SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA MAYBANK(Bank Lain Juga)

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA(MAYBANK/RHB/PUBLIC BANK/CIMB/AMBANK/AFFIN BANK/HONG LEONG BANK)

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA(MAYBANK/RHB/PUBLIC BANK/CIMB/AMBANK/AFFIN BANK/HONG LEONG BANK)

 

Kuasa beli rakyat Malaysia sememangnya agak tinggi, dan inilah yang digunakan oleh institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan pembiayaan untuk pembelian kereta terpakai  dan baru.

Kebanyakkannya mesti memiliki sekurang-kurang sebuah kereta kan. Mungkin ada yang baru membeli kereta dan dah perlu start untuk buat bayaran pertama bulan ni. So dah boleh simpan duit siap-siap untuk bayar kereta pulak lepas ni.

 

Disini kami ingin kongsikan cara untuk semak baki pinjaman/loan kenderaan (mostly kereta) secara online.Kepada sesiapa yang nak semak baki pinjaman kereta secara online ni. Just follow beberapa langkah dibawah:

 

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA MAYBANK

 

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Maybank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Maybank anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • Sila buka laman com.my
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Pilih ACCOUNTS & BANKING
  • Maklumat detail baki pinjaman akan terpapar.
  • Jika Anda ingin mengetahui data lebih detail sila telefon customer service Maybank

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA RHB BANK

 

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan RHB Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking RHB Bank  anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • layari https://logon.rhbbank.com.sg/
  • Login akaun anda.
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Pilih menu Account > Manage Account.
  • Maklumat baki pinjaman Anda akan terlihat.
  • Anda juga boleh melihat rekod transaksi melalui menu Internet Transaction Record.
  • Selain cara diatas, Anda boleh menggunakan cara lain untuk mengetahui baki pinjaman kereta RHB Anda, iaitu melalui :
    • Email : [email protected]
    • No Telefon : 03-92068118
    • Facebook : https://www.facebook.com/RHBGroup
    • Twitter : https://twitter.com/RHBGroup

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA PUBLIC BANK

 

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Public Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking PBe Bank  anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • layari https://www.pbebank.com/
  • Login akaun anda.
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Pilih menu Account > Loan & Financing.
  • Maklumat baki pinjaman Anda akan terlihat.

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA CIMB BANK

 

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan CIMB Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking CIMB Bank anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • layari https://www.cimbclicks.com.my
  • Login akaun anda.
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Pilih menu My Accounts > Loan/Financing
  • Maklumat baki pinjaman kereta CIMB Anda akan terlihat

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA AM BANK

 

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan AM Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking AM Bank anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • layari https://ambank.amonline.com.my
  • Login akaun anda.
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Klik menu My Account, view balance & transcation
  • Akan keluar details pinjaman Ambank yang Anda miliki

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA AFFIN BANK

 

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Affin Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Affin Bank anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • layari https://rib.affinonline.com/retail/
  • Login akaun anda.
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Pilih menu My Accounts > Loan/Financing.
  • Maklumat baki pinjaman kereta AffinBank Anda akan terpapar.

 

SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA HONG LEONG BANK

Sekiranya anda membuat loan kenderaan dengan Hong Leong Bank, anda harus daftarkan dahulu Online Banking Hong Leong Bank anda. Berikut adalah cara semak baki pinjaman kenderaan:

  • layari https://rib.affinonline.com/retail/
  • Login akaun anda.
  • Masukan USERNAME dan PASSWORD Anda
  • Klik Pay & Transact
  • Klik Loan/Financing Payment
  • Klik Vehicle Loan
  • Maklumat baki pinjaman kereta Anda akan terpapar secara detail.

 

Nak check PENYATA AKAUN BANK?

SOALAN LAZIM

 

Apa Itu Pinjaman atau Loan Kereta?

Pinjaman atau loan kereta merupakan salah satu kategori pinjaman yang dilakukan oleh peminjam untuk melakukan tujuan pembelian kereta. Peminjam perlu membayar balik pinjaman termasuk faedah kepada pemberi pinjaman (iaitu bank) secara ansuran dalam jangka masa tertentu. Kegagalan mematuhinya boleh mengakibatkan kenderaan anda ditarik balik oleh pihak institusi kewangan atau bank.

 

Apakah yang berlaku sekiranya pembeli gagal melunaskan bayaran ansuran pinjaman?

Pihak institusi kewangan berhak untuk mengambil tindakan sekiranya peminjam gagal membuat bayaran balik ansuran, seperti berikut:

  1. Menarik balik kenderaan
  • Sekiranya penyewa gagal membayar dua ansuran berturut-turut
  • Jika penyewa telah membayar balik melebihi 75% daripada jumlah pinjaman, pihak bank hanya boleh menarik balik kereta dengan perintah mahkamah.
  • Sekiranya penyewa meninggal dunia dan ansuran tidak berbayar empat bulan berturut-turut
  1. Mengambil tindakan undang – undang / kebankrapan.

 

Bagaimana proses penarikan kenderaan dilakukan?

  1. Notis sebelum penarikan kenderaan
    • Notis akan diserahkan secara peribadi melalui pos berdaftar mengikut alamat terakhir yang diketahui.
    • Notis ini dikeluarkan 21 hari sebelum kereta ditarik
    • Dalam tempoh 21 hari tersebut anda boleh menyelesaikan ansuran tertunggak atau memulangkan kenderaan sebelum penarikan kenderaan untuk meggelakkan caj penarikan balik dan penyimpanan.
  2. Penarikan balik kenderaan anda
    • Selepas tamat tempoh notis , bank berhak menarik kenderaan jika bayaran tidak dijelaskan.
    • Penarikan kenderaan dilakukan oleh penarik kereta berdaftar (AHPCM)
    • Penarik kereta tidak dibenarkan menggunakan kekasaran ketika menarik kereta dan mereka akan membuat laporan polis tentang penarikan tersebut
  3. Notis selepas kereta ditarik balik
    • Terdapat pilihan yang perlu dilakukan sebelum tamat tempoh 21 hari
    • Menyelesaikan ansuran yang tertunggak dan kos-kos perbelanjaan
    • Menyelesaikan baki pinjaman dan perbelanjaan yang berkaitan dengan sepenuhnya
    • Memperkenalkan seorang pembeliuntuk membeli kenderaan pada harga yang ditetapkan
  4. Notis menjual kenderaan
    • Sekiranya jumlah tunggakan tidak dijelaskan dalam tempoh 21 hari, pihak bank berhak melalui lelongan
    • Atau bank memberi notis 14 hari sebelum tarikh lelongan
  5. Menjual kenderaan
    • Selepas notis 14 hari, kenderaan akan dilelong
    • Harga lelongan akan menjadi lebih rendah kerana harga lelongan berasaskan nilai jualan paksa
    • Pemiutang akan menuntut pembayaran baki pinjaman untuk menyelesaikan jumlah baki pinjaman

4 thoughts on “SEMAKAN BAKI PINJAMAN KERETA MAYBANK(Bank Lain Juga)”

Leave a Comment