CARA DAFTAR GUNA THiJARI Biz (Potongan Gaji Pekerja)

CARA DAFTAR GUNA THiJARI Biz (Potongan Gaji Pekerja)

THiJARI Biz

Kepada majikan yang ingin membuat potongan deposit bulanan gaji pekerja ke dalam akaun Tabung Haji mereka, kini Tabung Haji telah memperkenalkan portal ThijariBiz untuk memudahkan para majikan melaksanakannya. Bagaimana cara untuk daftar ThijariBiz? Disini kami kongsikan carnay, semoga membantu.

 

APA ITU THiJARI Biz

THiJARIBiz adalah sebuah perkhidmatan atas talian yang membolehkan Majikan melaksanakan caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH.

 

MUAT TURUN BORANG THiJARI Biz

Untuk memudahkan anda mendaftar, sebaiknya anda memuat turun dan print borang yang diperlukan iaitu:

  1. JP038 – Borang Maklumat Majikan Potongan Gaji Bulanan
  2. JP039 – Borang Pertukaran Nombor Telefon Bimbit Berdaftar TAC

 

PENDAFTARAN THiJARI Biz (Majikan)

Berikut adalah merupakan panduan pendaftaran ThijariBiz kepada majikan:

  1. Majikan hendaklah mendaftar THiJARIBiz dengan menghubungi THCC serta mengisi Borang Maklumat Majikan (JP038)
  2. Majikan dikehendaki melengkapkan Borang Maklumat Majikan (JP038) tersebut dengan memberi maklumat yang dianggap perlu oleh TH termasuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit Majikan/Pentadbir bagi tujuan penerimaan Kod Pengaktifan dan pengesahan transaksi (TAC). Borang Majikan (JP038) yang telah lengkap diisi hendaklah diemelkan ke [email protected]
  3. Apabila menerima Borang Maklumat Majikan (JP038) yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen daripada Majikan (jika ada), TH akan menilai dan menyemak dokumen tersebut dengan sewajarnya dan justeru itu, tanpa perlu memberi sebarang alasan atau memberi maklumat mengenainya, sama ada menerima atau menolak permohonan Majikan tersebut, mengikut budi bicara mutlaknya yang tersendiri.
  4. Setelah TH meluluskan pendaftaran, TH akan menghantar Kod Majikan kepada Majikan/Pentadbir melalui emel di mana Kod Majikan tersebut akan digunakan sebagai Input ID Pengguna oleh Majikan/Pentadbir.
  5. Untuk tujuan pengaktifan THiJARI Biz, Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan Majikan/Pentadbir hendaklah membuat pengaktifan THiJARI Biz dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan Kod Pengaktifan tersebut.
  6. Selepas THiJARI Biz berjaya diaktifkan, Majikan/Pentadbir dikehendaki untuk mencipta Kata Laluan. Pentadbir hendaklah memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan setiap kali menggunakan THIjARI Biz.
  7. Majikan bersetuju bahawa TH mempunyai hak untuk membatalkan ID Pengguna dan Kata Laluan Majikan untuk pelanggaran atau pelanggaran berpotensi mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat, atau mana-mana undang-undang dan/atau peraturan-peraturan dan/atau untuk memastikan atau mengekalkan keselamatan THiJARI Biz sepertimana yang dianggap wajar oleh TH, dan bahawa anda tidak akan memegang TH bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami oleh anda akibat daripada pembatalan mana-mana atau semua ID Pengguna dan Kata Laluan tersebut.

 

CARA GUNA THiJARI Biz (Caruman Potongan Gaji)

Majikan hendaklah selesaikan proses daftar terlebih dahulu. Bagi Majikan yang telah mendaftar syarikat di Tabung Haji sebelum ini, Majikan boleh menghubungi THCC untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.

Berikut adalah merupakan tiga (3) langkah mudah bagi menggunakan THiJARIBiz:

  1. Log masuk melalui www.thijari.com.my/thijaribiz
  2. Pentadbir hanya perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan serta mencipta Kata Laluan.
  3. Seterusnya, Pentadbir hendaklah memasukkan Kod Majikan dan Kata Laluan setiap kali menggunakan THiJARIBiz.

Nota: Pentadbir boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARIBiz dengan mudah.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai ThijariBiz, anda boleh merujuk portal rasmi tabung haji di pautan www.tabunghaji.gov.my

ARTIKEL LAIN 

Cara Guna THiJARI (Akaun Tabung Haji Online)

Leave a Comment