LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR: CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA)

LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR: CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA)

LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

Berdasarkan Belanjawan 2021, peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman di bawah RM150,000 layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA) atau LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR.

Untuk makluman,peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik juga boleh membuat permohonan untuk pengurangan bayaran balik pinjaman.

Makluman ini dikongsi berdasarkan rujukan portal rasmi Bank Negara Malaysia.

Nak tahu cara permohonan i-SINAR KWSP(AKAUN 1) ONLINE bermula bulan Disember 2020

APA ITU BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR(TRA)

Bantuan bagi terus membantu peminjam yang mungkin menghadapi cabaran dalam memenuhi obligasi kewangan mereka .

Industri perbankan telah bersetuju memberikan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS.

Ia merupakan bantuan tambahan kepada bantuan yang diumumkan sebelum ini, rujuk PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, serta untuk individu dan PKS yang pendapatan mereka terjejas akibat pandemik.

SENARAI PILIHAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA)

Bantuan ini akan disediakan untuk ansuran mulai bulan Disember 2020 dan akan berkuat kuasa pada ansuran seterusnya selepas permohonan dan pengesahan peminjam diterima.

Antara pilihan yang diberikan kepada pemimjam adalah:

  • Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
  • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

Berikut adalah syarat kelayakan:

  • Individu golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
  • Perusahan mikro, menurut takrifan SME Corp., bagi kemudahan dengan jumlah yang diluluskan sehingga RM150,000.
  • Bantuan ini akan disediakan untuk kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Oktober 2020
  • Pinjaman tidak tertunggak selama lebih daripada 90 hari pada masa peminjam memohon bantuan bayaran balik.
  • Peminjam B40 dan perusahaan mikro yang pernah menerima apa-apa bentuk bantuan bayaran balik bersasar yang lain, dan ingin memohon bantuan lanjutan di bawah langkah-langkah tambahan yang diumumkan pada hari ini, masih boleh berbuat demikian dengan menghubungi bank masing-masing.

PENTING: Bagi peminjam M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional, yang pendapatan isi rumah mereka telah berkurang akibat pandemik, bank-bank akan menerima permohonan mereka bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA)

Berikut adalah cara buat permohonan bantuan bayaran balik pinjaman(TRA) atau LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR:

  1. Sila hubung pihak bank
  2. Buat pengesahan pilihan bayaran balik
  3. Bagi peminjam M40 yang ingin membuat permohonan, anda perlu membuat pengisytiharan (self declaration) tentang pengurangan pendapatan mereka dan / atau pendapatan isi rumah mereka untuk mempercepatkan lagi pemberian bantuan.
  4. Bank-bank akan terus menghubungi para peminjam dalam kategori ini untuk mengkaji semula keadaan kewangan mereka.
  5. Proses dan keperluan dokumentasi permohonan akan berbeza mengikut bank. Walau bagaimanapun, proses permohonan dijangka senang dan mudah, dengan keperluan dokumentasi yang dipermudahkan.
  6. Bank-bank tidak memerlukan dokumen tambahan daripada peminjam untuk memberikan bantuan bayaran balik ini.
  7. Bagi pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap, peminjam perlu menandatangani perjanjian baharu menurut Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah.
  8. Dalam kebanyakan keadaan, peminjam boleh memohon dan melengkapkan permohonan secara dalam talian atau melalui telefon.

TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

Bermula  23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.

Sila berhubung melalui talian khidmat pelanggan bank-bank, perbankan dalam talian atau dengan melawat cawangan bank.

TEMPOH MAKSIMUM PROSES PERMOHONAN

Berikut adalah Tempoh Maksimum Memproses Permohonan:

  • Peminjam individu – 5 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)
  • Peminjam PKS – 14 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)

(Jika anda merupakan peminjam individu, pihak bank akan menghubungi anda dengan keputusan dalam tempoh lima hari (termasuk Sabtu dan Ahad) dan jika anda adalah peminjam PKS, pihak bank akan menghubungi anda dengan keputusan dalam tempoh 14 hari (termasuk Sabtu dan Ahad)).

INFO LANJUT & PERTAYAAN

Sila berhubung dengan bank masing-masing, AKPK atau BNMTELELINK untuk mengetahui pilihan yang tersedia bagi membantu mereka mengurus hutang masing-masing.

telelink.bnm.gov.my / [email protected]

Hubungi 1-300-88-5465

Peminjam yang menghadapi masalah dengan bank masing-masing boleh mengemukakan aduan kepada BNMTELELINK di bnm.my/RAsurvey atau ajukan terus pertanyaan melalui posting Facebook Bank Negara Malaysia

Tags: #APA ITU BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN BERSASAR(TRA) #CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA) #LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR: CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA) #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR #SENARAI PILIHAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA) #TARIKH BUKA/TUTUP PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT
    BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MORATORIUM PEMERKASA TAMBAHAN:INDIVIDU, PKS &  PERUSAHAAN MIKRO TERJEJAS AKIBAT PKP
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN MORATORIUM PEMERKASA TAMBAHAN:INDIVIDU, PKS &  PERUSAHAAN MIKRO TERJEJAS
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB) Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran
    1. author

      ROGER MODILIH7 months ago

      Lanjutan moratorium bersasar selama 3bulan

      Reply
    2. author

      Haddy Sapikit7 months ago

      Borang permohonan lanjutan moratorium bersasar 3 bulan

      Reply
    3. author

      salina binti md shah3 months ago

      ingin mohon lanjutan moratorium bersasar

      Reply

    Leave a reply "LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR: CARA PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN(TRA)"