SEMAKAN STATUS LULUS ATAU GAGAL PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

SEMAKAN STATUS LULUS ATAU GAGAL PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

SEMAKAN STATUS LULUS ATAU GAGAL PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

 

APA ITU KEMUDAHAN KEWANGAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP?

Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan  oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan  kewangan rakyat Malaysia ekoran  penularan wabak Covid-19. Kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD)  bagi membendung wabak tersebut daripada terus merebak.

 

SEMAKAN KELAYAKAN PENGELUARAN i-LESTARI

Anda digalakkan menyemak terlebih dahulu kelayakan untuk pengeluaran i-Lestari.Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:

  • Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  • Berumur bawah 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2*
  • Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI

Terdapat tiga cara untuk memohon Pengeluaran i-Lestari :

Rujuk JADUAL PEMBAYARAN i-LESTARI terkini

Jika anda memilih cara dalam talian iaitu menggunakan e-Pengeluaran melalui i-Akaun, maka anda boleh semak status permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Lulus Atau Tidak April.

 

SEMAKAN STATUS LULUS ATAU GAGAL PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

Terdapat 3 status yang akan dipaparkan tentang permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP :

a)LULUS

b)TIDAK LULUS/GAGAL

c)DALAM PROSES/SEDANG DIPROSES

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

BACA : 17 JENIS PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 & 2 YANG BOLEH DIKELUARKAN SEBELUM UMUR PENCEN

Terdapat 2 cara untuk semak status permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP :

a)SEMAK STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP MENGGUNAKAN APLIKASI i-AKAUN KWSP

1.Login i-Akaun KWSP menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP

2.Klik pada peti mesej atau inbox

3.Akan dipaparkan status permohonan sama ada lulus atau prose permohonan

 

b)SEMAK STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP MENGGUNAKAN LAMAN WEB KWSP

1.Layari secara online di laman web rasmi KWSP

2.Pilih ‘PENGELUARAN’ dan klik pada status pengeluaran.

3.Lihat pada status permohonan sama ada LULUS atau PROSES PERMOHONAN.

 

TARIKH TERIMA BAYARAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

Tarikh terima bayaran bergantung kepada bulan permohonan pengeluaran yang anda lakukan. Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Telefon : 03 8922 6000

Faks : 03 8922 6222

Masa Operasi : (Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang)

19 thoughts on “SEMAKAN STATUS LULUS ATAU GAGAL PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP”

  1. Pertanyan kenapa tak masuk lagi duit kwsp500. Kelulusan 5/5/2020
    Dari pagi sampai jam3. 41.. Teruk sangatlah urustia pentabiran kewangan up lahad datu.. Maklum lah info terkini…

    Balas

Leave a Comment