JANA KOD QR PADA TARIKH HARI PERJALANAN

JANA KOD QR PADA TARIKH HARI PERJALANAN

 JANA KOD QR KEMAS PADA TARIKH HARI PERJALANAN

Terbaru, pengguna dinasihatan untuk jana Kod QR pada tarikh hari perjalanan.

CONTOH SITUASI

Anda dari Kuala lumpur ingin ke Perlis. Anda perlu janakan Kod QR pada 7 Mei 2020 BUKAN HARI INI. Kod QR AKTIF 24 JAM SAHAJA. Bila sampai di Perlis anda perlu membuat permohonan baru Gerak Malaysia untuk pergerakan dari Perlis ke Kuala Lumpur pada 9 Mei 2020 untuk dapatkan Kod QR yang baru dari Perlis ke Kuala Lumpur.

Pergerakan anda adalah MENGIKUT JADUAL PERGERAKAN. Bukan 2 hari seperti sebelum ini.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKARANG?

MUAT TURUN APLIKASI GERAK MALAYSIA VERSI 2.5

Aplikasi Gerak Malaysia akan ditingkatkan ke versi 2.5 pada 7 Mei 2020. Bagi mereka yang telah memuat-turun versi sebelum ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan versi terbaharu dari Google Play Store ataupun Huawei AppGallery.

Untuk pengguna iOS, versi terbaru di Apple App Store (versi 2.5) akan dikemaskinikan oleh Apple pada 7 Mei 2020. Oleh itu, pengguna iOS diminta mendaftar permohonan mereka pada 7 Mei 2020.

Kesemua pengguna perlu mengemaskini aplikasi Gerak Malaysia kepada versi 2.5, dan seterusnya menjana kod QR sebelum memulakan perjalanan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

KEMASKINI APLIKASI GERAK MALAYSIA VERSI 2.5

PENGGUNAAN KOD QR SEMASA PKPB

Hanya Perjalanan Antara Negeri perlu menggunakan kod QR yang dijanakan menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Untuk jenis perjalanan yang lain dibawah:

  1. Membeli Makanan dan Keperluan Harian
  2. Rawatan Perubatan

iii. Kecemasan

  1. Aktiviti-aktiviti Perlu

Kod QR untuk perjalanan i-iv boleh dijanakan di dalam aplikasi mudah alih Gerak Malaysia. Walaubagaimanapun, penggunaan kod QR tersebut adalah tertakluk kepada pengumuman oleh pihak berkuasa

CARA MEMPAMERKAN KOD QR

  • Lancar aplikasi Gerak Malaysia
  • Pilih “Pamerkan Kod QR”
  • Pilih Kod QR yang ingin dipamerkan

JANA KOD QR PADA TARIKH ANDA INGIN BERGERAK. BUKAN TERUS JANA SEKARANG.

KOD QR AKTIF 24 JAM SAHAJA. ANDA TIDAK BOLEH MEMBUAT PERGERAKAN 2 HALA SECARA TERUS. ANDA PERLU MENGIKUT JADUAL PERGERAKAN.

JIKA ANDA PERLU BANTUAN TEKNIKAL ATAU ANDA MEMPUNYAI SOALAN LANJUT. ANDA DIMINTA TERUS BERHUBUNG DENGAN GERAK MALAYSIA DI LAMAN WEB GERAK MALAYSIA

 

Tags: #JANA KOD QR PADA TARIKH HARI PERJALANAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinDAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah

    Leave a reply "JANA KOD QR PADA TARIKH HARI PERJALANAN"