RUMAH MESRA RAKYAT 2023(Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)
Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) 2023 di bawah SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.
Sila rujuk PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) yang terkini
SPNB menawarkan 2 program di bawah Program Rumah Mesra Rakyat 2023 :
- Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Rumah Mesra Rakyat Plus (RMRPLUS)
APA ITU RMR
RMR bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
APA ITU RMRPLUS
RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RUMAH MESRA RAKYAT
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
CARA PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT(RMR)
DAFTAR RMR
- BUKA LAMAN WEB Layari http://rmr.spnbonline.com.my
- KLIK PENDAFTARAN BARU
- Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
LOGIN RMR
- PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN
- Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
- LOG MASUK KE LAMAN UTAMA
- Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
PERMOHONAN RMR
- MELENGKAPKAN BORANG ONLINE
- Isi maklumat ke dalam sistem
- SELESAI MENGISI BORANG ONLINE
- Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
- MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
- Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
- Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)
RUMAH MESRA RAKYAT PLUS (RMRPLUS)
Jika anda ingin membuat permohonan RMS PLUS (RMRPLUS), sila semak syarat kelayakan RMRPLUS.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RMRPLUS
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Syarat tanah adalah tertakluk kepada keluasan rekabentuk dan kaedah pembiayaan
- Kaedah pembiayaan RMR Plus sama ada tunai atau melalui pinjaman bank sahaja.
CARA PERMOHONAN RMRPLUS
- Pemohon mengisi dan melengkapkan permohonan RMRPlus (Majukan ke SPNB)
- SPNB membuat semakan dan penilaian serta lawatan tapak
- SPNB meluluskan permohonan
- Penyediaan Surat Tawaran Program RMRPlus dan Pelantikan Peguamcara
- Pemohon menandatangani Dokumen Perjanjian Pembinaan & membuat pembayaran deposit 5%
- Urusan pembayaran
- Secara Tunai – Pembayaran Baki Harga Rumah
- Lump Sum
- Berperingkat mengikut kemajuan
- Secara Pinjaman – Mendapatkan pinjaman perumahan
- Bank /Institusi Kewangan
- Secara Tunai – Pembayaran Baki Harga Rumah
- Pelantikan kontraktor dan pemantauan pembinaan sehingga siap
- Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan daripada Pejabat Cawangan di setiap negeri atau melalui laman sesawang SPNB
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi SPNB Mesra Sdn Bhd di talian +603 2618 5555
- Syarikat Perumahan Negara Berhad,Tingkat 8, Wisma Perkeso,Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
- No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
- Emel: [email protected]
- No. Faks: 603-2681 0170
“DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020”
daftar dan memohon baru rmr
Permohonan semak klulusan rumah mesra rakyat 2020
macam mana nak chek borang kita tu sudah di proses atau nak tahu permohonan lulus atau tidak
Semakan kelulusan rumah mesra rakyat 2020
“DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020”
semak permohonan
semakan kelulusan rmr 2020.saya daftar baru tapi diorang reply mengatakan saya dah apply.so
Semak Permohonan
Nk mohon….da penat duduk rmh sewa org….tp x blh pulak bt online
Ic no melake da duk johor lame 8tahun
Tlg laaaa…..bg cara nk bt
Assalamualaikum.. Saya dh mohon dan hntar borang bulan 9..mcm mana nak tahu pemohonan diluluskan.
Saya nak daftar tapi..tak dapat e-mail kata laluan pun ..telefon SPNB talian sibuk saje.. macam mane..kalau e-mail..dia mintak nama dan no ic pemohon pulak..kite belum mohon pun..daftar pun tak lepas lepas ni..tolongggg
batu 20 kampung Tasek 77400 sungai rambai Melaka
Mcm mna nk semak lulus@x permohonan kita
Macam mana ye saya dah pohom dah lama dah x dapat2 pom .
Semakan kelulusan permohonan.????
Macam mana ya.
“DAFTAR,PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN RUMAH MESRA RAKYAT 2020”
Bantu saya untuk miliki rumah idaman rakyat
Macamna nak depatkan borang permohonan. Bantuan rumah rmr..?
Nak tnya pasal borang sy dh di proses atau x