SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)

SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)

SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)

Untuk makluman,ShopeePay telah terpilih sebagai penyedia perkhidmatan eWallet bagi program eMadani.Belia yang layak,boleh tebus kredit sebanyak RM100.

APA ITU SHOPEEPAY?

ShopeePay adalah sejenis eWallet yang berfungsi menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda.

Seperti juga kad debit, ia adalah sejenis perkhidmatan e-Tunai yang kemudiannya dapat digunakan untuk membayar pesanan anda secara online (dari Aplikasi atau Web Shopee) dan termasuklah juga bayaran secara offline di premis-premis terpilih.

Shopee Pay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cepat serta pelbagai potongan dan promosi menarik ketika anda berbelanja menggunakan Shopee Pay.

CARA DAFTAR & AKTIFKAN SHOPEEPAY MALAYSIA

Untuk menggunakan Shopee Pay, anda perlulah memuat turun App Shopee terlebih dahulu.

MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di peranti Android dan Apple iOS.

Setelah memuat turun, bolehlah anda mengaktifkan Shopee Pay dengan langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pergi ke ikon ‘Shopee Pay’ di homepage Shopee. (Jika anda tidak dapat melihat ikon ini, pastikan anda telah Update app ini di Google PlayStore / ioS Store)
  3. Masukkan butiran peribadi seperti nama anda dan nombor kad pengenalan.
  4. Kemudian, cipta nombor PIN (yang perlu diingat) untuk pengesahan.
  5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

 

TUTORIAL AKTIFKAN AKAUN SHOPEE PAY

LANGKAH 1 : Klik ikon ShopeePay

LANGKAH 2 : Tekan butang ‘Activate ShopeePay’. Tick pada kotak kecil di bawah dan tekan butang ‘Next’.

LANGKAH 3:

Cipta no pin untuk akaun ShopeePay anda. Selepas membuat verifikasi, akaun Shopee Pay akan tertera di bahagian ‘Profile’.

Anda boleh tekan pada ikon ‘Shopee Pay’ dan ikon berikut akan muncul untuk tindakan selanjutnya:

  • Top Up
  • Scan
  • Pay
  • Transfer
  • Withdrawal
  • Request
  • Sejarah transaksi anda juga akan dipaparkan untuk rujukan anda.

 

CARA BAYAR PTPTN/SSPN GUNA SHOPEEPAY

Berikut adalah step by step untuk bayar PTPTN/SSPN melalui Shopee Pay:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pergi ke menu Deals, Top-Ups & Bills > PTPTN (di bawah kategori Bills)
  3. Pilih sama ada nak buat bayaran balik PTPTN / SSPN-i / SSPN-i Plus
  4. Masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan akaun anda.
  5. Pilih akaun dan masukkan jumlah bayaran.
  6. NOTA: Caj perkhidmatan RM1 akan dikenakan.
  7. Pilih kaedah pembayaran yang diinginkan – Boleh pilih sama ada nak guna ShopeePay, Kad kredit / kad debit, Perbankan online (FPX), atau bayaran tunai di 7-eleven.
  8. Tekan butang Bayar Sekarang. Selesai!
  9. Selepas pembayaran anda berjaya, PTPTN akan memproses transaksi ini dalam masa 3 hari bekerja.
  10. Tekan butang Lihat Butiran Pesanan / Muat Turun Resit Saya untuk membuat semakan atau mencetak resit anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SHOPEEPAY

Apakah maklumat yang diperlukan untuk aktifkan ShopeePay?

  • Nama,nombor kad pengenalan

Bagaimanakah cara topup ShopeePay?

Berikut merupakan panduan tambah nilai ShopeePay melalui aplikasi dalam telefon pintar anda. Pastikan anda sudah aktifkan ShopeePay terlebih dahulu.

  1. Buka aplikasi Shopee dalam telefon pintar anda.
  2. Di halaman utama, tekan kotak berlogo dompet tertulis ShopeePay yang mempunyai nilai Ringgit Malaysia (RM). Kotak ini terletak di bawah kotak pencarian utama.
  3. Sekiranya ini adalah kali pertama anda gunakan ShopeePay, akan keluar butang Activate ShopeePay
  4. Walau bagaimanapun, jika anda sudah pernah guna sebelum ini, teruskan scroll paparan skrin telefon ke bawah. Klik butang Top Up Now dijumpai.
  5. Di halaman ShopeePay yang tertera, klik pada logo dompet yang disenarai nama Top Up.
  6. Terdapat dua pilihan bagi proses tambah nilai iaitu pilihan jumlah tambah nilai secara automatic atau secara manual.
  7. Untuk topup secara automatik, jumlah tambah nilai secara automatik boleh dibuat melalui pemilihan diantara enam kotak berdigit yang tertera.
  8. Untuk tambah nilai secara manual pula, ia boleh dibuat menerusi kotak yang tertera Input Top-up Amount.
  9. Bagi proses pembayaran, kaedah pembayaran boleh dipilih pada butang Payment.
  10. Klik pada butang tersebut dan paparan seterusnya akan membenarkan pengguna untuk memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan keselesaan pengguna.
  11. Pilihan kaedah pembayaran yang tertera seperti:
  • Kad Kredit
  • Kad Debit
  • FPX
  • 7-Eleven
  1. Seperti yang dimaklumkan di atas, pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit, pembayaran secara tunai di 7-Eleven serta pembayaran secara dalam talian melalui FPX.
  2. Pemilihan boleh dibuat mengikut keselesaan pengguna. Setiap proses tambah nilai yang dibuat hanya untuk satu masa sahaja dan pengesahan oleh pemilik akaun adalah diperlukan.
  3. Tanda butang betul atau tick berwarna oren akan terlihat sekiranya pemilihan telah dilakukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang Confirm di halaman bawah yang tertera bagi pengesahan untuk kaedah pembayaran.
  5. Selesai pemilihan kaedah pembayaran, kembali ke laman tambah nilai dan tekan butang Pay Now untuk membuat pembayaran melalui kaedah yang telah dipilih.
  6. Pastikan jumlah dan kaedah pembayaran yang dipilihan adalah tepat. Sebarang proses pemulangan jumlah wang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
  7. Proses tambah nilai adalah secara serta-merta. Pemilihan pembayaran melalui ShopeePay dapat dilakukan di laman Check Out. Enam digit pin bagi tujuan keselamatan akan diperlukan sebelum transaksi pembayaran dapat diteruskan untuk setiap transaksi yang berjaya.

Bagaimana cara aktifkan SPayLater (Shopee PayLater)?

Berikut ialah cara aktifkan SPayLater, sedikit berlainan dari ShopeePay.

  1. Pada halaman utaman, klik pada butang Me yang tertera di kanan paparan skrin di bahagian bawah.
  2. Di paparan skrin seterusnya, klik pada butang SPayLater bagi penetapan pengaktifan.
  3. Siapa yang layak untuk mengaktifkan SPayLater?
  • Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
  • Mempunya kad pengenalan yang sah.
  1. Seterusnya, klik butang Activate Now.
  2. Anda akan menerima kod pengesahan One-Time Password (OTP) melalui SMS.
  3. Isikan kod pengesahan tersebut di ruang pengesahan yang tertera.
  4. Muatnaik gambar kad pengenalan anda bersama maklumat tambahan yang dipinta.
  5. Sistem akan membuat pengecaman wajah bagi pengesahan maklumat yang diberikan.
  6. SPayLater telah diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan info tentang Shopee Pay, sila rujuk terma dan syarat serta info terkini dari Shopee Malaysia 

4 thoughts on “SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)”

  1. Kenapa dia tulis it look likes something wrong macam tk boleh bukak apa yang saya perlu buat..sekarang saya tengah menunggu pengesahan kad pengenalan .adakah selepas pengesahan baru saya boleh claim??

    Balas
  2. hai nak tanya kalau salah masukkan nama macamana…anak sis dah buat nak betulkan tapi kena ada bank statement..tapi anak sis tak buka account bank lagi…boleh bagi penjelesan

    Balas

Leave a Comment