Isi Kandungan
PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN/IKAFALAH SEBANYAK RM500 RAKYAT NEGERI KEDAH
Kepada warga penduduk negeri Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan RM3 juta untuk Bantuan Khairat Kematian (iKafalah) melalui Bajet Negeri Kedah bagi tahun 2023. Melalui skim bantuan ini, rakyat negeri Kedah akan mendapatkan bantuan wang tersebut jika terdapat anggota keluarga mereka seperti ibu bapa atau anak yang meninggal dunia. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU KHAIRAT KEMATIAN IKAFALAH KEDAH
Skim bantuan ini diperkenalkan bertujuan untuk meringankan beban waris atau ahli keluarga bagi melaksanakan atau menyempurnakan pengurusan jenazah setelah berlaku kematian ahli keluarga.
KADAR BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN IKAFALAH KEDAH
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM500
DOKUMEN DIPERLUKAN
Untuk membuat permohonan Bantuan Khairat iKafalah ini, pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
Salinan Kad Pengenalan Waris yang memohon
Salinan sijil kematian / Permit mengubur
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN IKAFALAH KEDAH
Ahli keluarga atau waris boleh membuat permohonan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Pejabat Penyelaras Dun masing-masing dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kematian
SENARAI PUSAT KHIDMAT DUN / PENYELARAS DUN KEDAH
Berikut adalah merupakan lokasi Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Pejabat Penyelaras Dun bagi negeri Kedah iaitu:
KHIDMAT / PENYELARAS DUN | LOKASI |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Aras 5, Blok E Wisma Darul Aman 05503 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Ayer Hangat | Pusat Khidmat DUN Ayer Hangat No. 51, Lot 2073, Padang Gaong Ulu Melaka 07000 LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Ayer Hitam | Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer Hitam Pida 5 Jerlun 06150 AYER HITAM KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Kuala Nerang | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang 38, Jalan Semeliang Pekan Baru 06300 KUALA NERANG KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Pedu | Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pedu Hadapan Sek Men Keb Naka 06350 NAKA KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Bukit Lada | Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Lada Bangunan MPD Bukit Lada 06400 POKOK SENA KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Sungai Limau | Pusat Khidmat Wakil Rakyat Sungai Limau No.18 Batu 15, Padang Lumat 08800 GUAR CHEMPEDAK KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Belantek | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Belantek Bangunan MTD Pekan Sik 08200 SIK KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Tanjung Dawai | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjung Dawai Pusat Tarbiyah Islamiyah Pas Merbok (PUTIM) 08400 MERBOK KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Pantai Merdeka | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka 111, Jalan Butterworth 08600 Tikam Batu SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Bayu | Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bayu V4, Lorong Syed Sheh 4 Pekan Baru Baling 09100 BALING KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Kuala Ketil | Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kuala Ketil Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (Putik Kuala Ketil) Kg Bukit Pak Kuning 09300 KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN |
ADUN Bandar Baharu | Pusat Khidmat ADUN Bandar Baharu No. 5, Wisma UMNO, Jalan Raya 09800 SERDANG KEDAH DARUL AMAN |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khairat Kematian (iKafalah), anda boleh melayari portal rasmi Kerjaan Negeri Kedah di pautan https://www.kedah.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
- SENARAI PORT OOTD TEMPAT MENARIK (Setiap Negeri)
- BANTUAN AWAL IPT ZAKAT KEDAH 2023 (PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN)
- BANTUAN KEDAHCARE: PERMOHONAN/MEMBERI BANTUAN