LOGIN JHEV(Cara Daftar & Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM)
Kepada veteran ATM/veteran tentera,anda digalakkan untuk daftar JHEV untuk memastikan anda tidak tercicir segala skim bantuan veteran ATM.
Hanya login JHEV,banyak perkhidmatan dan bantuan yang boleh dimohon oleh veteran ATM.
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen, digesa mendaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM bagi membolehkan pelbagai bantuan disalurkan kepada mereka.
SIAPA VETERAN ATM?
Veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
- angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
- angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
- Force 136;
- Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
- Sarawak Rangers
APA ITU JHEV?
JHEV adalah ringkasan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.JHEV adalah jabatan khas yang ditugaskan untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap veteran tentera
SENARAI PERKHIDMATAN ATAS TALIAN JHEV
Sebelum menggunakan perkhidmatan atas talian JHEV,pengguna perlu daftar dan login JHEV terlebih dahulu.Berikut adalah senarai perkhidmatan online JHEV:
- Semakan Penyata Pencen
- Semakan Permohonan Kad Veteran
- Semakan Wang Yang Tak dituntut JHEV ATM
- Semakan Permohonan Kebajikan
- Aduan Atas Talian
PENDAFTARAN JHEV ONLINE
Kepada yang layak,boleh buat pendaftaran JHEV sebelum login JHEV,berikut dikongsikan langkah-langkah daftar JHEV
CARA DAFTAR JHEV ONLINE
- Pergi ke URL berikut;
- http://penyata.jhev.gov.my/penyata/
- Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.
- Tekan pada menu Pendaftaran.
- Isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian, tekan hantar.
- Selepas tekan hantar kemudian tekan OK.
- Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi.
- Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem.
- Tekan butang [Kembali].
BAGAIMANA MENJADI AHLI VETERAN ATM?
Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.
APA ITU KAD VETERAN ATM?
Kad Veteran ATM (KV) merupakan kad pengesahan Veteran ATM sekaligus melayakkan Veteran ATM dan orang tanggungan yang layak menerima kemudahan dan bantuan yang disediakan.
Mulai 1 Apr 2016 Kad Veteran ATM (KV) dikeluarkan oleh JHEV menggantikan Kad Bekas Tentera (KBT) yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) ATM.
Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM.
Kelayakan Wad
Kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan.
Dah daftar KOPERASI TENTERA ONLINE?
SIAPA LAYAK MEMOHON KAD VETERAN ATM?
Anda layak jika anda adalah seorang Veteran ATM ataupun Orang Tanggungan kepada Veteran.
Anda tidak layak bergelar memegang KV jika anda diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera.
CARA DAFTAR KAD VETERAN ATM
Berikut adalah cara untuk daftar Kad Veteran ATM(KV)
- Permohonan KV di JHEV boleh dibuat di semua cawangan negeri dengan mengemukakan;
- Borang Pendaftaran Veteran ATM
- Muat Turun Borang Pendaftaran Veteran ATM https://www.jhev.gov.my/tentang-jabatan/info/muat-turun-borang/category/5-pencen?download=25:borang-pendaftaran-maklumat-veteran
- Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri
- Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
- 1 keping gambar pesara sahaja (catatkan ntentera di belakang gambar.
- Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.
SEMAKAN PERMOHONAN KAD VETERAN ATM
Semak permohonan KV anda di laman web Sistem Semakan Permohonan Kad Veteran ATM http://kvatm.jhev.gov.my/kvatm/SemakKBT.asp
CARA LOGIN JHEV
Berikut adalah cara login JHEV :
- Layari https://penyata.jhev.gov.my/penyata/
- Masukan Masukan No Tentera (Contoh: 7845296)
- Masukan kata laluan/password
- Klik LOGIN
CARA DAPATKAN PENYATA PENCEN PESARA TENTERA/VETERAN ATM
Berikut adalah step by step cara dapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM:
- Layari Portal JHEV SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
- Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
- Anda akan dibawa ke halaman utama.
- Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
- Pilih TAHUN PENYATA.
- Masukkan kod pengesahan.
- Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
JADUAL PEMBAYARAN PENCEN JHEV 2021
Jadual pembayaran pencen tahun 2021 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:
- Januari : 21 / 01/ 2021
- Februari : 08 / 02/ 2021
- Mac : 15 / 03 / 2021
- April : 20 / 04 / 2021
- Mei : 05 / 05 / 2021
- Jun : 10 / 06 / 2021
- Julai : 12 / 07 / 2021
- Ogos : 18 / 08 / 2021
- September : 21 / 09 / 2021
- Oktober : 21 / 10 / 2021
- November : 18 / 11 / 2021
- Disember : 16 / 12/ 2021
SKIM BANTUAN KEBAJIKAN VETERAN ATM
Terdapat 2 jenis skim bantuan untuk veteran ATM:
a)Skim Bantuan Kebajikan JHEV
Skim Bantuan Kebajikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.
