismp
Artikel Lain
CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG:FORMAT TERBARU & TERKINI e-UKCG