PEMILIHAN AKADEMI JDT 2024(Cara Masuk Tarikh & Lokasi)

PEMILIHAN AKADEMI JDT(Cara Masuk Tarikh & Lokasi)

AKADEMI JDT

Kepada golongan remaja di Negeri Johor, kini Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuka sesi pemilihan bagi kategori Bawah-14 untuk musim 2023. Kepada para peserta yang terpilih akan menyertai projek Akademi JDT yang merupakan ilham DYAM Tunku Mahkota Johor dalam usaha melahirkan pelapis pasukan JDT. Kepada yang berminat boleh menghadri sesi pemilihan ini, disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU AKADEMI JDT

Program akademi yang diilhamkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Sepanjang menjalani sesi persekolahan dalam tempoh empat bulan di Sekolah Kebangsaan Medini, Iskandar Puteri, peserta akademi bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kategori Bawah-12 telah membuktikan bahawa tiada halangan untuk menggabungkan sukan dan pelajaran. Walaupun terikat dengan sesi latihan bolasepak yang padat, peserta juga perlu menghadiri sesi persekolahan mengikut jadual fleksibel yang telah diberikan hasil kerjasama dengan pihak sekolah dalam usaha melahirkan pemain yang seimbang dari aspek sukan dan pelajaran. Mereka turut diberi kelas tambahan selepas waktu persekolahan bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir.

 

SYARAT PEMILIHAN AKADEMI JDT

Berikut adalah merupakan syarat pemilihan bagi sesi 2023 iaitu:

  • Peserta lahir pada tahun 2011, 2012 dan 2013

 

TARIKH MASA LOKASI PEMILIHAN AKADEMIJDT

Berikut adalah merupakan tarikh masa dan lokasi pemilihan dilakukan iaitu:

  • Tarikh: 12 Mei 2023
  • Masa: 7.00 Pagi – 6.00 Petang
  • Tempat: Mawar Field, Pasir Gudang (JDT II Training Field)

 

CARA PEMILIHAN AKADEMI JDT

Untuk makluman, menyertai Akademi JDT-Valencia tidak begitu mudah, sebahagian besarnya disebabkan oleh pendekatan ‘crème de la crème’ (hanya yang terbaik antara yang terbaik) yang diambil oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim secara keseluruhan. Berikut adalah merupakan cara pemilihan iaitu:

  • Pelatih dipilih dengan cukup teliti daripada pusat latihan daerah, Liga Kementerian Pelajaran dan Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sekitar 80% daripada mereka yang dipilih secara umumnya adalah anak-anak kelahiran Johor serta dibesarkan di negeri ini manakala yang lain datang dari pelbagai tempat lain. Pendekatan serupa juga diterima pakai oleh kebanyakan kelab-kelab bola sepak dunia, yang mencari anak-anak muda berbakat dari seluruh dunia.
  • Ia adalah perkara yang sama dilakukan di Akadami JDT-Valencia di mana ‘scouts’ (pencari bakat) sentiasa mencari bakat baru untuk menyertai Keluarga JDT.
  • Mereka yang tersenarai kemudiannya perlu menghadiri percubaan sebelum diserahkan kontrak, sama ada kepada pelatih tersebut secara langsung atau kepada penjaga mereka.
  • Pada masa ini terdapat lebih daripada 150 pelatih di dalam pelbagai kategori iaitu Bawah-12, B13, B14, B15, B17 dan B19.
  • Bagi mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada program Akadami JDT-Valencia, tunjukkan kehebatan anda di perlawanan-perlawanan yang mengikut kategori umur kerana terdapat pencari bakat yang menonton persembahan anda dengan teliti. Luaskan Kuasamu Johor.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Akademi JDT, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://johorsoutherntigers.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

10 thoughts on “PEMILIHAN AKADEMI JDT 2024(Cara Masuk Tarikh & Lokasi)”

  1. Saya ingin menjadi seorang permain JDT sejak kecil lagi jika ada rezeki untuk saya hubungi saya untuk training 01139504594 😊🙏🏻

    Balas
  2. Impian saya dri kecil… Ingin membanggakan mak ayah saya dgn bola sepak… Kalau ada rezeki atau peluang tlg hubungi sy 🙂 0183500114

    Balas
  3. Anak saya Abdullah Aaron Muhaimin u15 berminat untuk menyertai bola sepak JDT jika ada rezeki anak hubungi saya
    01169673112(jasmin)

    Balas
  4. Good afternoon. Dear sir my son always keep trying to get in JDT. He really good football player. Pls we need anyone help for my son to join JDT club. Pls 🙏 give him chances 🙏. Pls contacts us I am Mrs.Jamuna 0167050984 my son Luvinessh 16th year old born in 2008.

    Balas

Leave a Comment