PERMOHONAN PROGRAM SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN) KBS

PERMOHONAN PROGRAM SKIM PERANTISAN NASIONAL (SPN) KBS

SKIM PERANTISAN NASIONAL

Kepada golongan belia yang masih mencari pekerjaan, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) ada menyediakan satu skim yang dikenali program Skim Perantisan Nasional (SPN). Di sini kami akan kongsikan cara untuk daftar dan membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN)

Skim Perantis Nasional (SPN) diperkenalkan adalah untuk menyediakan peluang pengalaman pekerjaan kepada belia dengan jaminan pekerjaan di samping meningkatkan kemahiran soft-skills para perantis melalui latihan serta on-the-job-training yang disediakan. Tujuan inisiatif itu adalah untuk menyediakan penampan dalam suasana dan tempoh pasca COVID-19 dengan menyediakan latihan atau perantisan. Penempatan perantis ini akan mengurang kadar pengangguran.

 

OBJEKTIF SPN

Berikut adalah merupakan objektif skim ini:

  • Memberi peluang kepada perantis untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang pengajian ke dalam dunia pekerjaan sebenar.
  • Meningkatkan tahap kebolehpasaran perantis melalui latihan soft-skills dan on the job training.
  • Menyediakan sistem sokongan kepada belia untuk memudahkan mendapat pekerjaan.
  • Membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PERANTISAN NASIONAL

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1.  Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 30 tahun.
  3. Lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  4. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
  5. Tiada rekod jenayah.
  6. Tidak bankrap.
  7. Sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut sebelum membuat permohonan:

  1. Gambar berukuran pasport (format jpeg, jpg dan png sahaja).
  2. Resume yang terkini (format doc dan pdf sahaja).

 

CARA PERMOHONAN SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN)

Kepada belia yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, berikut adalah cara membuat permohonan:

  1. Layari laman web SPN di: http://perantisan.kbs.gov.my
  2. Klik pada Permohonan
  3. Lengkap borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan tekan Seterusnya
  4. Pastikan permohonan disertakan dengan gambar pasport dan resume terkini.
  5. Pemohon akan dihubungi oleh pihak Urus Setia SPN.

 

ELAUN DAN PENGINAPAN SKIM PERANTISAN NASIONAL(SPN)

Elaun dan penginapan adalah berbeza mengikut syarikat/organisasi. Sekretariat SPN telah mencadangkan elaun sekitar RM1,200 sehingga RM2,000 manakala penginapan tidak disediakan melainkan syarikat/organisasi tersebut memang bersedia untuk menyediakan penginapan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai Program skim Perantis Nasional, anda boleh melayari website rasmi Kementerian Belia dan Sukan di pautan https://www.kbs.gov.my/

Leave a Comment