MAAL HIJRAH 2023/1445H(Tema Lagu Contoh Aktiviti Pantun Ucapan & Tarikh Sambutan Awal Muharam)
Seperti yang diketahui, seluruh umat islam akan menyambu sambutan Maal Hijrah di semua negeri. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh cuti umum, contoh ucapan, pantun dan aktiviti serta sejarah pembentukan Malaysia, semoga membantu.
APA ITU MAAL HIJRAH
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
TARIKH SAMBUTAN MAAL HIJRAH 2023 / 1445H
Program sambutan rasmi Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023/1445H akan bermula pada malam 19 Julai 2023 (Rabu) selepas maghrib. Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tradisi yang sudah dilaksanakan beberapa tahun lalu itu mengambil kira tarikh takwim Islam bermula sejurusnya azan Maghrib.
TARIKH CUTI UMUM MAAL HIJRAH 2023 / 1445H
Tarikh cuti umum bagi awal muharram adalah pada 19 Julai 2023 (Rabu)
TEMA MAAL HIJRAH 2023 / 1445H
Tema bagi sambutan Awal Muharram pada tahun ini adalah pada akan dikemaskini kemudian)
LIRIK LAGU MAAL HIJRAH
Berikut adalah merupakan lirik lagu sambuatn ini iaitu:
Satu Muharam Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Satu Muharam Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Untuk Sepanjang Zaman…. |
CONTOH AKTIVITI MAAL HIJRAH
Berikut adalah merupakan antara beberapa aktiviti yang boleh dilakukan semasa sambuat ini iaitu:
- Ceramah
- Mewarna
- Melukis Poster
- Soalan Kuiz – Menguji tahap pengetahuan
- Persembahan
- Nasyid
- Sajak
- Bercerita
KOLEKSI PANTUN MAAL HIJRAH
Berikut adalah merupakan beberapa koleksi pantaun yang boleh anda gunakan iaitu:
Awal Muharam menjelma lagi, Mengatur azam di tahun baru, Panjang umur murah rezeki, Moga sihat ceria selalu. | Memburu rusa di dalam rimba, Rehat sebentar di Pokok Sena, Awal Muharam telah tiba, Moga hijrah lebih bermakna | Hijrah itu bukan pelarian, Tetapi tuntutan dari tuhan Sama-sama tingkatkan amalan, Agar hidup sentiasa aman. |
Menjelma lagi Tahun Baru, Penyatuan Ummah jiwa raga. Muharam membuka lembaran baru, Tingkatkan amalan menuju Syurga. | Menjelma lagi tahun baru, Penyatuan ummah jiwa dan raga Muharram membuka lembaran baru Tingkatkan amalan menuju Syurga. | Burung murai hinggap di dahan, Mencari makan untuk bekalan, Hayati Hijrah dengan kesungguhan, Penuh dengan lambang pengorbanan. |
KOLEKSI UCAPAN MAAL HIJRAH
Berikut adalah merupakan koleksi ucapan yang boleh anda gunakan iaitu:
- Satu tahun telah kita jalani. Semoga amalan-amalan baik kita pada tahun lepas dapat dipertingkankan dan amalan. Selamat Menyambut Awal Muharam 1445 Hijrah.
- Mari kita sama-sama menyambut tahun baru Islam dengan penuh keindahan dan pengharapan. Semoga dirimu dan keluargamu mendapat Tahun Baru yang penuh kedamaian, kebahagiaan, kemakmuran dan kelimpahan semuanya. Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah
- Akhir setiap tahun adalah waktu untuk mengucapkan selamat tinggal pada satu tahun dan menyambut datangnya tahun baru. Semoga tahun baru 1445 Hijrah ini mendatangkan keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua.
- Selamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah. Semoga kita dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan di tahun baru ini.
- Awali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik. Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1445 Hijrah.
- Selamat menempuh tahun baru Hijrah. Hijrah atau perpindahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan Islam dan juga kekuatan umatnya
- Marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.
- Semoga Maal Hijrah ini akan memperteguhkan tekad dan iltizam untuk menyemarakkan semangat Hijrah dan perubahan ke arah kebaikan dengan pengembelengan tenaga dan fikiran bersendikan akidah dan memperkukuhkan semangat ukhuwah.
ARTIKEL LAIN:
terima kasih atas perkongsian ini… alhamdulillah usaha tuan ini telah mempermudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat di luar sana. semoga Allah mempermudahkan urusan tuan dan melimpahkan rezeki buat tuan dan keluarga atas usaha ini.