CARA GUNA APLIKASI GOOGLE MEET (Ciri Terbaru & Terkini)

CARA GUNA APLIKASI GOOGLE MEET (Ciri Terbaru & Terkini)

CARA GUNA APLIKASI GOOGLE MEET

Terkini, sudah menjadi keperluan kepada setiap majikan dan pekerja mengetahui CARA GUNA GOOGLE MEET untuk mengadakan perbincangan secara maya menggunakan video.

Sekarang ini, anda sepatutnya mula belajar dan cuba menggunakan aplikasi Google Meet untuk memudahkan anda pada masa akan datang.

 

APA ITU APLIKASI GOOGLE MEET

Meet membolehkan anda menjemput orang lain untuk berkomunikasi melalui panggilan video. Peralatan yang diperlukan adalah peranti seperti komputer / Chromebook dengan kamera web

Kita dapat melihat, mendengar dan juga berkongsi skrin untuk menunjukkan lebih banyak perincian mengenai apa yang kita bincangkan.

Aplikasi ini percuma dan cara yang baik untuk berhubung anda tidak dapat bersemuka atau berada di tempat yang sama. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk berhubung dengan pelajar anda.

 

CARA GUNA APLIKASI GOOGLE MEET

CARA MEMULAKAN PANGGILAN VIDEO APLIKASI GOOGLE MEET

  1. Taip meet.google.com.
  2. Klik “Join or start a meeting”.
  3. Namakan sesi. Contohnya, PLC dan klik “Continue”.
  4. Klik Join now.
  5. Anda akan mendapat skrin untuk menunjukkan pautan untuk menjemput ke sesi anda.

 

CARA JEMPUT KE SESI APLIKASI GOOGLE MEET

Terdapat beberapa cara untuk jemput ke sesi :

  1. Setelah anda masuk ke Meet, anda akan mendapat skrin untuk menunjukkan pautan untuk menjemput ke sesi anda.
  2. Pautan yang boleh dimasukkan dalam email, WhatApps,Telegram atau apa-apa

platform.

  1. Opsyent “Add people” untuk menghantar jemputan via email.
  2. Klik pada ikon “People” pada kanan atas untuk membuat jemputan.

 

CIRI-CIRI YANG ADA DALAM GOOGLE MEET

  1. Senyapkan mic dan tutup kamera.
  2. Mendapatkan pautan untuk membuat jemputan.
  3. Klik Turn On Caption untuk membolehkan semua percakapan ditranskripkan.
  4. Berkongsi skrin :

Klik Present Now dan pilih “Your entire screen”.

Klik paparan yang hendak dikongsikan. Klik “Share”.

Klik “Stop sharing” untuk menghentikan perkongsian.

Melihat orang lain di Meet.

Klik untuk pilihan.

Sila tonton video Cara Memulakan Pengendalian Aplikasi Google Meet Untuk Sidang Video untuk memudahkan anda mula mengunakan aplikasi Google Meet.


Baca tentang CARA MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM

Leave a Comment