Isi Kandungan
COMBINE LOAN KERETA RUMAH LPPSA SUAMI ISTERI (Pengalaman Join Loan)
Kepada anda yang merancang untuk membuat pinjaman tetapi tidak mampu menggunakan pendapatan gaji keseorangan, anda boleh membuat combine loan dengan pasangan anda, iaitu dua penama dalam satu pinjaman. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU COMBINE LOAN
Pinjaman bersama adalah permohonan pinajaman yang melibatkan daripada dua atau lebih individu untuk membuat sesautu pinjaman bagi mendaoatkan milikan yang sama.
SIAPA YANG BOLEH MOHON COMBINE LOAN
Berikut adalah merupakan golongan yang boleh mohon pinjaman bersama iaitu:
- Pasangan berkahwin / belm berkahwin /akan berkahwin
- Kawan
- Rakan pelaburan
- Sesiapa sahaja selagi dua atau lebih individu bersedia menjadi pihak pinjaman bersama boleh digunakan
KELEBIHAN & KELEMAHAN COMBINELOAN
Berikut adalah merupakan antara kelebihan dan keburukkan yang akan diperolehi sekiranya membuat pinjaman bersama iaitu
KELEBIHAN |
|
KELEMAHAN |
|
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen asas bagi memohon pinjaman bersama ini iaitu:
Dokumen pengenalan diri
- Bagi pemohon Malaysia
- Salinan kad pengenalan baru (Kad Pengenalan)
- Bagi pemohon asing
- Salinan pasport rasmi dengan tempoh sah minimum 6 bulan; atau
- Pemohon adalah pemastautin tetap Malaysia
Bukti pembelian
- Bagi pemohon Malaysia dan asing
- Perjanjian Jual Beli (SPA); atau
- Borang tempahan pemaju
Dokumen pendapatan
- Pemohon gaji
- Slip gaji 3 bulan terkini; dan
- Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini, atau penyata bank 3 bulan sebagai bukti gaji dikreditkan
- Pemohon komisen
- Penyata komisen 6 bulan terkini; dan
- Penyata bank 6 bulan terakhir sebagai komisen bukti dikreditkan
- Bekerja sendiri
- Dokumen pendaftaran perniagaan;
- Penyata bank perniagaan 6 bulan terkini; dan
- Resit pembayaran cukai pendapatan terkini (Borang B / BE)
CARA PERMOHONAN COMBINE LOAN (Pekerja Swasta / Sendiri)
Berikut adalah merupakan cara permohonan pinjaman bersama iaitu:
- Pastikan tetdapat pasangan bersama yang bersetuju untuk melaksanakan pinjaman bersama ini
- Kemudian, perlu ada perbincangan serius tentang implikasi pinjaman rumah bersama ke atas kewangan dan peribadi anda berdua. Pastikan juga anda memikirkan pelan pemilikan yang lebih jelas menurut undang-undang jika berlaku situasi tidak diingini
- Seterusnya ialah memilih pinjaman yang anda ingin mohon. Terdapat beberapa bank dan institusi kewangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pinjaman rumah bersama seperti Maybank, CIMB, Hong Leong Bank dan lain-lain lagi
- Hadir ke institusi kewangan pilihan anda bersama beserta dokumen yang diperlukan
- Sebaik sahaja bank menawarkan kelulusan awal perjanjian pinjaman, latar belakang anda akan diperiksa bagi menentukan kelayakan.
- Tempoh untuk kelulusan awal adalah berbeza, tetapi persetujuan lisan boleh berlaku sepantas 24-48 jam.
- Sekiranya semua berjalan lancar, anda akan menjadi penerima pinjaman rumah dalam masa terdekat.
CARA PERMOHONAN COMBINE LOAN LPPSA (Pekerja Kerajaan)
Kepada penjawat awam, anda juga boleh membuat permohona pinjaman bersama asalkan pasangan anda juga merupakan penjawat awam. Untuk syarat kelayakan, boring permohonan dan cara permohonan, anda boleh merujuk pada pautann di bawah:
- Permohonan Pembiayaan Bersama (LPPSA)
SITUASI SEKIRANYA BERLAKU PERPISAHAN JIKA DIBUAT PINJAMAN BERSAMA (Combine Loan)
Perkara seperti ini tidaklah diminta untuk berlaku, tetapi tidak mustahil juga ianya akan berlaku kerana selalunya pinjaman bersama ini akan mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan. Sekiranya berlaku perpisahan, terdepat beberapa cara untuk diselesaikan iaitu:
- Pastikan pada peringkat awal dituliskan dalam satu dokumen perundangan yang menetapkan hak dan kewajiban setiap pihak sekiranya berlaku perpisahan seharusnya menjadi asas perjanjian pinjaman anda.
- Jual Hartanah tersebut dan bahagikan hasilnya sama adil bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat semula sebahagian wang yang telah dibelanjakan
- Beli bahagian pasangan anda iaitu salah seorang akan menanggung pinjaman rumah sepenuhnya dengan membeli bahagian pihak satu lagi sekiranya terdapat persetujuan
- Setuju dengan pemilikan bersama iaitu Hanya seorang terus tinggal di rumah itu, tetapi seorang lagi walaupun sudah keluar masih berkongsi komitmen kewangan dan masih berhak ke atas nilai hartanah itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- SIAPAKAH YANG LAYAK JADI PENJAMIN PINJAMAN KERETA RUMAH MARA (Risiko & Keburukan)
- MAYBANK PERSONAL LOAN 2023 (Syarat Pinjaman Peribadi Maybank)
- LOAN KEDAI MOTOR KERETA (Berapa Interest & Pengalaman)