SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN):CARA MOHON SPN

SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN):CARA MOHON SPN

SKIM PERANTISAN NASIONAL

APA ITU SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN)

Melalui kolaborasi rentas kementerian yang telah dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia, Skim Perantisan Nasional telah diperkenalkan.

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan peluang pengalaman pekerjaan kepada belia dengan jaminan pekerjaan di samping meningkatkan kemahiran soft-skills para perantis melalui latihan serta on-the-job-training yang disediakan.

TUJUAN INISIATIF SPN

Tujuan inisiatif itu adalah untuk menyediakan penampan dalam suasana dan tempoh pasca COVID-19 dengan menyediakan latihan atau perantisan. Penempatan perantis ini akan mengurang kadar pengangguran.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SPN

  • Skim yang terbuka kepada belia berusia 35 tahun.
  • Ia terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil kemahiran serta graduan diploma atau ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan.
  • Tiada rekod jenayah
  • Tidak bankrap
  • Sanggup mengikuti program secara sepenuh masa
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

CONTOH SKIM PERINTIS KEMENTERIAN

Di Kementerian Kesihatan, misalnya jika ada agensi di bawahnya (yang ada skim perantisan) atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga syarikat multinasional yang datang melabur ke negara ini, kita juga boleh sediakan peluang perantisan dengan mereka.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan menawarkan seramai 7,800 perantis kepada SPN melalui peruntukan RM70 juta agensi itu.

PELAN PEMULIHAN EKONOMI(RESTART)

Pelan Pemulihan Ekonomi (RESTART) yang dirangka Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah tepat pada masanya sebagai salah satu langkah exit policy atau dasar pemisah dalam mendepani tempoh pasca pandemik.

Ini satu daripada usaha proaktif dengan suatu kerangka komprehensif dibina menggariskan tujuh strategi utama bagi agenda RESTART.

Daripada tujuh strategi utama digariskan itu, salah satu adalah  iaitu cadangan untuk memperkenalkan Skim Perantisan Nasional (SPN) dalam usaha memberi peluang mendapatkan pengalaman pekerjaan kepada belia.

Dalam menjayakan SPN ini, kerjasama antara kerajaan dan swasta atau PPP, termasuk syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) adalah amat penting dan perlu menjadi tunjang utama dalam merealisasikan SPN.

Selain memastikan pembabitan berkesan oleh pihak swasta dan GLC, sebuah pasukan petugas khas ataupun sekretariat perlu ditubuhkan yang merentas pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

Selain KBS, ia turut meliputi Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan beberapa agensi berkaitan lain.

Syarikat swasta dan GLC wajar mengambil kesempatan dalam projek RESTART kerana ia boleh menjadi ‘serampang dua mata’ kepada mereka.

Selain mempunyai talent pool atau kelompok bakat tenaga kerja atau sumber manusia yang utuh dan luas, ia juga membantu mereka dalam menikmati penjimatan melalui kos pengambilan dan latihan pekerja.

Bagi tujuan ini, kerajaan boleh menawarkan beberapa insentif seperti Potongan Cukai Berganda dan Skim HRDF-SPN kepada syarikat yang mempunyai ‘keazaman korporat’ untuk menjadi sebahagian ‘rakan kongsi’ agenda RESTART.

Pembabitan syarikat ini dalam agenda RESTART juga boleh dikategorikan sebagai projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, sekali gus meningkatkan reputasi serta imej syarikat dan pada masa sama, mencapai Indeks Pengukur Utama (KPI) yang ditetapkan syarikat masing-masing.

CARA MOHON SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN) ONLINE

Tawaran baru bagi membantu melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia di Malaysia.

Anda boleh layari laman sesawang seperti berikut: http://ebelia.iyres.gov.my

PROGRAM BOOTCAMP KBS 2020

Permohonan program adalah terbuka kepada belia massa yang ingin menyertai Program Bootcamp KBS  bagi tahun 2020.

Permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-

1. Belia berumur 18 hingga 30 tahun;
2. Boleh membaca, menulis, mengira dan minat (4M);
3. Berminat dalam bidang latihan kemahiran yang dinyatakan;
4. Berperwatakan positif serta sihat mental dan fizikal;
5. Sedia bekerja dalam kumpulan;
6. Bersedia menjalani latihan satu (1) hingga tiga (3) bulan;
7. Peserta yang mampu memberikan komitmen sepanjang program dan bekerja sepenuh masa dalam
bidang berkaitan sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun;
8. Sedia bekerja mengikut syif;
9. Tidak rabun warna;
10. Bebas dari penyalahgunaan dadah; dan
11. Tiada rekod jenayah.

BORANG PERMOHONAN PROGRAM BOOTCAMP KBS 2020

 SKIM PERANTISAN NASIONAL

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Hubungi 03-88713689 (En Mazlan Bin Mohamed)

Emel [email protected]

Tags: #APA ITU SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN) #BORANG PERMOHONAN PROGRAM BOOTCAMP KBS 2020 #CARA MOHON SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN) ONLINE #PROGRAM BOOTCAMP KBS 2020 #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SPN #SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN) #TUJUAN INISIATIF SPN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN):CARA MOHON SPN"