E-JANJI TEMU HASIL 2023:CARA TEMUJANJI ONLINE LHDN(Urusan Cukai/Duti Setem & CKHT)
Kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, segala urusan di kaunter LHDN adalah secara janji temu. Pengoperasian ini untuk fasa 1 dan fasa 2 pelan pemulihan negara mulai 1 julai 2021
Bagaimana cara ingin membuat temujanji urusan LHDN? Disini kami kongsikan cara ingin membuat temujanji berjadual dengan pihak LHDN.
WAKTU OPERASI E-JANJI TEMU HASIL
Waktu operasi perkhidmatan kaunter setempat cawangan / pejabat satelit lembaga hasil dalam negeri malaysia tahun 2021 adalah seperti berikut
NEGERI | HARI | WAKTU PERKHIDMATAN KAUNTER SETEMPAT |
Cawangan LHDNM (kecuali KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU dan JOHOR) | Isnin – Jumaat | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari *Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu |
Cawangan LHDNM Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor | Ahad – Rabu | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari *Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu |
Khamis | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari *Beroperasi secara janji temu sahaja – e-Janji Temu | |
Pusat Bayaran Kuala Lumpur Aras Tanah, Blok 8A, | Isnin – Jumaat | BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT 8.00 pagi – 12.00 tengah hari | ||
Kaunter Bayaran Cawangan Kota Kinabalu Tingkat Bawah Menara Hasil, Jalan Tuanku Abdul Rahman, | Isnin – Jumaat | BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT 8.00 pagi – 12.00 tengah hari | ||
Kaunter Bayaran Cawangan Kuching Aras 1, Menara Hasil, | Isnin – Jumaat | BAYARAN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
BAYARAN SELAIN TUNAI & KAD KREDIT / DEBIT 8.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Makluman : Waktu perkhidmatan diatas adalah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tertakluk kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
CARA TEMPAH/BOOKING E-JANJI TEMU HASIL
Berikut adalah cara membuat temujanji hasil melalaui e-Temu Janji Hasil:
- Layari pautan e-Temu Janji Hasil: https://janjitemu.hasil.gov.my/
- Terdapat 3 urusan pilihan temujanji.
- Sekiranya pilih urusan Cukai:
- Klik pada cukai
- Isikan No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon & No Cukai Pendapatan
- Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
- Pilih Slot Masa Temujanji
- Isikan Email anda yang aktif
- Tick Janji Temu untuk: sama ada sendiri/wakil
- Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
- Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
- Sekiranya Pilih Urusan Duti Setem & CKHT
- Klik Pada Duti Setem & CKHT
- Pilih urusan Janji Temu: Duti Setem/CKHT
- Isikan No Kad Pengenalan, Nama Penuh, No Telefon & No Cukai Pendapatan
- Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
- Pilih Slot Masa Temujanji
- Isikan Email anda yang aktif
- Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
- Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
- Sekiranya pilih urusan Bantuan Prihatin Rakyat
- Klik Pada Bantuan Prihatin Rakyat(BPR)
- Pilih Janji Temu untuk: Diri Sendiri/Wakil
- Isikan No Kad Pengenalan dan Nama Penuh
- Masukkan Negeri dan cawangan LHDN terdekat
- Sila isi kod captcha yang tertera dan klik butang hantar.
- Klik Cetak untuk memuat turun dan cetak salinan temujanji
NOTA: Emel diperlukan untuk penghantaran makluman janji temu. Ini boleh digunakan sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke kaunter LHDNM
SOALAN LAZIM
Apakah urusniaga yang boleh boleh dibuat temujanji melalui e-Temu Janji Hasil?
Untuk membuat e-Temujanji Hasil, terdapat 3 urusan yang boleh dibuat temujanji iaitu:
- Cukai
- Duti Setem & CKHT
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Bagaimana cara penentuan giliran temujanji?
Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebaran maklumat lanjut E-JANJI TEMU HASIL , anda boleh layari web rasmi LHDN di pautan www.hasil.gov.my
Saya ingin membuat janji temu sebagai waris kepada suami saya yang telah meninggal dunia. Saya ingin membuat tuntutan income tax dan menghantar semua dokumen cukai kepada pihak tuan. Adakah saya boleh datang secara walk in?
Urusan buka fail hasil
Biar saya jawapkan untuk puan, sebolehnya buat janji temu kerana urusan saya yang lagi mudah dan ringkas (sepatutnya buat atas talian siap, cepat, dan senang, pun masih kena buat (lagi) dipejabat akibat terlalu kompleks nya sistem atas talian diaorang ini, ish3) pun kena janji temu, urusan puan tu sukar sedikit lagilah kena janji temu. Wallahua’lam. Semoga dipermudahkan urusan puan. Assalam. Harap membantu.
saya nak Duti Setem Surat Perjanjian Sewa Rumah
Nama: SITI ROGAYAH BINTI ABD GHANI
Email: [email protected]
SAYA NAK DUTI SETEM SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH
How to make appointments online to renew trade licence
Saya ingin membuat temu janji untuk menyerah borang 14A untuk taksiran
Saya ingin membuat temujanji untuk menyerahkan borang 14A untuk taksiran duti setem
Saya ingin membuat temu janji untuk mak saya kerana dia ingin mengeluarkan wang kwspnya..kerana sudah cukup umur untuk keluarkan..60 tahun..tarikh lahir 10 jun 1961
Urusan Cukai
Saya ingin membuat temujani utk menyerahkan birang 14A untuk taksiran duti stem pada jumaat 19.11.2021 jam 2.30 ptg
Tentang khairat kematian pasangan msh berkuatkasa ka bg thn 2023 ni?