RAYUAN GKP 2.0 DIBUKA 7 HINGGA 21 DISEMBER 2020
Kepada yang gagal GKP 2.0,boleh buat permohonan rayuan Geran Khas Prihatin bermula 7 Disember hingga 21 Disember 2020.
Kerajaan telah membuat semak silang dengan data agensi ditetapkan kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM),Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dan Lembaga Hasi Dalam Negeri Malaysia(LHDNM)
Kepada yang nak buat rayuan GKP 2.0, Sila rujuk PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0:SENARAI DOKUMEN RAYUAN GKP 2.0
Siapa Yang Layak GKP 2.0?
Secara asasnya, bantuan ini hanya untuk usahawan yang belum menerima GKP sebelum ini.
Lain-lain syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Masih aktif menjalankan perniagaan
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
Selain itu, pemohon mestilah berdaftar dengan beberapa agensi berikut:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN GKP 2.0
Kepada yang belum membuat semakan,pemohon boleh membuat semakan status permohonan mulai 27 November di gkp.hasil.gov.my
TARIKH BAYARAN GKP 2.0
Pembayaran akan dibuat bermula 30 November secara one-off sebanyak RM3,000.
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun yang telah didaftaran semasa proses permohonan dibuat. Akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif.
TARIKH RAYUAN GKP
Bermula 7 hingga 21 Disember 2020
SOALAN LAZIM GKP 2.0
Bilakah tarikh bayaran GKP 2.0?
Bermula 30 November 2020
Bilakah tarikh semakan GKP 2.0?
Bermula 27 November 2020
Adakah boleh buat rayuan jika gagal?
Ya,boleh buat rayuan
Bilakah tarikh rayuan GKP 2.0?
Bermula 7 hingga 21 Disember 2020
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya terdapat pertanyaan lain tentang GKP 2.0, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi dan media sosial LHDNM.
Tags: #RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN(GKP) 2.0 DIBUKA 7 HINGGA 21 DISEMBER 2020
Zalani bin daud2 months ago
Saya zalani bin daud semak batuan sara hidup bulanan jkm untuk pesakit kronik dan kurang upaya
Shamsuddin Zakaria2 months ago
bila semakan online akaun blm daftar dgn lhdn.
tidak faham apa maksud nya sedang sblm sudah daftar
shansul anuar bin samsudin2 months ago
bagaimana nk buat rayuan bpn sblm ni oernah trimabpn bsh pon x dpt dmsdgkn gji isi rumh di dknmekebihi 3500sbln
Nur atiqah2 months ago
Askum saya nak tanya mcm saya lulus bantuan prihatin rm3000 tapi status bayaran gagal kena buat rayuan kemaskini akaun bank ke..
MEERA A/P ARUMUGAM1 month ago
Saya takdapat Wang .Saya buat rayuan.
Mohd Rodi Bin ismail1 month ago
Saya harap pihat Tuan/ Puan dapat merpertimbangkan massalah saya ini. Saya sangat memerlukan. Saya buat Rayuan Gkp 2.0 kerana saya tak lulus saya mohon sekali lagi tolong lah bantu saya. Saya dah tak ada sesiapa lgi yang ingin membantu bila saya susah. Saya berharap sangap.
Rafida bt Abd Aziz1 month ago
RAYUAN GKP 2.0
Rosham1 month ago
Bila kah keputusan rayuan gkp 2.0 setelah tutup pada 21hb disember tamat dan keputusan akan di ketahui serta bayaran
Teh XinQian3 weeks ago
Harap pihak tuan /puan blh faham keadaan kami ,kami memang perlukan bantuan ini,harap tuan puan blh Masuk wang kepada kami sekian terima kasih
Hamba2 weeks ago
Mohon percepatkan proses rayuan bantuan GKP 2.0 yg gagal….TAK TAHU NAK GADAI APA LGI UTK SARA HIDUP
Julfikri Bin Julaihi18 hours ago
Saya ingin membuat kemaskini GKP 1.0..