eRumah Johor 2023: DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
APA ITU eRumah Johor?
eRumah Johor adalah sistem permohonan perumahan negeri secara atas talian yang menawarkan Rumah Mampu Milik Johor / Rumah Mampu Biaya Johor bagi meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan.
Terdapat pelbagai jenis rumah mampu milik yang boleh dimohon di bawah eRumah Johor mengikut kadar pendapatan kelayakan masing-masing.
eRumah Johor dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).
Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)?
RMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya.
Tujuan utamanya adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri tersebut.
Cara untuk memohon mana-mana rumah RMMJ di bawah kerajaan negeri Johor sekarang sangat mudah, sebab semuanya melalui online di laman web e-Rumah Johor.
Nak tahu senarai BANTUAN KERAJAAN NEGERI JOHOR?
JENIS RUMAH YANG DITAWARKAN
Walaupun terdapat pelbagai kategori rumah di bawah eRumah Johor, tetapi secara umumnya rumah-rumah yang ditawarkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan adalah
- kediaman 3 bilik tidur
- dilengkapi 2 bilik air
- berkonsep mesra keluarga dan selesa
- dijual pada kadar harga yang mamp dimiliki oleh lapisan masyarakat
Bergantung kepada kelayakan pendapatan, anda boleh memohon perumahan melalui 3 jenis perumahan berikut:
i) Rumah Mampu Biaya Johor
Terdapat 5 jenis Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon melalui eRumah Johor.
Syarat kelayakan bagi Rumah Mampu Biaya ini mestilah tidak melebihi had pendapatan seisi rumah bagi kategori:
- Rumah Mampu Biaya A – RM4,000
- Rumah Mampu Biaya B – RM6,000
- Rumah Mampu Biaya C – RM8,000
- Rumah Mampu Biaya D – RM10,000
- Kedai Kos Sederhana (KKS) – RM13,000
Syarat-syarat lain adalah:
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
- Menetap selama 10 tahun di Johor
- Hanya satu permohonan bagi pasangan suami / isteri
- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
- Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
- Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
- Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
- Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaranii) Lot Bumiputera
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin / bujang boleh memohon
- Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
- Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon
iii) Program Perumahan Rakyat
Melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) terdapat beberapa lagi subkategori seperti
- Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan
- Rumah Transit Beliau Johor
- Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)
NOTA:
Konsep permohonan Perumahan Rakyat Johor ialah permohonan mengikut projek.
Permohonan boleh dibuat dalam tempoh projek diiklankan sahaja dan tidak akan diterima selepas tarikh tutup pengiklanan.
Jika tidak berminat dengan projek yang diiklankan, pemohon perlu menunggu projek lain sehingga projek tersebut dibuka untuk pengiklanan.
Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR MELALUI PORTAL eRumah Johor
Berikut adalah cara membuat permohonan online Rumah Mampu Milik menerusi portal eRumah Johor:
- Pergi ke laman web rasmi eRumah Johor di https://erumah.johor.gov.my/
- Daftar akaun pengguna (Individu)
- Lengkapkan maklumat pemohon
- Login semula dan kemaskini maklumat
- Pilih projek perumahan yang diinginkan
- Hantar permohonan.
SEMAKAN PERMOHONAN eRumah Johor
Untuk mengetahui sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. pemohon boleh menyemak permohonan melalui 2 cara berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor
- Log masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’
BANTUAN BAUCER RM1,000 KEPADA PEMBELI RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.
Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.
Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015.
Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).
Syarat kelayakan Baucer RM1,000 adalah seperti berikut:
- Pembeli yang membeli Jenis Perumahan Komuniti Johor PKJ A, PKJ B dan RMMJ.
- Projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduduki mulai pada 1 Januari 2015
- Baucer ini hanya layak diberi SEKALI sahaja oleh pembeli dan pasangannya.
Pembeli-pembeli boleh menuntut baucar tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) dan muat turun permohonan baucer disini. Baucar akan dibayar 14 hari selepas borang permohononan tuntutan diserahkan .
SOALAN LAZIM
Apa itu eRumah Johor?
Sebuah portal yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor.
Pihak mana yang kendalikan eRumah Johor?
eRumah Johor dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).
Apakah jenis rumah yang boleh dimohon melalui eRumah Johor?
Terdapat pelbagai jenis Rumah Mampu Milik Johor seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR) yang
Apakah nama projek terkini Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor?
Berikut adalah projek terkini Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon dari sekarang hingga 4 Februari 2021
Taman Mega Ria 2 (A), Tangkak (Rumah Teres 2 Tingkat): RM42,000
Taman Mega Ria 2 (B), Tangkak (Rumah Teres 2 Tingkat): RM80,000
Taman Desa Tropika (B), Batu Pahat (Rumah Teres 2 Tingkat): RM80,000
Bolehkah saya hantar permohonan selepas tarikh tutup?
Tidak boleh
Bagaimana cara untuk semak samada permohonan eRumah Johor lulus atau tidak?
Boleh buat semakan melalui portal eRumah Johor.
Masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor
Log masuk ke akaun eRumahJohor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’
Saya berasal dari negeri lain, tetapi sedang bekerja di negeri Johor. Bolehkah saya mohon projek rumah ini?
Boleh. Dengan syarat anda sudah tinggal di negeri Johor 5 tahun dan lebih
Bilakah pembayaran duit baucer RM1,000 akan dibayar?
