BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG :CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2021 telah dibuka oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP).
APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZPP
Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 bagi meringankan beban asnaf di negeri ini.
Tujuan bantuan ini adalah untuk memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah dan sekolah menengah.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZPP
Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan oleh Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Pemohon adalah pemastautin atau penduduk di Negeri Pulau Pinang.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah.
- Sekolah rendah murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja (Sesi persekolahan 2021).
- Sekolah menengah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bawah (Sesi persekolahan 2021).
- Prasekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.
KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZPP
Kelayakan bilangan anak bersekolah dan pendapatan kasar isi rumah adalah seperti berikut:
2 orang anak – RM1,500 dan ke bawah
3 orang anak – RM2,000 dan ke bawah
4 orang anak & ke atas – RM2,500 dan ke bawah
CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG
Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, jangan sila buat permohonan melalui cara berikut.
Borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan ini boleh diambil di kaunter Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang berhampiran bermula 21 SEPTEMBER 2020 (Isnin).
Sila rujuk lokasi Pusat Zakat Pulau Pinang yang terdekat anda melalui alamat DISINI:
- Bandar Perda
- Butterworth
- Kepala Batas
- GeorgeTown
- Nibong Tebal
- Bayan Baru
- Balik Pulau
- Ayer Itam
Borang yang lengkap diisi perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada 30 OKTOBER 2020 (Jumaat).
Waktu Urusan di kaunter Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:
Isnin – Khamis (8.30 pagi – 4.30 petang)
Jumaat (8.30pagi – 12.30Tengahari) (2.45 petang – 4.30 petang)
Sabtu dan Ahad – Cuti
DOKUMEN DIPERLUKAN
Bagi memudahkan pemprosesan permohonan, sila lampirkan maklumat berikut semasa menghantar borang.
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan
- Surat pengesahan pihak sekolah
- Salinan surat cerai / kematian (jika berkenaan)
Baca tentang PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG 2.1:PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan atau mana-mana bantuan Zakat Pulau Pinang, sila layari http://www.zakatpenang.com/
ATAU
Hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel [email protected]
ATAU
Hubungi talian 04-549 8088 / 1 300 88 8808 (Hotline)
Dapatkan info terkini tentang Bantuan Zakat Pulau Pinang melalui Facebook Zakat Pulau Pinang di pautan berikut: www.facebook.com/zakatpenang
Tags: #APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZPP #BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG :CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN #CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZAKAT PULAU PINANG #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021 ZPP
Abu yasir a'rafat bin mat zain4 months ago
Semakan kelayakan
Nurul alwani bt mohamad4 months ago
Semakan kelayakan
Adam Iskandar bin Azman3 months ago
Semakan kelayakan