BONUS TABUNG HAJI 2024 (Tarikh Bayaran Dividen 2023)

BONUS TABUNG HAJI 2024 (Tarikh Bayaran Dividen 2023)

BONUS TABUNG HAJI 2022TARIKH PENGUMUMAN & KADAR PERATUS DIVIDEN 2021

Kepada umat Islam di Malaysia yang menabung di Tabung Haji,anda sedang tunggu tarikh pengumuman dan kadar peratus bonus Tabung Haji 2023? Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.10 peratus yang akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya bagi Tahun Kewangan 2022.

 

KONSEP SIMPANAN TABUNG HAJI

Simpanan di Tabung Haji (TH) adalah berdasarkan konsep Simpanan dengan Jaminan tetapi tidak menjanjikan pulangan dan sekiranya ada pulangan, ia sebagai bonus yang dipanggil Hibah.

Jadi, mereka yang membuat simpanan (pendeposit) tidak boleh meletakkan matlamat dan harapan yang tinggi bahawasanya Tabung Haji akan memberikan Hibah yang tinggi setiap tahun sama seperti institusi pelaburan kewangan yang lain.

 

APA PERANAN SEBENAR TABUNG HAJI?

Pendeposit perlu tahu peranan sebenar Tabung Haji (TH) dan bukannya meletakkan institusi kewangan Islam ini (Tabung Haji) sama peranannya seperti institusi pelaburan lain yang terdapat di Malaysia.

 

APA ITU BONUS HAJI (HIBAH HAJI)?

Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa. Pemberian Bonus Haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit

 

APA ITU HIBAH TAHUNAN?

Hibah Tahunan atau Bonus Tahunan adalah bonus (hibah) yang diistiharkan oleh TabungHaji (TH) mengikut prestasi Kewangan tahun semasa. Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing pada 27 Februari 2022 (Ahad) menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

 

KADAR BONUS TABUNG HAJI 2022

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (hibah / dividen) sebanyak 3.10% setelah zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

 

PENGIRAAN AGIHAN KEUNTUNGAN TABUNG HAJI 2023 (CONTOH)

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2023 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2022 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2022. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2022 / Bilangan Bulan) x 3.10%

 

CARA KIRA HIBAH TAHUNAN(BONUS TAHUNAN) TABUNG HAJI TAHUN 2023

(Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan – Dis 2022) (÷) 12 bulan (×) (BONUS HIBAH)%.

 

CARA KIRA HIBAH HAJI(BONUS HAJI) TABUNG HAJI TAHUN 2023

Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980)

(Baki purata minima bulanan (Jan – Dis 2022) (÷) 12 bulan) (×) 3.10%

Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran Haji (RM9,980)

RM9,980 (×) 3.10%

 

SEMAKAN TARIKH PENGUMUMAN JUMLAH BONUS(HIBAH) TABUNG HAJI TAHUN 2023

Lembaga TabungHaji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan TabungHaji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah TabungHaji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 akan diumumkan pada satu tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga TabungHaji (TH).

 

SEMAKAN TARIKH PENGUMUMAN BONUS HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2023

  • 27 Februari 2022 (Ahad)

 

SEMAKAN KADAR PERATUS HIBAH TABUNG HAJI TAHUN 2022

  • Hibah Tahunan 3.10%

 

SEMAKAN PENGKREDITAN BONUS TAHUNAN TABUNG HAJI 2023

Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus (Hibah) Tahunan Tabung Haji 2022 melalui aplikasi THiJARI,kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai pada tarikh yang akan dikemaskini

Berikut adalag merupakan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2023:

  1. Buka aplikai Thijari atau layari laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Layari portal rasmi Tabung Haji https://www.tabunghaji.gov.my/

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment