KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)

KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)

KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)

APA ITU SISTEM MAKLUMAT PERGERAKKAN PULANG PELAJAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT ) telah menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pergerakan Pulang Pelajar Pendidikan Tinggi. Sistem maklumat ini akan menjadi rujukan utama berkenaan usaha pergerakan pelajar IPT di seluruh negara.

Para pelajar yang bercadang untuk pulang dan yang telah memohon kepada pihak IPT untuk pulang diminta untuk mengisi maklumat pemohon, maklumat universiti, alamat semasa dan maklumat destinasi melalui pautanĀ  https://iptpulang.malaysia.gov.my/.

MAKLUMAN SISTEM MAKLUMAT PERGERAKKAN PULANG PELAJAR

  • Sistem ini hanya dikhususkan untuk pelajar warganegara Malaysia sahaja.
  • Permohonan ini perlu dilengkapkan oleh pelajar yang kini berada di kampus/luar kampus sahaja dan ingin pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
  • Bagi pergerakan dalam negeri (contoh: Shah Alam – Sungai Buloh) dan pelajar mempunyai motokar sendiri, pelajar tidak perlu mengisi permohonan ini. Sila dapatkan surat pelepasan daripada pihak IPT untuk pergerakan pulang.
  • Pelajar yang sudah pulang ke kampung tidak perlu mengisi.
  • Pelajar tetap perlu melengkapkan borang ini, walaupun sudah mengisi borang lain sebelum ini.
  • Tarikh akhir penghantaran maklumat ini adalah sebelum 11.59 malam Rabu 29 April 2020.
  • Bagi perjalanan pelajar ke kampung atau destinasi yang dituju, pengangkutan akan disediakan oleh IPT sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di daerah destinasi tersebut.

CARA PERMOHONAN IPT PULANG

Pelajar yang ingin pulang perlu mengisi maklumatĀ  pemohon,maklumat universiti, Alamat Kediaman/Kedudukan Semasa, Maklumat Destinasi, Maklumat Waris (Destinasi) & SERAH PERMOHONAN.

BACA PERMOHONAN PERGERAKAN ANTARA NEGERI GUNA APLIKASI GERAK MALAYSIA

Pergerakan pelajar hanya dibenarkan ke mukim zon hijau sahaja.

Pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon kuning dan merah. Pelajar masih boleh mengisi borang ini tetapi pergerakan hanya akan bermula setelah status zon bertukar ke hijau.

BACA : DAFTAR, PERMOHONAN, SEMAKAN KAD SIM YES 4G PERCUMA UNTUK PELAJAR UNIVERSITI SECARA ONLINE

Walau bagaimanapun, pelajar boleh pulang ke rumah saudara terdekat yang berada dalam zon hijau. Untuk tujuan ini, pelajar perlu terlebih dahulu mendapatkan surat persetujuan daripada saudara yang berkenaan dan merujuk kepada IPT masing-masing.

GARIS PANDUAN PENGHANTARAN PULANG PELAJAR-PELAJAR IPT KE KAMPUNG HALAMAN

KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)

KPT akan memulakan penghantaran pulang pelajar dari kampus ke kampung halaman pada 27 April 2020.Berikut merupakan garis panduan yang harus dipatuhi oleh para pelajar sepanjang proses pergerakan pulang dari kampus ke kampung halaman masing-masing.


PROSES PERGERAKAN PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

Para pelajar memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing 27 April 2020. Pergerakan pulang pelajar yang pertama di seluruh negara ini melibatkan 9 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan juga Putrajaya ke 17 destinasi di tiga buah negeri di utara.

Bagi memastikan kelancaran proses pergerakan pulang pelajar IPT, para pelajar diminta menghubungi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing untuk memberikan maklumat lengkap dan mengisi borang pengisytiharan kesihatan yang telah disediakan.

SOALAN LAZIM PERGERAKAN PULANG IPT

PROSEDUR BALIK/PERGERAKAN PELAJAR IPT

1.Adakah pelajar yang masih berada di kampus boleh dibenarkan pulang ke rumah masing-masing?

Jawapan: Pelajar yang masih berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang terletak di zon hijau mulai 27 April 2020. Pergerakan pelajar akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang akan diatur oleh IPT masing-masing. Bagi pelajar yang rumah masing-masing berada di zon kuning atau zon merah, mereka tidak dibenarkan pulang.

 

2.Adakah pelajar antarabangsa IPT di Malaysia perlu pulang ke negara asal mereka?

Jawapan: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak mewajibkan pelajar antarabangsa untuk pulang ke negara asal. Bagaimanapun KPT tiada halangan sekiranya pelajar itu ingin pulang ke negara asal.

3.Adakah pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan untuk pulang sendiri ke kampung halaman masing-masing?

Jawapan: Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan tidak merentas negeri dan mereka hanya memandu seorang sahaja. Sebelum memulakan perjalanan, mereka perlu mendapat surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT. Bagi pelajar yang ingin pulang ke rumah merentasi negeri, mereka tidak dibenarkan memandu kenderaan sendiri tetapi mesti menaiki pengangkutan yang disediakan oleh IPT.

4.Keluarga saya ingin mengambil saya di kampus untuk pulang ke rumah. Adakah prosedur ini dibenarkan?

Jawapan: Tidak. Keluarga pelajar tidak dibenarkan mengambil pelajar di kampus.

5.Adakah pihak universiti akan sediakan pengangkutan untuk pulang ke kampung masing-masing?

Jawapan: Pihak universiti akan menyediakan pengangkutan untuk pelajar pulang ke kampung masing-masing.

6.Apakah perkara utama yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum pergerakan pulang?

Jawapan: Semua pelajar diminta menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan mengisi maklumat lengkap yang diperlukan dalam borang permohonan untuk pulang termasuk destinasi dituju dan status kesihatan.

7.Adakah pelajar yang menyewa di luar kampus (non resident) dibenarkan untuk menumpang bas universiti yang pulang ke kampung? Jika ya, bagaimana pergerakan dari rumah sewa ke universiti dipantau?

Jawapan: Pelajar yang menyewa di zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke kampung halaman di zon hijau. Mereka dikehendaki menjalani saringan gejala (suhu badan dan gejala seperti demam, batuk, selesema) sebelum dibenarkan menaiki bas ke kampung seperti mana yang ditetapkan oleh pihak KPT. Pergerakan pelajar ke pusat pelepasan akan diuruskan sepenuhnya oleh institusi masing-masing. Pelajar yang menyewa di zon merah dan kuning tidak dibenarkan pulang.

8.Bagaimana pula dengan pelajar latihan industri (LI) yang telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sehingga tamat latihan? Untuk elakkan bebanan sewa rumah yang perlu dibayar, bolehkah pelajar pulang ke kampung halaman yang memerlukan untuk merentas negeri?

Jawapan: Pelajar LI perlu menghubungi dan berurusan dengan IPT masing-masing, tertakluk kepada garis panduan yang telah disediakan oleh KPT.

KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)

9.Bagaimana pula dengan pelajar yang kampung halamannya masih diklasifikasikan sebagai kawasan zon kuning dan merah?

Jawapan: Pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon kuning dan merah. Bagaimanapun, pelajar boleh pulang ke rumah saudara terdekat yang berada dalam zon hijau. Pelajar perlu terlebih dahulu mendapatkan surat persetujuan daripada saudara yang berkenaan dan merujuk kepada IPT masingmasing.

10.Saya tidak mahu tinggal di kampus dan tidak mahu pulang ke kampung halaman. Saya memilih untuk tinggal bersama saudara/kawan di rumahnya. Adakah prosedur ini dibenarkan?

Jawapan: Pelajar yang ingin tinggal bersama saudara/kawan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada keluarga saudara/kawan terbabit. Surat itu mesti dikemukakan kepada pihak IPT. Rumah yang dituju mestilah berada di zon hijau.

11.Bagaimana dengan pelajar yang tinggal di rumah sewa? Adakah KPT akan menguruskan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman?

Jawapan: Pelajar perlu berhubung dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan segera memberikan maklumat lengkap pelajar serta borang pengisytiharan kesihatan supaya setiap IPT boleh menguruskan perjalanan pulang ke kampung halaman.

12.Bagaimana prosedur kerajaan membawa pulang pelajar balik ke kampung halaman masing-masing di Semenanjung?

Jawapan: Pergerakan bas pada waktu malam, destinasi ke zon hijau sahaja. Pengangkutan diuruskan oleh IPT, bas akan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)/ Pejabat Daerah di kampung masing-masing. Seorang pegawai perhubungan (liaison officer) ditugaskan mengiringi pelajar dalam bas. Dua kerusi untuk seorang pelajar di dalam bas bagi menjaga penjarakan sosial. Bas berkapasiti penuh 40 penumpang, dimuatkan separuh atau 20 penumpang sahaja.

13.Adakah pihak universiti akan melakukan saringan gejala sebelum membenarkan pelajar balik?

Jawapan: Pihak universiti akan melakukan saringan gejala (suhu badan sakit tekak, batuk, selesema dan sesak nafas) sebelum membenarkan pelajar pulang.

14.Bagaimana dengan pelajar yang gagal proses saringan gejala?

Jawapan: Pelajar yang gagal proses saringan gejala tidak dibenarkan pulang dan akan dihantar ke Pusat Kesihatan Pelajar IPT serta akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

15.Adakah pihak IPT akan sediakan pengangkutan bagi pergerakan pelajar di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak?

Jawapan:

– Pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak akan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang dan Johor Bahru (tertakluk kepada bilangan pelajar ke destinasi terbabit).

– Pelajar dari Sarawak ke Semenanjung akan berlepas menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke KLIA. Pelajar dari Semenanjung ke Sarawak akan mendarat di empat lapangan terbang, iaitu Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

– Pelajar dari Sabah ke Semenanjung akan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke KLIA. Pelajar dari Semenanjung ke Sabah akan mendarat di tiga lapangan terbang, iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

– Pelajar yang sampai di destinasi lapangan terbang akan dihantar ke rumah masing-masing dengan pengangkutan yang disediakan oleh agensi kerajaan.

KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)

16.Adakah IPT akan sediakan pengangkutan dari lapangan terbang yang dikenal pasti di Sabah dan Sarawak untuk pelajar meneruskan perjalanan ke kampung mereka?

Jawapan: Kerajaan menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang yang dikenal pasti ke kampung halaman masing-masing.

17.Adakah pelajar yang telah tiba di ‘pick-up point’ di negeri asal masing-masing perlu melalui tempoh kuarantin?

Jawapan: Tidak, mereka bagaimanapun diingatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dengan ahli keluarga masing-masing sepanjang tempoh berada di kampung halaman.

18.Adakah pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak perlu dikuarantin?

Jawapan: Keperluan untuk kuarantin apabila tiba di Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa negeri masing-masing.

19.Bagaimana dengan urusan penghantaran pelajar ke rumah masing-masing dari ‘pick-up point’ di setiap negeri?

Jawapan: Penghantaran pelajar akan dibuat oleh anggota agensi kerajaan yang ditugaskan untuk menghantar mereka ke rumah masing-masing. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membantu menyusun pergerakan kenderaan di lokasi IPD/Pejabat Daerah. Bagi pelajar yang rumah mereka berada dalam lingkungan lima kilometer dari IPD, ibu atau bapa atau seorang ahli keluarga sahaja diberi kelonggaran untuk menjemput anak masing-masing.

20.Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pelajar setelah tiba di kampung halaman?

– Pelajar dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

* Mematuhi semua arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

* Mengamalkan penjarakan sosial.

* Mengikut nasihat kesihatan dikeluarkan oleh KKM.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk pertanyaan lanjut atau masalah teknikal anda diminta untuk terus menghubungi HOTLINE Bilik Gerakkan IPT di talian :

03 8870 6777 / 03 8870 6949 / 03 8870 6628 / 03 8870 6623/ 03 8870 6124

 

Tags: #APA ITU SISTEM MAKLUMAT PERGERAKKAN PULANG PELAJAR #CARA PERMOHONAN IPT PULANG #KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my) #MAKLUMAN SISTEM MAKLUMAT PERGERAKKAN PULANG PELAJAR #SOALAN LAZIM PERGERAKAN PULANG IPT

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET)
    GERAN RISDA RM20,000 : CARA PERMOHONAN PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN( AET) APA ITU
    PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)
    PERBEZAAN KAEDAH BAYARAN AUTO DEBIT DAN DIRECT DEBIT(PTPTN)   Sebenarnya masih ramai keliru
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)
    TESP MARA 2022 (Permohonan & Semakan Status Tajaan)   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE     Permohonan sebagai
    1. author

      shitah2 tahun ago

      bagaimanakah pergerakan pelajar sabah dan sarawak yang berada disemenanjung menuju ke lapangan terbang KLIA ? adakah perkhidmatan penghantaran turut disediakan sekiranya pelajar tersebut sedang berada dirumah saudaranya?

      Reply

    Leave a reply "KEMASKINI SISTEM PERGERAKAN PULANG PELAJAR PENGAJIAN TINGGI (iptpulang.gov.my)"