CARA BUAT PENGESAHAN IDENTITI PADU (e-KYC Verification)

CARA BUAT PENGESAHAN IDENTITI PADU (e-KYC Verification)

PENGESAHAN IDENTITI PADU

Kepada warga penduduk Malaysia, bermula tahun 2024 sistem PADU akan dibuka kepada orang ramai. Pastikan anda yang berkelayakan daftar PADU supaya medapat bantuan seperti subsidi bersasar. Semasa membuat pendaftaran, pengesahan identiti PADU akan diperlukan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PADU

Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

 

SYARAT KELAYAKAN PADU

Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 

CARA PENDAFTARAN PADU

Kepada anda yang berkelayakkan, berikut adalah merupakan cara pendaftaran PADU iaitu:

  • Pengemaskinian dan pendaftaran kendiri secara atas talian melalui peranti peribadi di portal PADU
  • Pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan serta poskod mengikut apa yang ada pada MyKad, selain nombor telefon dan alamat e-mel.
  • Anda kemudian boleh menetapkan kata laluan untuk akaun tersebut. Setelah kata laluan ditetapkan, anda akan mendapat pin nombor laluan khas (OTP) melalui SMS ke telefon mudah alih yang didaftarkan.
  • Selepas memasukkan OTP, anda perlu melalui proses pengesahan e-KYC (electronic know your customer)

 

CARA BUAT PENGESAHAN IDENTITI PADU

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pengesahan identiti PADU iaitu:

  1. Pastikan anda sedia MyKad/MyPR anda terlebih dahulu dan berada di kawasan pengcahayaan yang sempurna
  2. Buka aplikasi PADU di telefon dan log masuk ke akaun anda
  3. Pada paparan utama, Klik pada nama anda di bahagian atas dan klik pada menu Akaun Saya
  4. Maklumat anda akan tertera, scroll ke bawah dan klik pada Mulakan Pengesahan Identiti
  5. Proses pengesahan ini terdapat 3 peringkat iaitu:
    • Semakan MyKad/MyPR bahagian hadapan. Anda dikehendaki untuk mengambil gambar MyKad anda dibahagian hadapan mengikut ruangan yang disediakan.
    • Semakan MyKad/MyPR bahagian belakang. Anda dikehendaki untuk mengambil gambar MyKad anda dibahagian belakang mengikut ruangan yang disediakan.
    • Pengecam wajah pemilik identiti. Anda dikehendaki untuk mengambil gambar gambat swafoto (selfie) wajah anda mengikut ruangan yang disediakan.
  6. Setelah selesai, permohonan pengesahan anda akan diproses dan akan dilakukan semakan dalam tempoh 3 hari.
  7. Keputusan penegsahan anda akan dimaklumkan melalui SMS dan email.

NOTA: Hanya pemilik MyKad/MyPR dibenarkan melakukan pengesahan identiti melalui e-KYC ini.

 

MAKLUMAT LANJUT PENGESAHAN IDENTITI PADU

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar PADU, anda boleh melayari portal rasmi di pautan Pangkalan Data Utama

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment