Isi Kandungan
BSN MyHOME: PERMOHONAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT(Borang)
Jika kita ingin membeli rumah pertama, biasaannya bermacan-macam perkara bermain di fikiran bukan. Mampukah bayar bayaran ansuran bulanan, nak bayar itu lagi, ini lagi. Akhirnya perancangan beli rumah terhenti sekerat jalan dek kerana kekangan kewangan.
Sekali lagi kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional BSN memperkenalkan semula satu program dan skim pembiayaan dan pinjaman perumahan yang cukup ‘HOT’ dan mendapat permintaan ramai, iaitu BSN MyHOME (Program Perumahan Rakyat)
APA ITU BSN MyHOME
BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) bertujuan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap. Kini, anda boleh memiliki kediaman sendiri.
Pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM300,000. Memang dalam julat harga rumah mampu milik saja. Menariknya, tempoh pembiayaan boleh sampai 100% tau! Ni siap dengan MRTA/MRTT dan LTHOT. Dengan tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun
Di bawah skim ini juga melibatkan Skim Perumahan Belia (SPB) BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
SYARAT PERMOHONAN BSN MyHOME
Berikut adalah syarat-syarat permohonan MyHOME BSN:
- Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
- Pemohon Individu / Bersama
- Mempunyai bukti bekerja sendiri
- Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
- Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
- Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja
KADAR FAEDAH BSN MyHOME
Amaun Pinjaman (RM) | Tempoh (Tahun) | Kadar Faedah Efektif (EIR) | |
Hartanah Siap Dibina | Hartanah Dalam Pembinaan | ||
RM 100,000 dan ke bawah | Sepanjang tempoh | KA + 3.00% | KA + 3.00% |
> RM100,000 sehingga RM300,000 | 1 – 2 | KA + 1.20% | KA + 0.95% |
Seterusnya | KA + 1.20% |
KA = KADAR ASAS
CARA PERMOHONAN BSN MyHOME
Berikut adalah cara permohonan MyBSN HOME:
- Muat turun (Download) borang permohonan di sini: https://www.bsn.com.my/cms/upload/pdf/forms/myhome.pdf?csrt=12632855638254300960
- Isi semua maklumat yang terdapat pada borang tersebut.
- Setelah siap isikan borang tersebut, kunjungi mana-mana cawangan Bank BSN yang terdekat dengan anda.
- Serahkan borang tersebut kepada pegawai Bank. Dan ikuti arahan selanjutnya.
SKIM PERUMAHAN BELIA (SPB) BSN
Pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN (Youth Housing Scheme YHS)
Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka
TARIKH PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN BELIA
- Dibuka : 1 Januari 2020
- Ditutup : 31 Disember 2021
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SPB BSN
- Warganegara Malaysia berusia dari 21 tahun hingga 45 tahun
- Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM10,000
- Hanya Untuk Pemilikan Hartanah Pertama sahaja
- Permohonan secara perseorangan atau secara bersama
- Memiliki bukti pembelian / pemilikan hartanah
- Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i
DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang diperlukan:
Penjawat Awam Atau Pekerja Swasta
| Bekerja Sendiri |
|
|
SOALAN LAZIM (FAQ) BSN MyHOME
Bagaimana dengan pengalaman pinjaman perumahan bsn dengan skim ini? Adakah mudah LULUS?
- Sangat BAIK! Insyaallah permohonan akan MUDAH LULUS untuk yang berkelayakan seperti anda
Buat pinjaman rumah dengan BSN ok tak?
- Sangat OK. Dan dah ramai yang menggunakan pinjaman perumahan dengan BSN termasuk melalui skim ini yang sangat berbaloi-baloi ini
Apakah skim pinjaman perumahan pertama yang terbaik?
- Nah, inilah skim yang terbaik dilancarkan oleh kerajaan Malaysia khusus untuk bantu anda beli rumah pertama dengan MUDAH & BERPATUTAN. Jikalau anda berminat boleh terus pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN terdekat dengan anda untuk tujuan permohonan. Ingat, siapa cepat dia dapat!
Macam mana CARA INSTANT TRANSFER BSN(Menggunakan DuitNow)?
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim BSN MyHome, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran atau:
- Layari laman web di www.mybsn.com.my
- Hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465