Jenis-jenis bantuan di bawah Skim Bantuan Kebajikan:
- Skim Bantuan Sara Hidup (RM300)
- Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan(Untuk bantuan sekolah rendah, kadarnya ialah RM500 setahun manakala untuk sekolah menengah dan kolej vokasional pula RM700 setahun)
- Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/ Politeknik(Kadar bantuan adalah sebanyak RM1,000 untuk program diploma dan RM1,500 untuk program ijazah.Bantuan ini hanya untuk universiti awam dan politeknik sahaja.)
- Skim Bantuan Peralatan Pesakit( Maksimum kadar peralatan adalah RM5,000)
- Skim Bantuan Bencana Alam(Kadar maksimum RM5,000 disediakan sebagai bantuan untuk meringankan beban veteran tentera yang ditimpa bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebagainya)
- Rawatan Perubatan Percuma(Layak untuk mendapatkan rawatan perubatan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan)
b)Skim Bantuan di bawah Yayasan Veteran ATM
Bantuan yang diurus oleh Yayasan Veteran ATM bagi mengurangkan beban kewangan Veteran:
- Bantuan Zakat
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Veteran Tidak Berpencen
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pasangan
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Anak
CARA PERMOHONAN BANTUAN VETERAN ATM(JHEV)
Berikut adalah cara permohonan Bantuan Veteran ATM(JHEV):
- Semua permohonan skim serta bantuan yang disediakan ini boleh dimohon oleh veteran tentera dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat JHEV cawangan negeri atau dimuat turun daripada laman JHEV online di https://www.jhev.gov.my/
- Borang permohonan mestilah diisi sendiri oleh pemohon iaitu veteran tentera atau warisnya.
- Sila hantar permohonan kepada pejabat JHEV mengikut lokasi veteran tentera tersebut menetap.
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN BANTUAN VETERAN ATM(JHEV)
Sila Muat Turun Borang yang ingin dipohon:
- Borang Pendaftaran Maklumat Veteran ATM
- Borang Permohonan Bantuan Kebajikan
- Borang Bantuan Pengurusan Jenazah
- Borang Permohonan Pencen Terbitan
Klik DISINI untuk muat turun borang
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN VETERAN ATM(JHEV)
Berikut adalah cara untuk buat semakan status permohonan Veteren ATM:
- Layari laman web http://vetis2.jhev.gov.my/vetislive/semak.asp
- Masukan No Tentera (Contoh: 7845296)
- No MyKad :Contoh: 791123148956
- Klik HANTAR
- Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/ masalah berkaitan Semakan Permohonan Kebajikan ini, sila hubungi 03-2050 8000
SEMAKAN PENYATA PENCEN VETERAN ATM
Berikut adalah cara login JHEV untuk buat semakan penyata pencen veteran ATM:
- Layari https://penyata.jhev.gov.my/penyata/
- Masukan Masukan No Tentera (Contoh: 7845296)
- Masukan kata laluan/password
- Klik LOGIN JHEV
- Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/ masalah berkaitan sistem ini, sila emel kepada [email protected]
CARA TUNTUT WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) JHEV ATM
WTD JHEV ATM merangkumi wang-wang yang dikembalikan oleh bank/agensi-agensi disebabkan:
- Lebihan potongan pinjaman perumahan oleh LPPSA
- Akaun bank tidak aktif/tutup/tidak sah
- Pencen skim B yang telah luput kerana tidak ditunaikan di bank dalam tempoh 3 bulan Cek/waran yang tidak ditunaikan dalam tempoh 3 bulan
Kos tuntutan adalah percuma dan pada bila-bila masa sahaja yang mempunyai hak ke atas wang tersebut. Berikut adalah cara membuat tuntutan WTD JHEV ATM:
- Layari pautan semakwtd.jhev.gov.my
- Masukkan no kad pengenalan dan no tentera, klik semak
- Status akan dipaparkankan
- Hantarkan dokumen permohonan yang diperlukan boleh dikemukakan ke alamat emel seperti berikut: [email protected]
- Salinan akaun bank perseorangn yang aktif bagi veteran/balu/anak
- Salinan MyKad baru bagi veteran/balu/anak
- Buku pengesahan perkhidmatan (Veteran tidak berpencen sahaja)
- Sekiranya bankrap, dapatkan surat pelepasan Sijil KPI Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) atau surat daripada Peguam yang dinyatakan status kebankrapan
- Sekiranya penerima meninggal dunia, waris yang ingin menuntut perlu kemuka sijil nikah (bagi balu) atau sijil kelahiran (bagi anak) beserta borang akaun sumpah yang ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.
- Cetakan senarai WTD pada portal JHEV.
SOALAN LAZIM LOGIN JHEV
Adakah JHEV menyediakan pinjaman perniagaan?
JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman.
Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.
Siapakah yang layak memohon Bantuan Kebajikan JHEV?
Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun); Balu kepada Veteran ATM;
Anak – anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.
Kecuali:
Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.
Rujuk SOALAN LAZIM JHEV
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Hantar maklum balas/aduan tentang login JHEV.Sila hubungi 03-2050 8000
Emel: [email protected]
Skim Bantuan Persekolahan
PERMOHONAN BANTUAN