PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
Maklumat terkini tentang PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR) telah dibuka. Disini kami akan kongsikan kepada anda untuk membuat permohonan RMR, iaitu dengan mengisi borang permohonan RUmah MEsra Rakyat. Semoga membantu.
APA ITU RMR
RMRPLUS adalah satu model perniagaan baru yang mengambil konsep asas RMR1M namun dikhususkan kepada golongan yang mempunyai tanah sendiri tetapi tidak memenuhi kriteria minima permohonan RMR1M.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN RMR
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
CIRI-CIRI/HARGA/PINJAMAN/BAYARAN BULANAN RMR
Berikut adalah maklumat secara lengkap tentang rumah mesra rakyat(RMR):
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT(RMR)
Berikut adalah borang yang perlu disi oleh pemohon,sila muat turun:
- Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web http://www.spnbmesra.com.my/
- Isi dan lengkapkan borang permohonan
- Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
- SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)
PENDAFTARAN RMR SPNB ONLINE
Pemohon boleh membuat permohonan baru program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) melalui http://rmr.spnbonline.com.my
Berikut adalah proses pendaftaran RMR SPNB ONLINE:
KLIK PENDAFTARAN BARU> PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN> LOG MASUK KE LAMAN UTAMA> MELENGKAPKAN BORANG ONLINE> SELESAI MENGISI BORANG ONLINE> MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
TANGGUNGJAWAB PEMOHON
Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pemohon:
- Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
- Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
- Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
- Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
Nak semak status permohonan RMR? Rujuk SEMAKAN RUMAH MESRA RAKYAT
Ada tanah
Saya perlubantuan
Saya perlu bantuan untuk dptkn rumah mesra rakyat negeri sembilan
Sy memerlukan rumah bantuan mesra rakyat mohon bantuan
PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR): BORANG PENDAFTARAN SPNB ONLINE. Saya memerlukannya sbb tiada rumah sendiri lagi.
Saya memerlu rumah mesra rakyat sebab tiada rumah sendiri lagi.
Terima Kasih
Saya ingin mohon bantuan membina rumah di tanah sendiri
SAYA MEMERLUKAN PERMOHANAN INI SEBAB SAYA TIDAK MEMILIKI RUMAH LAGI
Permohonan baru
Boleh bagi link pengesahan pendapatan spnb
PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT(RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE
Assalamm…dah mohon skali dapat skali xdapat! Sy seorang ibu tunggal dan mmpuyai 5 oramg ank yg masij bersekolah..mohon yang amat sangat bantu kami…
{Ya Allah ampunilah dosa ku andainya dosa ku penyebab tiada rezeki untuk anak2ku yg engkau anugerah pada ku ini} permohonan ku tak pernah ada tidak balas malahan sehingga kini ku masih menyewa untuk ku melindungi anak2 dan isteriku yg engkau amanahkan kepada ku.. sesungguhnya hanya engkau yg maha mengetahui akan segala yg aku impikan untuk keluarga ku.. harapan ku agar engkau permudahkan segalanya impian dan harapan ku sekeluarga..Aamiin…
#ank 5org umur pn dh nk masuk ptg masih dibelenggu untuk mendapatkan sebuah rumah ku syurga ku sendiri sehingga kini tanah dh mentua beri pada anknya[isteriku} tp syg aku x mampu membina rumah untuk ank dan cucu2nya..
“PERMOHONAN BARU RUMAH MESRA RAKYAT (RMR):BORANG & PENDAFTARAN SPNB ONLINE”
Saya ad anak dua dah xde rumah lagi tanah sendiri ada.. Saya harap sangat dapat rumah
saya berumur 43 tahun boleh x memohon utuk rumah ni .. ada borang lain ka
SAYA INGIN MEMOHON RUMAH MESRA RAKYAT [RMR] SEBAB SAYA TIDAK MEMPUNYAI RUMAH SEHINGGA SEKARANG DAN DISINI JUGA SAYA INGIN MEMAKLUMKAN TAPAK TANAH TELAH SAYA SEDIAKAN DENGAN KELUASAN 494.052 METER PERSEGI SEKIAN TERIMAKASIH
Saya ingin memohon rumah mesra rakyat(rmr) sebab blom mempunyai rumah lagi
mcm mana nak beli ppr miliki.