KURSUS BAHASA INGGERIS PERCUMA (Penjawat Awam Dewasa Kanak-Kanak)

KURSUS BAHASA INGGERIS PERCUMA (Penjawat Awam Dewasa Kanak-Kanak)

KURSUS BAHASA INGGERIS

Bagi anda yang sedang mencari cara yang menyeronokkan untuk berlatih dan mempelajari Bahasa Inggeris sama ada untuk anda sendiri mahupun anak-nanak, pastikan anda ingin mencari kursus bahasa inggeris yang berbaloi bagi anda. Disini kami akan kongsikan pilihan kursus yang boleh anda hadiri dan kursus percuma bagi penjawat awam, semoga membantu.

 

APA ITU KURSUS BAHASA INGGERIS

Kursus Bahasa Inggeris Am bagi dewasa dan kanak-kanak adalah berdasarkan kurikulum Cambridge English yang diiktiraf oleh lebih daripada 20,000 universiti, majikan dan kearajaan serata dunia dan dijajarkan kepada Rangka Kerja Rujukan Eropah Bersama (CEFR).

Kursus ini juga berguna untuk pelajar meningkatkan kemahiran sedia ada mereka membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Kursus ini membolehkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi seperti tempat kerja atau lawatan antarabangsa di Negara Berbahasa Inggeris.

 

KURSUS BAHASA INGGERIS PERCUMA

Kepada penjawat awam ataupun pekerja kerajaan yang ingin mengambil kursus ini boleh membuat permohonan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN yang ada beberapa siri yang anda boleh ambil seperti:

  • Power Up Your English Series : Better Pronunciation Course
  • Power Up Your English Series : Effective Letters And Emails Course
  • Power Up Your English Series : Effective Oral Presentation Course
  • Power Up Your English Series : Effective Reading Skills Course
  • Power Up Your English Series : Effective Reports Writing Course
  • Power Up Your English Series: Basic Writing Course
  • Power Up Your English Series: Successful Rapporteuring
  • Power Up Your English Series: Writing Winning Speeches

 

CARA PERMOHONAN KURSUS BAHASA INGGERIS INTAN

Kepada penajwat awam yang berminat dengan kursus ditawarkan dan ingin buat permohonan bagi mengikuti kursus bahasa inggeris, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Cik Nuraini binti Abd Rahman (Perunding Latihan Kanan) – 03 7966 1407
  • Encik Zulfadli bin Ab Rahim (Perunding Latihan) – 03 7966 1408
  • Encik Keshavan Kumar Sukumar (Perunding Latihan) – 03 7966 1410
  • Puan Sa’diyah binti Ambong (Perunding Latihan) – 03 7966 1409
  • Puan Maizura binti Abdullah (Setiausaha Kursus) – 03 7966 1405
  • Encik Mohd Syafiq bin Ghazali (Setiausaha Kursus) – 03 7966 1406
  • Encik Mohd Shahren bin Norazali (Setiausaha Kursus) – 03 7966 1526

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut anda boleh melayari portal rasmi INTAN DTIMS di pautan https://www.dtims.intan.my/

 

SENARAI PUSAT KURSUS BAHASA INGGERIS DEWASA DAN KANAK-KANAK

Bagi anda yang ingin mengikui kurus ini bagi diri anda atau pun anak anda, berikut adalah merupakan beberapa pusat yang menawarkan kursus ini iaitu:

CARA KURSUSNAMA KURSUSKETERANGANLOKASIHARGA
BersemukaMyClass – Kursus bahasa InggerisMyClass ialah cara yang fleksibel untuk anda mengembangkan bahasa Inggeris anda untuk memenuhi matlamat akademik, kerjaya atau peribadi andaThe Curve, Kuala LumpurKetahui lebih Lanjut
Persediaan IELTS: BiasaBersedia untuk ujian IELTS anda bersama guru-guru bahasa Inggeris kami yang berpengalamanKuala LumpurKetahui lebih Lanjut
SMART English Penang (Intensive)Kursus sepenuh masa untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda dengan cepat, memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting; tatabahasa, perbendaharaan kataPulau PinangKetahui lebih Lanjut
Business Communication SkillsKursus interaktif yang membantu anda membina kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi dalam persekitaran perniagaan hari inPulau PinangKetahui lebih Lanjut
Bersemuka & OnlineOne-to-one IELTS Practice SessionBimbingan 1:1 dengan guru-guru IELTS kami untuk memberi tumpuan kepada bidang yang anda inginkan untuk peningkatanKelas bersemuka dan dalam talianKetahui lebih Lanjut
OnlineProfessional Business SkillsDirancang khas untuk membantu anda beroperasi dalam persekitaran perniagaan anda, kami mempunyai enam modul 12 jam yang disesuaikan khusus untuk keperluan andaK elas dalam talianKetahui lebih Lanjut
IELTS CoachSertai kursus persediaan IELTS dalam talian kami yang diperibadikan sepenuhnya dengan Pakar IELTS. Maksimumkan skor anda dengan kumpulan dalam talian dan kelas langsungPelajaran secara langsung, dalam talianKetahui lebih Lanjut
English Online: Kursus yang dipimpin oleh guru dalam talian 100%Tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris dan keyakinan anda. Belajar dalam talian dalam kelas kumpulan yang kecil atau pilih pelajaran persendirian 1-1Pelajaran secara langsung, dalam talianKetahui lebih Lanjut
English Score TutorsPerkhidmatan pengajaran peribadi yang menawarkan pelajaran bahasa Inggeris satu ke satu dalam talian selama 30 minitKelas dalam talianKetahui lebih Lanjut
English Online: Kursus Pengajian KendiriBelajar bahasa Inggeris mengikut kadar anda sendiri dengan latihan yang dibuat oleh pakar bahasa Inggeris. Pembelajaran semasa dalam perjalanan dan berpatutanPelajaran secara langsung, dalam talianKetahui lebih Lanjut

NOTA: Klik Ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan kadar harga semasa

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment