SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA (eSPGA)

SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA (eSPGA)

SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA (eSPGA)

 

Kepada semua pemimjam yang menggunakan sistem potongan gaji melalui ANGKASA,anda patut dan perlu tahu cara untuk membuat semakan potongan gaji dengan ANGKASA bagi memastikan anda tahu dan tidak timbul sebarang kesilapan dalam urusan pemotongan bulan.

Anda dinasihatkan membuat semakan potongan gaji dengan ANGKASA secara berkala,sama ada setiap bulan atau 3 bulan sekali untuk memastikan anda betul-betul cakna dengan kewangan anda. Kami percaya, ramai yang tak pernah menyemak berapa jumlah potongan gaji dengan ANGKASA kan?

APA ITU ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

PERANAN ANGKASA

ANGKASA hanya sebagai pemudah cara iaitu setiap koperasi kredit berperanan sebagai pemberi pinjaman kepada ahli koperasi dan ANGKASA bertindak sebagai ejen kutipan

SISTEM POTONGAN GAJI ANGKASA(SPGA)

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.

Bagi anggota koperasi, sistem ini memberi kemudahan untuk mereka membayar balik semua ansuran pinjaman atau lain-lain tuntutan kepada koperasi atau organisasi lain melalui sekali arahan. Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semua pihak, samada “jabatan/majikan” dalam urusan penyediaan gaji setiap bulan, “koperasi/organisasi” dalam urusan mengutip bayaran balik pinjaman dan yuran manakala “anggota/individu” dalam urusan menyelesaikan bayaran ansuran setiap bulan.

SPGA dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan (BPKP) iaitu satu daripada bahagian yang diwujudkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA).

Koperasi atau organisasi yang melanggan perkhidmatan BPA boleh menggunakan sistem dalam talian (online) untuk mendaftar arahan potongan baru atau meminda / menghentikan tuntutan semasa. Pengguna SPGA perlu ada perkakasan “MYKAD Reader” untuk membaca kad pengenalan diri sebagai mengesahkan identiti pengguna sistem.

Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan RAM Credit Info atau ringkasnya “SPeKAR” menyediakan semakan maklumat kredit individu yang menggabungkan rekod SPGA dengan maklumat kredit di syarikat bukan-kewangan serta status bankrupsi dan juga kes litigasi atau saman mahkamah.

Maklumat kredit yang lengkap dapat membantu koperasi atau institusi kewangan lain membuat penilaian kredit seseorang pemohon kredit (individu).

KIOSK SPGA

Bagi memenuhi keperluan anggota koperasi, ANGKASA telah menyediakan 24 unit kiosk Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) di beberapa lokasi strategik seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mulai tahun 2013.

Melalui perkhidmatan kiosk ini, semua anggota koperasi boleh mendapatkan penyata potongan bulanan yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Perbankan ANGKASA (BPKP) secara layan diri.

 

Anggota koperasi (pelanggan) hanya perlu memasukkan kad pengenalan (MYKAD) yang dilengkapi dengan cip maklumat peribadi dan perlu disahkan dengan cap jari.

Perkhidmatan ini diberi secara PERCUMA sebagai usaha berterusan ANGKASA memberi perkhidmatan yang terbaik untuk warga koperasi seluruh Malaysia

CARA MEMBUAT SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA

5 Cara Membuat Semakan Potongan Gaji Biro Angkasa

Untuk membuat semakan potongan gaji, anda boleh menggunakan 5 kaedah berikut:

KETAHUI LANJUT

  1. Melalui e-mel:

[email protected]

[email protected]

  1. Melalui surat:

Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Perbankan

Wisma Ungku A.Aziz,Jalan SS 6/1, Peti Surat 8797,Pejabat Pos Kelana Jaya,46798 Petaling Jaya, Selangor

  1. Melalui kiosk

*Sila rujuk senarai kiosk Angkasa dan cara membuat semakan di bawah.

 

  1. Melalui telefon: 03-7802 2400

 

5.TERKINI: Secara online melalui laman web SISTEM e-SEMAKAN SPGA (rujuk cara semakan di bawah).

 

Cara Semakan SPGA Online

 

  1. Klik link di bawah dan daftar keahlian https://www.sola.my/…/pages/espga_semakanDS/spga_SLGN.aspx
  2. Untuk Pendaftaran dan Log Masuk
  3. Tab Daftar Keahlian
  4. Masukkan NOKP Awam/Polis/Tentera (Bagi Tentera : T-Tentera Biasa, F-Pegawai Tentera Udara, N-Pegawai Tentera Laut, A-Pegawai Tentera Darat)
  5. Tekan butang Semak Status Keahlian
  6. Masukkan nombor telefon bimbit
  7. Masukkan nama ibu
  8. Tekan butang Daftar
  9. Kata Laluan dihantar ke telefon bimbit
  10. Tab Log Masuk
  11. Masukkan NO.KP Awam/Polis/Tentera yang didaftarkan
  12. Masukkan Kata Laluan
  13. Tekan butang Log Masuk
  14. Pilih Bulan dan Tahun dan tekan butang semak
  15. Tekan butang Info Lanjut untuk potongan terperinci
  16. Tekan butang Cetak untuk cetak atau simpan laporan
  17. Tekan butang Log Keluar untuk keluar dari sistem

 

Berikut adalah  cara untuk anda semak potongan gaji dengan ANGKASA.

ARTIKEL LAIN

ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP (Bulan Februari 2022)

12 thoughts on “SEMAKAN POTONGAN GAJI DENGAN ANGKASA (eSPGA)”

Leave a Comment