TOUCH ‘n GO EWALLET LOGIN(CARA DAFTAR AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP ONLINE )

TOUCH ‘n GO EWALLET LOGIN(CARA DAFTAR AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP ONLINE )

TOUCH ‘n GO EWALLET LOGIN(CARA DAFTAR AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP ONLINE )

 

Touch n Go eWallet telah dipilih sebagai perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam eMadani . Kepada yang layak menerima kredit eBelia,jika anda memilih Touch n’ Go untuk menebus kredit eBelia berpeluang menikmati pelbagai bonus dan tawaran istimewa.

 

APA ITU TOUCH ‘n GO EWALLET?

Touch n Go (TNG) eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang).Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD). TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

 

CARA DAFTAR  TOUCH ‘n GO EWALLET

Berikut adalah Cara Daftar Touch n Go eWallet:

  • Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
    Google Playstore 
    Apple App Store
  • Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
  • Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
  • Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  • Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

 

CARA TAMBAH NILAI KAD TOUCH’N GO ONLINE

Jika anda telah membuat pautan kad Touch ‘n Go dengan eWallet anda, bayaran tol dan parking di lokasi tertentu akan ditolak dari baki eWallet anda melalui fungsi Paydirect.Ia merupakan sebuah alternatif untuk membantu pengguna tol menambah nilai dengan mudah.

 

APAKAH TOUCH’N GO PAYDIRECT?

Dengan PayDirect, anda boleh melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch’n’ Go anda secara fizikal.

Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi – dan anda boleh menambah nilai bila-bila masa, di mana sahaja. Anda tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch’n Go anda di tol.

Anda boleh melihat baki dan rekod transaksi kad Touch ‘n Go anda sehingga 90 hari lepas.

Baki kad Touch’n Go dikemas kini setiap 48 jam.

 

CARA AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP TOUCH ‘N GO ONLINE

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi Touch’n Go eWallet.
  • Langkah 2: Klik ikon PayDirect untuk tambah kad Touch’n Go (Jika anda belum tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet) Klik ikon PayDirect untuk menanda kotak persetujuan (Jika anda telah tambah kad Touch ‘n Go ke dalam eWallet)
  • Langkah 3: Tambah nilai  eWallet anda melalui kad kredit/debit, perbankan Internet FPX, atau dengan PIN Tambah Nilai TNG.
  • Langkah 4: Gunakan kad Touch’n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian (imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG)
  • Langkah 5: Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.

NOTA: Pada masa ini, PayDirect hanya boleh didapati di semua sistem tol terbuka di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Lihat senarai penuh lebuh raya yang mengambil bahagian dalam fungsi PayDirect di pautan berikut: https://www.tngdigital.com.my/paydirect.

 

CARA AKTIFKAN DUITNOW TRANSFER TOUCH’N GO

Sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Touch’n Go eWallet
  2. Tekan pada ikon ‘Profile’
  3. Klik ‘DuitNow’
  4. Pilih ‘Link eWallet with DuitNow’
  5. Tekan ‘Activate with TNG eWallet’
  6. Tandakan (/) pada kotak kecil setelah membaca terma dan syarat. Tekan butang ‘Setuju’.
  7. Masukkan nombor OTP yang akan diterima di telefon bimbit anda.
  8. Anda akan menerima notifikasi pengaktifan DuitNow di aplikasi Touch’n Go anda.

 

CARA UNTUK DAPATKAN KEMBALI TNG eWALLET YANG HILANG DI IOS

Sekiranya App TnG eWallet anda hilang dalam di hanphone Iphone anda, berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan kembali:

  1. Buka Hp anda dan klik pada AppStore
  2. Klik pada gambar profile
  3. Kemudian klik pada Purchased
  4. Pada ruangan search di bahagian atas, buat carian aplikasi Touch ‘n Go eWallet
  5. Aplikasi TnG anda akan tertera, selesai

Nota: Kaedah ini hanya terpakai untuk yang pernah memasang(installs) sebelum ini.

 

SOALAN LAZIM

Saya sudah menjadi pengguna berdaftar di Portal MYTouchnGo. Adakah saya secara automatik mempunyai Akaun TNG eWallet?

Tidak. Anda masih perlu memuat turun dan mendaftarkan akaun TNG eWallet. Portal MYTouchnGo hanya menguruskan kad Touch ‘n Go anda manakala TNG eWallet adalah eWallet yang membolehkan anda membuat pembayaran dan banyak lagi melalui aplikasi mudah alih.

Adakah terdapat sebarang yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet?

Tidak ada yuran yang dikenakan untuk menggunakan TNG eWallet.

Bolehkan saya menukar nombor telefon mudah alih?

Ya, anda boleh.

Bagaimanakah cara tukar nombor telefon TNG eWallet?

Berikut adalah cara tukar nombor telefon TNG eWallet:

  1. Klik pada ikon “Profile” di bahagian atas sebelah kanan halaman utama app
  2. Pilih “Setting” diikuti dengan “Change Mobile Number”
  3. Jawab Soalan Keselamatan
  4. Masukkan nombor telefon mudah alih baharu anda
  5. Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon baharu anda.

Bolehkah saya memindahkan wang saya kepada pengguna lain melalui TNG eWallet?

Ya, anda hanya perlu klik ikon “Transfer” di skrin utama tetapi ia terhad kepada pengguna yang telah mengesahkan akaun mereka.

Saya tidak boleh log masuk ke dalam akaun saya, apa yang perlu saya lakukan?

Sila ikuti langkah-langkah yang tertera dibawah, dan cuba log masuk

1) Log keluar dan log masuk aplikasi TNG eWallet. Jika masih tidak berkesan, sila cuba langkah seterusnya.

2) “Uninstall” dan “install” balik aplikasi Touch n Go eWallet. Jika masih tidak berkesan, sila cuba langkah seterusnya.

3) “Restart” aplikasi Touch n Go eWallet dan “update” fon anda dan aplikasi Touch n Go eWallet.

Buka Aplikasi “Google Play” -> My Apps & Games -> Touch n Go eWallet (muat turun versi aplikasi yang terkini)

4) Sambungan internet

Buka aplikasi “internet browser” (contohnya, Google Chrome/Safari). Cuba layari internet, dan cuba buka mana-mana laman sesawang (contohnya www.google.com). Jika laman itu tidak tertera dengan betul, sambungan internet anda mungkin punca masalah ini.

5) Kosongkan Cache/Data / Penyimpanan (istilahnya berbeza di antara model telefon)> ‘Izinkan’ semua kebenaran

Buka “Settings” fon anda, klik “Apps” dan cari aplikasi “Touch n Go eWallet”. Skrol ke bawah, dan pilih “Storage”, Kemudian, klik butang “Clear Cache”

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan info lanjut tentang Touch n Go eWallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/

19 thoughts on “TOUCH ‘n GO EWALLET LOGIN(CARA DAFTAR AKTIFKAN PAYDIRECT & TOPUP ONLINE )”

  1. Sy tidk lg mengguna kn nombor talifon yg sama semasa pendaftaran..bgaimana sy mahu mndptkn nombor otp sy untuk kmaskini nombor talifon sy

    Balas

Leave a Comment