TOPUP TAK MASUK TAPI DUIT DAH POTONG (Cara Buat Aduan)

TOPUP TAK MASUK TAPI DUIT DAH POTONG (Cara Buat Aduan)

TOPUP TAK MASUK

Kepada pengguna nobor prepaid, semestinya pada masa kini untuk tambah nilai kredit anda amat mudah menggunakan online banking. Tetepi mesti pernah terjadi anda apabila menggunakan online banking, status pembayaran anda selesai dan duit telah dipotong dalam akaun anda tetapi jumlah topup anda belum masuk dan ini akan membimbangkan anda. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara buat aduan kepada pihak bank mengenai topup tak masuk dan duit telah dipotong, semoga membantu.

 

JENIS STATUS ADUAN TRANSAKSI TOPUP

Pastikan anda fahami status-status report transaksi yang anda terima dan transaksi yang memerlukan untuk anda menghantar borang aduan iaitu:

  1. Pending
    • Transaksi masih di proses dan sila tunggu sehingga status menjadi SUCCESS / FAIL. Jika baki berkurang tetapi tiada report success/fail, bermakna transaksi masih di proses dan sila tunggu report.
  2. Fail
    • Transaksi gagal dan biasanya akan dinyatakan sebab gagal. Modal auto refund jika gagal. Sila semak baki.
  3. Succes
    • Transaksi sudah berjaya. Biasanya akan ada aduan tidak terima topup sedangkan status success @ bayar bil success tetapi topup masih tak masuk.

 

CARA BUAT ADUAN CIMB TOPUP TAK MASUK

Sekiranya anda membuat tambah nilai prepaid menggunakan online banking CIMB Clicks, berikut adalah cara untuk membuat aduan sekiranya topup tak masuk iaitu:

  1. Layari pautan CIMB Clicks atau aplikasi CIMB Clicks
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada bahagian menu, klik pada Topup >Topup History
  4. Klik pada All untuk melihat transaksi tambah nilai telah berjaya kemudian Screen Shot transaksi tersebut untuk dimuat naik semasa membuat aduan.
  5. Kemudian klik pada Mailbox yang berada di bahagian atas bersebelahan logout
  6. Kemudia clik pada simbol pen (Compose New Message)
  7. Kemudian lengkapkan segala maklumat berkaitan masalah anda pada ruangan yang tersedia.
    • Subject: Topup kredit telco tidak berjaya
    • Message: Saya telah topup kredit telco, duit dalam akaun telah dipotong tetapi kredit masih tak amsuk lagi. Rujuk gambar yang disertakan (Ss transaksi berjaya tadi)
  8. Muat naik bukti SS transaksi berjaya tersebut pada bahagian attachment
  9. Setelah lengkap klik pada Send Massage.
  10. Pihak bank akan memberi respon dalam amsa 24 jam hari bekerja untuk membalas mesej anda

 

CARA BUAT ADUAN MAYBANK TOPUP TAK MASUK

Sekiranya anda membuat tambah nilai prepaid menggunakan online banking Maybank2u, berikut adalah cara untuk membuat aduan sekiranya topup tak masuk iaitu:

  • Sekiranya anda tidak menerima kod tambah nilai selepas 30 minit, sila hubungi Kumpulan Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688 untuk mengesahkan status transaksi anda.
  • Jika Pusat Panggilan Kumpulan Maybank mengesahkan bahawa transaksi tidak berlaku, jumlah yang didebitkan daripada akaun anda akan secara automatik dikembalikan keesokan harinya.

 

ARTIKEL LAIN

5 thoughts on “TOPUP TAK MASUK TAPI DUIT DAH POTONG (Cara Buat Aduan)”

Leave a Comment