CARA BUAT SHARE LINK SHOPEE & LAZADA AFFILIATE GUNA PHONE

CARA BUAT SHARE LINK SHOPEE & LAZADA AFFILIATE GUNA PHONE

CARA BUAT LINK AFFILIATE

Kepada anda yang ingin sharekan pautan (link) barangan yang di niaga dalam platform shopee atau lazada, semestianya akan cuba untuk affiliate link tersebut untuk mendapatkan hasil kepada anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara buat link affiliate untuk shopee dan lazada guna telefon sahaja, semoga membantu.

 

APA ITU LINK AFFILIATE

Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.

 

KELEBIHAN BUAT LINK AFFILIATE

Berikut adalah merupakan kelebihan link affiliate ini kepada yang baru ingin menceburi bidang perniagaan iaitu:

  1. Ada tak perlu memikirkan produk untuk dijual kerana anda yang share produk yang telah sedia ada
  2. Pendaftaran yang mudah dan praktikal.
  3. Website promosi disediakan dan boleh dikongsikan melalui media sosial seperti facebook, instagram, group whatsap, telegram dan sebagainya

 

CARA BUAT LINK AFFILIATE SHOPEE

Kepada anda yang ingin mempromosikan barangan yang terdapat dalam platform shopee, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

Cara Daftar Affiliate Shopee

  1. Buka aplikasi shopee dalam telefon anda
  2. Log masuk menggunakan username dan kata laluan anda
  3. Pada paparan utama klik pada Profil (me)
  4. Scroll sedikit ke bawah dan klik pada Affiliate Program
  5. Sebagai pengguna baharu, klik pada Join Now . Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik submit untuk lengkapkan proses pendaftaran.

Cara Share Link Affiliate Shopee

  1. Buka aplikasi shopee dalam telefon anda
  2. Pergi pada barangan yang anda ingin kongsikan
  3. Kemudian klik pada simbol share dan klik pada Copy Link untuk copy link tersebut.
  4. Seterusnya pergi ke Affiliate Program dan klik pada Account
  5. Kemudian klik pada Convert Link dan paste kan link yang telah anda copy tadi dan klik Convert
  6. Selesai, anda boleh klik pada share untuk kongsikan link affiliate anda.

 

CARA BUAT LINK AFFILIATE LAZADA

Kepada anda yang ingin mempromosikan barangan yang terdapat dalam platform lazada, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

Cara Daftar Affiliate Lazada

  1. Buka aplikasi Lazada dalam telefon anda
  2. Log masuk menggunakan username dan kata laluan anda
  3. Pada paparan utama klik pada Account
  4. Seterusnya klik pada Laz Affiliate
  5. Sebagai pengguna baharu, klik pada Join Now . Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik submit untuk lengkapkan proses pendaftaran.

Cara Share Link Affiliate Lazada

  1. Buka aplikasi lazada dalam telefon anda
  2. Pergi pada barangan yang anda ingin kongsikan
  3. Kemudian klik pada simbol share dan klik pada Copy Link untuk copy link tersebut.
  4. Seterusnya pergi ke Laz Affiliate dan klik pada Got Aproduct Link? Clik Here
  5. Paste kan link yang telah anda copy tadi dan klik confirm
  6. Paparan akan menunjukkan Promotion Link Copied, Start Promoting Now dan klik Ok
  7. Selesai, anda boleh share untuk kongsikan link affiliate anda.

 

ARTIKEL LAIN

SHOPEEPAY(CARA REGISTER AKTIFKAN TOP UP EWALLET)

6 thoughts on “CARA BUAT SHARE LINK SHOPEE & LAZADA AFFILIATE GUNA PHONE”

Leave a Comment