Isi Kandungan
PERMOHONAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK
Kepada para usahawan Bumiputera Sabah & Sarawak, terdapat bantuan Kewangan yang tersedia melalui inisiatif Malaysia Madani yang boleh dibuat permohonan iaitu BSN Micro/i Kasih – Bumiputera Sabah/Sarawak. Disini kami akan kongsikan kepada and acara membuat permohonan dan syarta kelayakan, semoga membantu.
APA ITU BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK
BSN Micro/i Kasih-Bumiputera Sabah/Sarawak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan mikro bumiputera Sabah/Sarawak untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
CIRI-CIRI PEMBIAYAAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK
Berikut adalah merupakan ciri-ciri bagi pembiayaan ini iaitu:
- Tujuan Pinjaman:
- Modal Kerja, Pembelian Aset dan Kerja-kerja Pengubahsuaian
- Amaun Pinjaman:
- Minima: RM5,000
- Maksima: RM50,000
- Tempoh Pinjaman:
- 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan
SYARAT KELAYAKAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pembiayaan ini iaitu:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad/Syarikat Sdn. Bhd) dimiliki oleh bumiputera Sabah/Sarawak dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia
- Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Agensi/Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/Rakan Kongsi/semua Pengarah (jika berkenaan) beralamat di Sabah/Sarawak atau sebarang dokumen untuk membuktikan pemohon tersebut adalah bumiputera Sabah/Sarawak
- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
- Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
- Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
CARA PERMOHONAN BSN MICRO/i KASIH BUMIPUTERA SABAH/SARAWAK
Kepada usahawan Sabah/Sarawak yang berminat untuk memohon, berikut adalah merupakan caranya:
- Lawati laman web BSN untuk menyemak butiran produk.
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
- Semak dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN / Cawangan Utama Negeri BSN atau lakukan permohonan secara dalam talian.
- Pihak BSN akan menghubungi pelanggan dalam tempoh 6 hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap untuk memaklumkan berkenaan status permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Unruk dapatkan maklumat lanjut mengenai BSN Micro/i Kasih-Bumiputera Sabah/Sarawak, anda boleh melayari portal Malaysia Madani: Manfaat
ARTIKEL BERKAITAN:
- PERMOHONAN BAIKS 2023 (Bantuan Industri Kecil Sederhana Sabah)
- GERAN USAHAWAN WANITA SARAWAK JWKS RM2000 : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN
- PERMOHONAN TAJAAN BIASISWA/PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI YAYASAN SABAH
Apply mikro kredit
RM.50.000.00
“BSN MICRO PEMERKASA:CARA APPLY PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT RM50,000”
Macam mana nak mohon
Macam mana buat permohonan
cara nak apply dan syarat@ nk memohon
Industri Perkhidmatan , macam mana buat permohanan
HI,SAYA NAK TANYA MACAMANA MOHON MICRO LOAN?