DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020
Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) 2020 di bawah SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.
Sila rujuk PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) yang terkini
SPNB menawarkan 2 program di bawah Program Rumah Mesra Rakyat 2020 :
- Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)
APA ITU RMR
RMR bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Baca : DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN MYTV 2020
APA ITU RMRPLUS
RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.
RUMAH MESRA RAKYAT
Antara ciri-ciri rumah mesra rakyat :
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 65 tahun.
- Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
- Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
- Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT(RMR)
DAFTAR RUMAH MESRA RAKYAT
1.BUKA LAMAN WEB Layari http://rmr.spnbonline.com.my
2.KLIK PENDAFTARAN BARU
Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
LOGIN RUMAH MESRA RAKYAT
1.PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT
1.MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
Isi maklumat ke dalam sistem
SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)
RUMAH MESRA RAKYAT PLUS (RMRPLUS)
Jika anda ingin membuat permohonan RUMAH MESRA RAKYAT PLUS (RMRPLUS), sila semak syarat kelayakan RMRPLUS.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RMRPLUS
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan
- Kaedah pembiayaan Rumah Mesra Rakyat Plus sama ada tunai atau melalui pinjaman bank sahaja.
CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT RMRPLUS
1.Pemohon mengisi dan melengkapkan permohonan RMRPlus (Majukan ke SPNB)
2.SPNB membuat semakan dan penilaian serta lawatan tapak
3.SPNB meluluskan permohonan
4.Penyediaan Surat Tawaran Program RMRPlus dan Pelantikan Peguamcara
5.Pemohon menandatangani Dokumen Perjanjian Pembinaan & membuat pembayaran deposit 5%
6.Urusan pembayaran
Secara Tunai
Pembayaran Baki Harga Rumah
-Lump Sum
-Berperingkat mengikut kemajuan
Secara Pinjaman
Mendapatkan pinjaman perumahan
-Bank /Institusi Kewangan
7.Pelantikan kontraktor dan pemantauan pembinaan sehingga siap
Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan daripada Pejabat Cawangan di setiap negeri atau melalui laman sesawang SPNB
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi SPNB Mesra Sdn Bhd di talian +603 2618 5555
Syarikat Perumahan Negara Berhad,Tingkat 8, Wisma Perkeso,Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: [email protected]
No. Faks: 603-2681 0170
Tags: #APA ITU RMR #APA ITU RMRPLUS #CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT RMRPLUS #CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) #DAFTAR RUMAH MESRA RAKYAT #LOGIN RUMAH MESRA RAKYAT #PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020 #PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT #Rumah Mesra Rakyat (RMR) #RUMAH MESRA RAKYAT 2020 #Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)
Mohd Irwan8 months ago
“DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020”
Zurawati binti Ab Manaf7 months ago
daftar dan memohon baru rmr
Sudin bin abdullah6 months ago
Permohonan semak klulusan rumah mesra rakyat 2020
fadillah5 months ago
macam mana nak chek borang kita tu sudah di proses atau nak tahu permohonan lulus atau tidak
Mohd rozi bin Osman2 months ago
Semakan kelulusan rumah mesra rakyat 2020
Monica anak liam2 months ago
“DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020”
SUHAIDI B MAHBAR2 months ago
semak permohonan
azmi bin talib2 months ago
semakan kelulusan rmr 2020.saya daftar baru tapi diorang reply mengatakan saya dah apply.so
MOHD NAZRIE BIN SALLEH2 months ago
Semak Permohonan
Suzana binti abu hassan2 months ago
Nk mohon….da penat duduk rmh sewa org….tp x blh pulak bt online
Ic no melake da duk johor lame 8tahun
Tlg laaaa…..bg cara nk bt
Zuliana binti md taha1 month ago
Assalamualaikum.. Saya dh mohon dan hntar borang bulan 9..mcm mana nak tahu pemohonan diluluskan.