14 hari selepas borang permohonan tuntutan diserahkan
Saya terlupa kata laluan erumah johor
Boleh dapatkan password atau kata laluan yang baru melalui reset kata laluan
Saya mempunyai pasangan yang telah ada rumah sendiri, boleh saya memohon?
Boleh layak memohon dan membuat permohonan untuk atas nama anda sendiri. Pilih kategori rumah yang sesuai dengan kemampuan anda
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan tentang eRumah Johor atau Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh berhubung dengan pihak SUKJ Bahagian Perumahan melalui saluran berikut:
Alamat: Bahagian Perumahan Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
No. Tel : 07-2666260 / 07-2666261
E-mel : [email protected]
Facebook : SUKJ – Bahagian Perumahan
Tags: #APA ITU eRumah Johor? #Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)? #Apakah nama projek terkini Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor? #apply erumah.johor.gov.my #Bagaimana cara untuk semak samada permohonan eRumah Johor lulus atau tidak? #Bilakah pembayaran duit baucer RM1000 akan dibayar? #BORANG BAUCAR RMMJ RM1000 #borang erumah.johor.gov.my #CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR MELALUI PORTAL eRumah Johor #CARA TEBUS BAUCAR RMMJ RM1000 #check status erumah.johor.gov.my #CONTOH RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR(RMMJ) 2021 #CONTOH RUMAH MAMPU MILIK JOHOR #daftar erumah.johor.gov.my #eRumah Johor 2022 #eRumah Johor 2023: DAFTAR #HARGA RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR TERKINI #HARGA RUMAH MAMPU MILIK JOHOR #HARGA RUMAH MAMPU MILIK JOHOR 2021 #HARGA RUMAH MAMPU MILIK JOHOR 2022 #KEMASKINI eRumah Johor #KEMASKINI SUKJ #LOGIN ERUMAH JOHOR #LOGIN SUKJ #pendaftaran SUKJ #PERMOHONAN & SEMAKAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR #PERMOHONAN BAUCAR(PEMBELI RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR) #permohonan erumah.johor.gov.my #PROJEK RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR TERKINI #PROJEK RUMAH MAMPU MILIK JOHOR TERKINI #REGISTER ERUMAH JOHOR #register erumah.johor.gov.my #RMMJ 2021 #Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) di Taman Mengkibol Kluang (Fasa 3) #rumah mampu biaya Johor (RMMJ) 2021 #Saya terlupa kata laluan erumah johor #SEMAKAN PERMOHONAN eRumah Johor #semakan status erumah.johor.gov.my #Taman Desa Tropika (B)Batu Pahat (Rumah Teres 2 Tingkat) #Taman Desa Tropika (B)Batu Pahat (Rumah Teres 2 Tingkat): RM80000 #Taman Mega Ria 2 (A)Tangkak (Rumah Teres 2 Tingkat): RM42000 #Taman Mega Ria 2 (B)Tangkak (Rumah Teres 2 Tingkat): RM80000
NANTHA KUMAR A/L PERUMAL2 tahun ago
Saya Nantha kumar a/l perumal berasal johor bahru selama 40thn berharap harap sangat bantuan rumah mampu milik dapat membantu utk saya dan keluarga.
SUBAPAKIAM A/P SUBRAMANIAM2 tahun ago
Empian emas johor
MD SHAHREL BIN PUNAAIB2 tahun ago
Saya Harap pihak kerajaan Johor Dapat membantu Saya untuk mendapatkan rumah mampu milk.. Terutama di kawasan Perumahan Perbadanan Islam Negeri Johor di Stulang Baru..Hak milik Kekal .saya dan keluarga dah tak sanggup utk membayar sewa dirumah ni sekarang..Terima Kasih
Zulkifli bin mohamed senin1 tahun ago
Sebagai warga johor Harapan untuk mempunyai rumah sendiri..tidak lagi menyewa selama lamaya..
R KALYANI A/P RAMADOSS1 tahun ago
Dah Lama 10 tahun lebih apply Masih Belum dapat rumah
R KALYANI A/P RAMADOSS1 tahun ago
Tolong update Kan permohonan saya ic740417105590 untuk rumah PPR Di melana perling.
GUNASELAN1 tahun ago
Rumah JOHOR
mohd nur ab razak b mohd nasushardin5 bulan ago
Harap dapat dipertimbangkan Sy berkerja seorang dengan gaji 1500 rumah sewa sekarang sudah 750, anak 4 orang, sudah 3 kali gagal memohon rumah prima, harap dapat di pertimbangkan,..
mohd nur ab razak b mohd nasushardin5 bulan ago
Harap dapat dipertimbangkan Sy berkerja seorang dengan gaji 1500 rumah sewa sekarang sudah 750, anak 4 orang, sudah 3 kali gagal memohon rumah prima, harap dapat di pertimbangkan. Nak buat make g sekolah PON x cukop
Parthypan A/L lachemayah2 bulan ago
Saya parthypan a/l lachemayah
Yang tinggal di johor bahru selama 20 tahun. Harap dapat bantuan rumah untuk saya dan keluarga saya🙏🙏🙏🙏🙏🙏
Do contact me 0111-6373286
ABDUL RAHSID BIN OYUB2 bulan ago
saya tiada rumah..harap saya dapat rumah mmpu milik johor..contac no 01117611426
AGILANDESWARI1 bulan ago
INGIN MEMBELI RUMAH DI KAWASAN TAMPOI JOHOR, TERIMA KASIH.
Jul Asbi bin nulsaid1 minggu ago
Harap2 ada rezeki di sini dan dapat membantu keluarga saya dengan cara NIE, semoga ada rezeki insyaallah,