CARA DAFTAR MBSB ONLINE BANKING(mbsbjourney.com)

CARA DAFTAR MBSB ONLINE BANKING(mbsbjourney.com)

CARA DAFTAR MBSB ONLINE

Pada kemajuan dalam teknologi zaman sekarang telah membawa banyak perubahan dalam kehidupan, termasuk dalam pelbagai perkhidmatan digunakan setakat ini. Dengan sokongan internet, perkhidmatan perbankan adalah salah satu yang telah mengalami banyak perubahan dan kemajuan.

MBSB Bank telah perkenalkan perkhidmatan online banking untuk kemudahan pengguna. Bagaimana cara daftar MBSB online banking? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU MBSB BANK

MBSB Bank merupakan salah satu bank yang menjalankan perniagaan perbankan Islam di Malaysia. MBSB Bank telah diberikan lesen oleh BNM (Bank Negara Malaysia) serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah akta perkhidmatan kewangan Islam pada tahun 2013.

MBSB Bank menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan seperti Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Deposit Bertempoh, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Hartanah dan lain-lain.

 

DOKUMEN YANG PERLU SEDIAKAN

 Untuk pendaftaran kali pertama, anda hendaklah sediakan:

  • Nombor kad debit/kredit
  • PIN kad debit/kredit
  • Telefon nombor yang telah didaftarkan

 

CARA DAFTAR MBSB ONLINE BANKING

Terlebih dahulu, sebelum anda daftar MBSB online banking, anda seharusnya mempunyai akaun MBSB Bank yang aktif . Berikut adalah cara daftar MBSB Online Banking:

  1. Layari laman rasmi MBSB: https://www.mbsbjourney.com/rib/
  2. Tekan butang NEW USER?REGISTER NOW.
  3. Terdapat dua pilihan untuk daftar iaitu:
    • Debit card
    • Financing Account
  4. Sekiranya anda pilih debit card tekan Register Now
    • Masukkan No Debit card anda
    • Masukkan 6 Digit Pin anda
    • Masukkan Catcha yang tertera,
    • Tekan Next
  5. Sekiranya anda pilih Financing Account tekan Register Now
    • Masukkan Financing Account No anda
    • Pilih ID Type – Sekiranya pilih new IC
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
    • Masukkan Catcha yang tertera,
    • Tekan Next
  6. Seterusnya masukkan maklumat peribadi Anda pada bahagian Personal Details.
  7. Kemudian ikuti panduan seterusnya sehingga pendaftaran Anda berjaya.
  8. Selesai

 

CARA LOGIN MBSB ONLINE BANKING

Setelah anda selesai proses pendaftaran di atas, anda sudah boleh login akaun anda. Berikut adalah cara LOGIN kali pertama:

  1. Layari laman web MBSB Obline Banking:https://www.mbsbjourney.com/rib/
  2. Masukkan USERNAME anda, tekan Login.
  3. Gambar Keselamatan anda akan terpapar. Klik Yes
  4. Masukkan password anda.
  5. Tekan Login
  6. Anda telah berjaya login akaun MBSB Online Banking anda

 

SOALAN LAZIM

Apakah perkhidmatan yang disediakan MBSB Online Banking?

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Bayaran Balik Pembiayaan
  • Bayaran pukal (Kemudahan Pembayaran Gaji)
  • Deposit Bertempoh (Pelaburan dan Pengeluaran)
  • DuitNow
  • DuitNow Pindahan dana melalui nombor akaun (Instant Transfer)
  • JomPAY
  • Pengurusan ID DuitNow
  • Pindahan dana antara akaun di dalam MBSB Bank
  • Pindahan dana antara bank di dalam Malaysia (IBG)
  • Pindahan Telegrafik Mata Wang Asing ke bank di luar Malaysia menerusi sistem SWIFT
  • RENTAS

Bagaimana jika saya terlupa nombor PIN dan memasukkan PIN yang salah beberapa kali?

Percubaan PIN adalah maksimum 3 kali berturut-turut. Percubaan yang salah pada kali keempat secara berturut, status kad akan disekat secara automatik. Pengiraan pengesahan PIN akan digabungkan antara terminal (CRM) dan Perbankan Internet. Sebagai contoh, 2 percubaan PIN yang salah di terminal (CRM) dan 1 percubaan PIN yang salah di Perbankan Internet akan dikira secara kolektif sebanyak 3 kali. Oleh itu, sila terus ke mana-mana cawangan MBSB Bank yang terdekat untuk permohonan PIN baru.

Bolehkah saya menukar PIN Kad Debit-i Visa MBSB Bank? Bagaimanakah caranya untuk menetapkan PIN baru di terminal (CRM) MBSB Bank?

Ya, anda dibenarkan melakukan penukaran PIN di terminal (CRM) kami. Pada skrin menu utama, pilih butang Lain-lain dan seterusnya butang Penukaran PIN. Kemudian, masukkan PIN baru yang diikuti dengan pengesahan PIN baru. Skrin akan mengemas kini PIN baru dan memaparkan sama ada kemas kini PIN baru berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar MBSB online Banking atau sebarang persoalan, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

PERBANKAN SMS BSN: PENDAFTARAN, KOD & PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

 

Tags: #CARA DAFTAR MBSB ONLINE

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "CARA DAFTAR MBSB ONLINE BANKING(mbsbjourney.com)"