KEMASKINI STR 2023 ONLINE (Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah)
Pasti anda tertanya-tanya, macam mana cara kemaskini STR 2023. Adakah masih perlu kemaskini kalau sudah layak STAR Fasa 1? Apakah maklumat yang perlu dikemaskini? Disini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan maklumat kemaskini STR ini, semoga membantu.
TUJUAN PEMBUKAAN KEMASKINI STR
Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 adalah bagi membenarkan Permohonan STR yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas
MAKLUMAT ASAS KEMASKINI STR
Berikut adalah merupakan maklumat asas yang perlu dikemaskini iaitu:
- Nombor Telefon Rumah Pemohon
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon
- Pilihan Pekerjaan
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
- Pilihan Status Perkahwinan Pemohon
- Nombor Poskod Pemohon
- Pilihan Nama Bank Pemohon
- Masukkan Nombor Akaun Bank
- Alamat e-mel
TEMPOH KEMAS KINI STR
Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
CARA KEMASKINI STR 2023 SECARA ONLINE
Ikut langkah di bawah untuk buat proses kemaskini yang ringkas:
- . Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
- Klik butang Log Masuk bagi membuat Kemas Kini Permohonan.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika masih belum mendaftar, sila rujuk panduan pengguna – Daftar MySTR 2023
- Klik butang Kemas Kini Permohonan setelah berjaya log masuk MySTR.
- Pada bahagian Maklumat Pemohon, lengkapkan yang diperlukan Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Maklumat permohonan akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat terkini permohonan yang dihantar secara dalam talian atau berdasarkan permohonan BKM 2022.
- Kemas Kini ruangan berikut jika ada perubahan maklumat:
- Nombor Telefon Rumah Pemohon
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon
- Pilihan Pekerjaan
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
- Pilihan Status Perkahwinan Pemohon:-
- Kahwin
- Cerai
- Kematian Pasangan
- Bujang
- Jika pilihan Status Perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian
Pasangan, isikan maklumat Tarikh Status Perkahwinan. Ruangan tarikh ini
merujuk kepada Status Perkahwinan,- Jika Kahwin, masukkan tarikh perkahwinan
- Jika Cerai, masukkan tarikh perceraian
- Jika Kematian Pasangan, masukkan tarikh kematian pasangan
- Alamat Surat-Menyurat Pemohon.
- Maklumat Bandar dan Negeri akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat Poskod yang diisi.
- Nombor Poskod Pemohon.
- Pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
- Alamat e-mel
- Pada bahagian Maklumat Pasangan, Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Kahwin, Maklumat Pasangan perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
- No. MyKad / MyPR / MyKAS
- Sijil Lahir
- No. Pasport
- Masukkan Nombor Pengenalan Pasangan.
- Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama
dan Jantina akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. - Jika tidak wujud pada data JPN, permohonan tidak boleh diteruskan dan
paparan berikut akan dipaparkan: - Jika jenis pengenalan pasangan adalah Sijil Lahir / No. Pasport, ruangan
Nama dan Jantina perlu diisi oleh pemohon. Salinan dokumen pengenalan
pasangan perlu dikemukakan ke LHDNM. - Sekiranya maklumat pasangan telah wujud pada permohonan lain,
permohonan tidak boleh diteruskan. Sila rujuk LHDNM berhampiran.
- Jika nombor pengenalan pasangan wujud pada data JPN, maklumat Nama
- Isikan Nombor Telefon Bimbit Pemohon
- Isikan pilihan Pekerjaan
- Isikan pilihan Nama Bank Pemohon. Pilihan maklumat Akaun Bank yang masih
aktif. Rujuk lampiran Senarai Bank. Masukkan Nombor Akaun Bank
- Pilih Jenis Pengenalan Pasangan
- Pada bahagian Maklumat Anak, perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pemakluman mengenai Maklumat Anak
- Tindakan seterusnya seperti berikut:
- Masukkan Nombor Pengenalan Anak (MyKad / MyKid sahaja).
- Jika nombor pengenalan Anak wujud pada data JPN, maklumat Nama dan Umur
akan dipaparkan secara automatik dan tidak boleh dipinda. Salinan Sijil Kelahiran
Anak perlu dikemukakan ke LHDNM berhampiran. - Jika tidak wujud pada data JPN, maklumat anak tidak boleh diisi.
- Pilih Status Anak
- Anak Kandung
- Anak Angkat
- Anak terhad kepada 5 orang sahaja untuk diisi.
CARA KEMASKINI STR 2023 SECARA MANUAL
- Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MySTR atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
- Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Nota: Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan STR 2023 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
SOALAN LAZIM (FAQ) KEMAS KINI STR
Apa yang boleh dikemaskini STR 2023?
- Secara amnya, cara kemas kini BKM ini adalah berdasarkan berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda boleh update di MySTR
Nombor akaun bank STR terkini
- Ini adalah bahagian yang paling penting sekali dalam kemas kini. Jika akaun bank tidak aktif, duit tidak dapat dimasukkan
Status perkahwinan STR terkini
- Jika anda sudah berkahwin, sila kemas kini maklumat anda jika status masih bujang.
