PERUMAHAN AWAM & PROJEK PERUMAHAN RAKYAT:KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN
Adakah anda pernah buat permohonan perumahan PA & projek PPR melalui DBKL?
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggesa pemohon yang membuat permohonan rumah sewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari tahun 1998 sehingga 2018 untuk mengemas kini maklumat permohonan bermula hari ini sehingga 30 November depan.
TARIKH KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN
Bermula 1 September sehingga 30 November 2020.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN PA/PPR DBKL
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemohon diminta untuk mengemas kini maklumat tanpa perlu hadir ke pejabat DBKL.
Bagi pemohon yang memohon sejak 1998 sehingga 2018, mereka diminta untuk kemas kini maklumat dengan melayari http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/.
Kemudian LOG MASUK
Kemaskini beberapa maklumat seperti kad pengenalan, pendapatan, status perkahwinan, tempat tinggal, ahli keluarga, maklumat orang kelainan upaya (OKU) serta butiran harta
Muat turun dokumen
Klik HANTAR
Baca tentang SENARAI INISIATIF WILAYAH PRIHATIN UNTUK PENGHUNI PA & PPR
SENARAI MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI
Beberapa maklumat seperti kad pengenalan, pendapatan, status perkahwinan, tempat tinggal, ahli keluarga, maklumat orang kelainan upaya (OKU) serta butiran harta
Baca tentang DIGITAL SRP: PERMOHONAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU(SRP)
DOKUMEN YANG PERLU DIMUAT TURUN SEMASA PROSES KEMASKINI PA/PPR DBKL
Sila semak dokumen yang diperlukan untuk proses kemaskini berdasarkan gambar dibawah
SOAL LAZIM
Apa yang berlaku jika pemohon gagal kemaskini maklumat permohonan?
Pemohon yang gagal mengemas kini maklumat permohonan akan dikategorikan sebagai tidak aktif tidak akan diproses permohonannya
Apa portal yang perlu dilawati untuk membuat kemaskini maklumat permohnan PA/PPR?
Pemohon boleh kemas kini maklumat dengan melayari http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang permasalahan boleh e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian 03-26176014.
Tags: #CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN PA/PPR DBKL #DOKUMEN YANG PERLU DIMUAT TURUN SEMASA PROSES KEMASKINI PA/PPR DBKL #PERUMAHAN AWAM & PROJEK PERUMAHAN RAKYAT:KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN #PERUMAHAN AWAM(PA) & PROJEK PERUMAHAN RAKYAT(PPR):KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN #SENARAI MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI