CARA BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR)

CARA BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR)

BAYAR SAMAN PARKING ONLINE

Kebiasaan mesti akan pernah terjadi kepada anda mengenai saman atau kompaun parking ini. Yang menjadi rumitnya adalah untuk membuat bayaran saman parking. Terkini anda boleh membayar saman parking secara online sahaja. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara membayar saman parking online DBKL, JOHOR dan Selangor, semoga membantu.

 

BAYAR SAMAN PARKING MELAKA ONLINE

Sekiranya anda dikenakan saman parking Melaka, berikut adalah merupakan cara untuk buat bayaran saman parking secara online:

  1. Layari pautan MyFPXMBMB: https://myfpx.mbmb.gov.my/myfpx/index.cfm
  2. Utuk kali pertama anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu (sekiranya telah mempunyai akaun terus ke No 3)
  3. Log masuk akaun MyFPXMBMB anda
  4. Pada paparan utama terdapat 4 Jenis Carian Maklumat Bil
    • Carian Akaun Cukai Taksiran
    • Carian Akaun Sewa Gerai
    • Carian Bil Kompaun
    • Carian Bil Pelbagai
  5. Klik pada Carian Bil kompaun.
  6. Pada Semakan Maklumat kompaun, masukkan maklumat seperti berikut untuk menyemak maklumat bil anda iaitu:
    • Kompaun diruang “No.Kompaun” atau No.Plat diruang “No.Plat Kenderaan” atau
    • Kad Pengenalan diruang “No.KP
  7. Setelah lengkap klik semak. Paparan akan menunjukkan Maklumat Bil Kompaun tersedia
  8. Seterusnya klik pada kotak pilihan “Bayar” untuk menambah bil untuk konformasi dibayar.
  9. Kemudian klik pada Semak Bakul beli-belah untuk senarai bil yang konformasi untuk dibayar.
  10. Senarai bil yang perlu dibayar akan terpapar, Klik butang “Semak Keluar” untuk konformasi membayar. Sila sahkan jumlah bayaran untuk dibayar.
  11. Ikuti proses pembayaran FPX sehingga selesai
  12. Status Bayaran akan dipaparkan dan resit bayaran boleh dicetak.
  13. Pengguna akan terima notifikasi email makluman status bayaran yang telah dibuat.
  14. Selesai

 

BAYAR SAMAN PARKING ONLINE SELANGOR

Sekiranya anda dikenakan saman parking Selangor, berikut adalah merupakan cara untuk buat bayaran saman parking secara online:

  1. Pastikan anda download dan install aplikasi Smart Selangor
  2. Bagi pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Untuk panduan cara daftar Smart Selangor
  3. Buka aplikasi Smart Selangor anda
  4. Kemudian klik pada Scan & Pay Compound
  5. Kemudian anda dikehendaki (pilih salah satu):
    • Scan Compound Barcode – pada resit saman
    • Masukkan no kenderaan anda
  6. Maklumat detail saman anda akan tertera. Pastikan anda sahkan maklumat tersebut dan Klik pada Pay
  7. Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan dan teruskan sehingga pembayaran selesai.

 

BAYAR SAMAN PARKING ONLINE JOHOR

Sekiranya anda dikenakan saman parking Johor, berikut adalah merupakan cara untuk buat bayaran saman parking secara online:

  1. Layari pautan eKhidmat Johor: http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat/public/user/new
  2. Utuk kali pertama anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu (sekiranya telah mempunyai akaun terus ke No 3):
    • Klik pada Daftar Masuk dan klik pada Daftar Akaun
    • Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
    • Tick pada I’M Not A Robot dan klik Simpan
    • Pendaftaran anda selesai dan boleh kembali untu Login
  3. Log masuk akaun eKhidmat dengan menggunakan Email dan Kata Lalaun anda
  4. Pada pilihan Agensi, pilih bandar yang anda kena saman parking di bawah Negeri Johor
  5. Kemudian anda akan dibawa terus ke halaman dashboard website Agensi tersebut.
  6. Klik pada menu Bayar dan pilih Kompaun
  7. Masukkan nombor kenderaan yang kena saman atau masukkan nombor ID kompaun (terdapat pada resit saman). Kemudian klik semak
  8. Paparan saman anda akan tertera beserta dengan jumlah yang dikenakan. Kemudian klik pada Tambah Ke Akaun Pembayaran.
  9. Klik pada bil pembayaran dan pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan
  10. Klik butang bayar dan teruskan sehingga pembayaran selesai.

NOTA: Sekiranya anda membuat pembayaran awal, anda akan dapat diskaun saman lebih dari 50%.

 

ARTIKEL BERKAITAN

1 thought on “CARA BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR)”

  1. bagaimanakah pergerakan pelajar sabah dan sarawak yang berada disemenanjung menuju ke lapangan terbang KLIA ? adakah perkhidmatan penghantaran turut disediakan sekiranya pelajar tersebut sedang berada dirumah saudaranya?

    Balas

Leave a Comment