PERMOHONAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK

PERMOHONAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK

BSN MICRO/i

Kepada para usahawan Bumiputera Sabah & Sarawak, terdapat bantuan Kewangan yang tersedia melalui inisiatif Malaysia Madani yang boleh dibuat permohonan iaitu BSN Micro/i Kasih – Bumiputera Sabah/Sarawak. Disini kami akan kongsikan kepada and acara membuat permohonan dan syarta kelayakan, semoga membantu.

 

APA ITU BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK

BSN Micro/i Kasih-Bumiputera Sabah/Sarawak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan mikro bumiputera Sabah/Sarawak untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

 

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK

Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi pembiayaan ini iaitu:

  • Tujuan Pinjaman:
    • Modal Kerja, Pembelian Aset dan Kerja-kerja Pengubahsuaian
  • Amaun Pinjaman:
    • Minima: RM5,000
    • Maksima: RM50,000
  • Tempoh Pinjaman:
    • 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

 

SYARAT KELAYAKAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pembiayaan ini iaitu:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad/Syarikat Sdn. Bhd) dimiliki oleh bumiputera Sabah/Sarawak dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Agensi/Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah (jika berkenaan) beralamat di Sabah/Sarawak atau sebarang dokumen untuk membuktikan pemohon tersebut adalah bumiputera Sabah/Sarawak
  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
  • Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

 

CARA PERMOHONAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK

Kepada usahawan Sabah/Sarawak yang berminat untuk memohon, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Lawati laman web BSN untuk menyemak butiran produk.
  2. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
  3. Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / Cawangan Utama Negeri BSN atau lakukan permohonan secara dalam talian.
  5. Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Unruk dapatkan maklumat lanjut  mengenai BSN Micro/i Kasih-Bumiputera Sabah/Sarawak, anda boleh melayari portal Malaysia Madani: Manfaat

ARTIKEL BERKAITAN:

9 thoughts on “PERMOHONAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK”

Leave a Comment