PERMOHONAN BAHARU i-SINAR:CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)

PERMOHONAN BAHARU i-SINAR:CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)

PERMOHONAN BAHARU i-SINAR

Kepada yang telah dan masih belum membuat permohonan i-Sinar,anda boleh membuat permohonan baharu i-Sinar.

Anda juga boleh belajar cara masukan dokumen sokongan bagi memastikan permohonan baharu i-Sinar anda diluluskan.

Sebelum itu, kami ingin jelaskan tentang jenis permohonan i-Sinar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

nak tahu bila duit BPN 2.0 Fasa 2 masuk ke akaun bank? Rujuk BAYARAN BPN 2.0 FASA 2

PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 1

Jika anda telah membuat permohonan i-Sinar bagi kategori 1 bermula 21 Disember 2020, anda juga telah membuat semakan status permohonan i-Sinar pada 4 Januari 2021, hasil semakan status pula menyatakan permohonan anda SEDANG DIPROSES.

Maka,bermula 11 Januari 2021,anda boleh membuka portal i-Sinar, buat semakan status. Kemudian anda hanya perlu membuat muat turun dokumen sahaja.

PERMOHONAN BAHARU i-SINAR (KATEGORI 2)

Bagi yang belum membuat permohonan i-Sinar,bagaimana cara untuk buat permohonan baharu i-Sinar?

Bagi permohonan baru, sila klik pada PERMOHONAN BARU

Klik  https://isinar.kwsp.gov.my/

Bagi yg dah pernah memohon (semasa Kategori 1) dan permohonan anda sedang DIPROSES serta dikehendaki memuat naik dokumen sokongan, sila kemaskini permohonan anda pada “SEMAK STATUS PERMOHONAN”, pilih “KEMASKINI”

Klik  https://isinar.kwsp.gov.my/

  1. YA utk Kategori 1 / TIDAK utk Kategori 2.
  2. Tgok AMAUN yg layak dan PILIH amaun yg dikehendaki.
  3. Set Jadual Pembayaran seperti yg dikehendaki.
  4. Isi atau semak maklumat permohonan.
  5. Masukkan maklumat Pengurangan Pendapatan.

A.- Masukkan pendapatan SEBELUM pengurangan.

– Muat naik slip gaji, klik “PILIH FAIL” (Mana2 slip gaji dalam 12 Bulan dari Tarikh Permohonan)

*Tambah fail jika ingin memuat naik lebih dr 1 dokumen.

B.- Masukkan pendapatan SELEPAS pengurangan.

– Muat naik slip gaji, klik “PILIH FAIL” (Mana2 slip gaji antara April’20 hingga Bulan Semasa)

*Tambah fail jika ingin memuat naik lebih dr 1 dokumen.

C.- Muat naik Dokumen Sokongan seperti Surat Pengesahan Majikan / Notis Pemotongan Elaun / Penyata Bank / Surat Berhenti Kerja dan lain2 dokumen yg berkaitan. – Klik “PILIH FAIL”

  1. Semak semula permohonan sebelum sahkan.
  2. Sekiranya anda sudah berpuas hati dgn jumlah yang dipohon, jadual pembayaran, dokumen2 sokongan yg dimuatnaik, maka klik HANTAR.
  3. Cetak dan Simpan utk tujuan rujukan.

DOKUMEN PERMOHONAN BAHARU  i-SINAR KATEGORI 2

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  3. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)

  1. Anda hanya perlu MUAT NAIK dokumen sokongan secara ONLINE sahaja bermula 11 Januari 2021 pada portal isinar.kwsp.gov.my
  2. Ambil gambar pakai phone pun boleh,pastikan terang dan boleh dibaca
  3. Posisikan kamera telefon anda betul-betul di atas dokumen yang hendak diimbas.
  4. Pastikan anda mengambil gambar di tempat terang fan gunakan flash jika perlu untuk memastikan gambar dokumen yang diambil adalah jelas.

AMAUN i-SINAR KATEGORI 2

Amaun kelayakan i-SINAR KATEGORI 2 adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

PERMOHONAN BAHARU i-SINAR

CONTOH KESILAPAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN i-SINAR

Berikut adalah contoh kesilapan semasa membuat permohonan i-Sinar:

  • Tersalah isi no ic
  • Tersalah masuk no telefon ( berlaku masalah penghantaran OTP )
  • OTP dimasukan secara salah melebihi 2 kali
  • Keliru dengan pengeluaran
  • Tersalah pilih amaun yang sepatutnya

SOALAN LAZIM PERMOHONAN BAHARU i-SINAR(KATEGORI 2)

Bilakah tarikh permohonan baharu i-Sinar(Kategori 2)

Bermula 11 Januari 2021

Adakah i-Sinar buat semakan secara manual untuk permohonan i-Sinar kategori 2?

Semakan secara manual akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan.

Apakah syarat permohonan i-Sinar Kategori 2?

Ahli yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.

Apa maksud PENDAPATAN KESELURUHAN?

Jumlah gaji pokok termasuk bayaran lain seperti elaun dan elaun kerja lebih masa sejak 1 Mac 2020.

Apakah CONTOH DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR?

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan notis pemberhentian pemotongan elaun dan tuntutan kerja lebih masa.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848

Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka  dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.

 

 

Tags: #AMAUN i-SINAR KATEGORI 2 #Apa maksud PENDAPATAN KESELURUHAN? #Apakah CONTOH DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR? #Apakah syarat permohonan i-Sinar Kategori 2? #CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2) #CONTOH KESILAPAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN i-SINAR #DOKUMEN PERMOHONAN BAHARU i-SINAR KATEGORI 2 #PERMOHONAN BAHARU i-SINAR (KATEGORI 2) #PERMOHONAN BAHARU i-SINAR:CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2) #SOALAN LAZIM PERMOHONAN BAHARU i-SINAR(KATEGORI 2)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMASKINI AMAUN i-SINAR:CARA TUKAR AMAUN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMASKINI AMAUN i-SINAR:CARA TUKAR AMAUN i-SINAR( GUNA i-AKAUN KWSP) Berdasarkan respon pemohon
    SEMAKAN TARIKH BAYARAN i-SINAR:CHECK DUIT i-SINAR DAH MASUK BANK
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN TARIKH BAYARAN i-SINAR:CHECK DUIT i-SINAR DAH MASUK BANK Jika anda telah
    CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2 Kepada yang telah membuat semakan i-Sinar kategori
    CHECK STATUS i-SINAR(SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN)
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCHECK STATUS i-SINAR(SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN) Kepada ahli KWSP yang telah membuat permohonan
    1. author

      Ain4 days ago

      Macam mne kalau tersalah masuk dokumen ye n nak betulkan balik boleh ke?salah masuk slip gaji la

      Reply

    Leave a reply "PERMOHONAN BAHARU i-SINAR:CARA MASUKAN DOKUMEN SOKONGAN i-SINAR (KATEGORI 2)"