- Jika anda sudah bercerai atau berpisah, jangan lupa kemas kini jika status masih berkahwin.
- Bagi golongan Bujang, tidak perlu buat apa-apa jika status masih lagi bujang.
Nombor telefon STR terkini
- Jika anda ada menukar nombor telefon baru, anda perlu mengemaskini.
- Jika gagal untuk kemaskini dengan nombor telefon yang baru, ada kemungkinan anda tidak akan terima SMS dan notifikasi berkenaan pembayaran dan lain-lain lagi perkara yang penting.
Maklumat anak STR terkini
- Jika jumlah anak bertambah; contohnya dari 1 kepada 2; anda perlu mengemaskini juga
- Selepas mengikuti panduan dan cara kemas kini ini; dan hanya selepas proses kemas kini diterima oleh pihak LHDN, barulah anda boleh buat semakan SEMAKAN STR untuk melihat status samada lulus atau tidak apabila dibuka kelak.
Ada Masalah Nak Kemaskini STR?
- Jika ada sebarang pertayaan, sila hubungi nombor hotline STR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
- Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
ARTIKEL LAIN
- CARA TUKAR STATUS PERKAHWINAN STR 2023 (Kemaskini Bujang & Berkahwin)
- STR FASA 2 (Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang & Keluarga)
- MySTR: STR Login Masuk Kemaskini
Mohd JAIS bin Osman
Bujang
Memohon bantuan sara hidup.
Umur 49
Mengalami penyakit jantung sakit sendi.
Rumah sewa saya ingin berniaga pehatar gas masak saya ada kemahiran meniaga dan saya ada. Pelanggan gas pun saya ada saya amat berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan saya.
Saya punya bsh masuk sikit Sgt rm 470,sepatutnya i dari golongan B40, gaji 2000 ke bawah, kenapa tak ada duit tambahan 100,dan duit unt anak bawah umur 18
Saya punya bsh masuk sikit juga..rm470 saje..ape pasal ye tak fhm
Saya nak buat kemaskini bsh
Sabaruddin baddu
860202125523
Akaun BSN 1016141100036404
X berkej bpn lulus tapi bsh x ada rekod
Sya mau bayar rumah sewa. Sekarang tidak ada pekerjaan yang stabil。
Knp duit masuk kurang…mcm mn diaorng Kira..ramai yg x puashati.x dpt seperti yg dijanjikan..
I bujang umur 40. Lagipun oku kad ada. Brim bujang tak dapat. Check keputusan dlm proses
Bpn saya tidak lulus ,,, alasan pndapatan melebihi 8k,, sedangkan saya baru berhnti kerja pada bulan Januari 2020,, sekarang bekerja pmbntu di kedai makan,,bsh tiada dlam rekod sedangkan saya sudah isi online,, cuma tunggu keputusan ,, tahu2 dapat jawapan tiada dalam rekod bsh,,
saya ingin mohonan bsh ini.saya msih bujang..ada kah bujang yang layak untuk dapat kan bsh ini jugk.
nama saya norashan bin pindi
saya ingin mohon..betul ke orang bujang tak layak dapat duit bsh itu..kenpa ya..boleh thu..
bsh saya tak ad rekod.tlong saya cmna nk bg bsh saya ada.bpn saya dpt.
Permohonan baru
l bujang umur 50 Permohonan baru
l bujang umur 50 bsh tak afa rekod. Permohonan baru
I umur 73 suami meninggal Permohonan baru
Status permohonan saya masih dalam proses tapi sudah tak bekerja lagi sejak bulan jun 2019. Sila bantu saya
Bujang bawah 40 tahun macamnana???
Kemasukan bsh sya rm460 saja.. tiada tambahan, utk bayaran anak pn tiada.. harap pihak lhdn ada jawapan utk masaĺah ini..
Saya nak Tanya kenapa saya BSH masih dalam proses sampai sekarang
Saya nak Tanya kenapa saya punya BSH masih lagi dalam proses sampai sekarang
Knp bujang x layak…bagi jawapan
Apesal suit FASA 1dan2 ..boleh masuk dalam account bank automatic.. Fasa3 dalam process.. Lagi suit FASA 3ade dapat me take.ape maksuk dalam process… Take faham langsun
Sy di berhenti kerja tiada sebarang notis selepas pkp april lalu adakah sy layak menerima BSH status bujang???
Knpa bsh saya masuk 350 sja,sptutnya 600 sya dpat..mana pi 250 lagi,hmpa kira mcm mana..
Fasa pertama tak dapat… Fasa ke dua saya dapat… Fasa ke tiga tak dapat lagi… Bila dapat…
Saya OKU kenapa saya dalam proses .
Adik saya OKU mentel duik tak masuk akaun .saya waris boleh ambil di bank sebab dia tak ada disini
cara kemaskini pemohonan BSH 2020
Kenapa bsh sya di gagal kn
Kod 28, perlu document yang diperlukan untuk rayuan? Kenapa bpn lulus bsh tidak lulus?