CARA PENEBUSAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT(GCR)

CARA PENEBUSAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT(GCR)

PENEBUSAN AWAL GCR

Untuk makluman kepada penjawat awam,kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 180 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari mulai Januari 2023. Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara  mengenai penebusan awal GCR, semoga membantu.

 

Bagaimanakah jika GCR melebihi 160 hari?

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 180 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun  persaraan atau 12 bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.

 

Apakah Syarat Penebusan GCR Awal?

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;
  2. Pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat;
  3. Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
  4. Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
  5. Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Nota: Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 180 hari.

 

Berapa kali boleh tebus award wang tunai GCR?

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 90 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

 

Bagaimanakah Cara Penebusan & Pengiraan Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal JPAPencen melalui pautan http://www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR.

Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagaimana kehendak peraturan yang berkuat kuasa.

 

Apakah Dokumen Diperlukan Penebusan GCR?

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.

 

Bagaimana Cara Pengiraan Penebusan Awal GCR?

  • Formola pengiraan: 1/30 X Gaji Semasa Diterima X 90 Hari

Nota: Gaji Semasa merujuk keapda gaji hakiki bulanan termasuk imbuhan tetap

 

Infografik Penebusan Awal GCR

 

Anda Ingin Maklumat Lanjut Tentang Penebusan GCR?

  • Sila rujuk  portal JPA di https://tinyurl.com/59en9n7v.
  • Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].
  • Jabatan Perdana Menteri Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

 

ARTIKEL LAIN 

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN JPA (Prosedur & Dokumen )

4 thoughts on “CARA PENEBUSAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT(GCR)”

  1. Rasa terkilan bila dari tahun 2022 lagi kami mohon GCR TAPI sentiasa kena tolak pada hal kami amat memerlukan.

    Balas
  2. permohonan awards fgcr 90 hari masih belum dapat dibayar atas sebab peruntukan kewangan belum diterima oleh jrp, permohonan telah dibuat drpd bulan mac 2023 sehingga kini masih belum dapat dibayar kepada kepada pemohon, kecewa menunggu amat lama, kerana permohonan dibuat masih tidak dapat credit ke akaun pemohon

    Balas

Leave a Comment