CARA DAFTAR INSENTIF PENGAMBILAN BAGI PEKERJA BAHARU

CARA DAFTAR INSENTIF PENGAMBILAN BAGI PEKERJA BAHARU

CARA DAFTAR INSENTIF PENGAMBILAN BAGI PEKERJA BAHARU

Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersedia menerima permohonan daripada majikan untuk insentif pengambilan pekerja di bawah Program PenjanaKerjaya.

CARA DAFTAR INSENTIF PENGAMBILAN BAGI PEKERJA BAHARU

Permohonan insentif di bawah program ini dibuka hari ini melalui Sistem PenjanaKerjaya, www.penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENAMBAH MAKLUMAT PEKERJA

Berikut adalah langkah-langkah untuk menambah maklumat pekerja :

Baca tentang CARA DAFTAR eBelia IYRES  SISTEM PERMOHONAN PEKERJAAN UNTUK BELIA  

Program Insentif Pengambilan Pekerja menawarkan insentif kewangan kepada majikan antara RM600 dan RM1,000 bagi seorang pekerja atau perantis yang diambil bekerja, sehingga tempoh 6 bulan

Kementerian Sumber Manusia menggesa semua majikan yang mempunyai kekosongan jawatan untuk menggunakan platform yang disediakan Kerajaan bagi memperolehi insentif pengambilan pekerja tempatan. Sementara itu, pencari kerja pula akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai melalui program ini.

Inisiatif Kerajaan ini bertujuan untuk meningkatkan pewujudan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran. Pejabat Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia (Office of Minister, Ministry of Human Resources Malaysia)

Insentif pengambilan pekerja ini merangkumi bantuan kewangan untuk majikan yang menggajikan lepasan sekolah, siswazah, penganggur dan pekerja yang diberhentikan kerja serta perantis. Di bawah skim MYApprentice, majikan layak mendapat insentif pengambilan sebanyak RM600 seorang jika menggajikan perantis.

Sementara itu, di bawah skim HireMalaysia, majikan yang menggajikan penganggur berumur bawah 40 tahun akan mendapat insentif sebanyak RM800 bagi setiap pekerja; manakala mereka yang menggajikan penganggur berumur antara 40 hingga 60 tahun atau Orang Kelainan Upaya (OKU) layak mendapat insentif sebanyak RM1,000 bagi setiap pekerja. Semua insentif ini akan diberikan selama 6 bulan kepada majikan yang layak.

Baca tentang PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN PENJANA GOLONGAN BELIA & PENGANGGUR

Selain daripada insentif pengambilan pekerja, majikan juga memperoleh manfaat pekerja mahir sekiranya pengambilan dilakukan melalui PenjanaKerjaya kerana pekerja-pekerja ini boleh dihantar bagi mengikuti kursus kemahiran dan peningkatan kemahiran. Antara kursus yang disediakan adalah IR 4.0, Cloud Computing, Cyber Security, Machine Learning, Logistics, Manufacturing, Construction, Hospitality, Sales and Marketing. Banyak lagi kursus yang akan ditawarkan oleh program ini dari semasa ke semasa.

Bagi pencari kerja yang perlu berpindah untuk menerima tawaran pekerjaan di bawah PenjanaKerjaya, mereka akan diberikan Bantuan Mobiliti antara RM600 hingga RM1,000.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang bantuan atau pertanyaan lanjut, pencari kerja dan majikan boleh hadir ke mana-mana 54 pejabat PERKESO di seluruh negara atau menghubungi 1 300 22 8000 atau 03-8091 5300.

 

 

 

 

Tags: #CARA DAFTAR INSENTIF PENGAMBILAN BAGI PEKERJA BAHARU

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah
    SKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PINJAMAN PERUMAHAN(SPP): CARA PERMOHONAN PINJAMAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI Ingin
    1. author

      Logen satanantan7 months ago

      Fine for job

      Reply

    Leave a reply "CARA DAFTAR INSENTIF PENGAMBILAN BAGI PEKERJA BAHARU"