PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN (Selepas Bercerai & Kematian Pasangan)

PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN (Selepas Bercerai & Kematian Pasangan)

HARTA SEPENCARIAN

Isu ini sedang hangat dibincangkan dalam masyarakat pada hari ini. Ini menunjukan satu situasi yang positif apabila semua wanita di Malaysia sedar tentang hak mereka dan bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan mereka. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan harta sepencarian, semoga membantu.

 

APA ITU HARTA SEPENCARIAN

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama. Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

 

KATAGORI HARTA SEPENCARIAN YANG BOLEH DITUNTUT

Berikut adalah merupakan katagori harta yang boleh dituntut:

  • Harta tidak alih.
  • Harta Alih: Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.

 

SITUASI TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN

Berikut adalah merupakan antara situasi berlakunya tuntutan ini iaitu:

  1. Penceraian
    1. Pihak isteri atau isteri harta pencarian ke atas harta pasangan melalui proses mahkamah.
  2. Suami Berpoligami
    1. Apabila suami berpoligami, maka isteri pertama akan menuntut hak sepencarian di mahkamah.
  3. Suami Meninggal Dunia
    1. Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8, hak ibu-bapa suami ialah masing-masing 1/6, dan baki dibahagikan kepada anak-anak.
  4. Pasangan Tiada Anak
    1. Apabila suami meninggal dunia terlebih dahulu, hak isteri ke atas harta pusaka suami bagi yang tiada anak ialah 1/4, baki 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami.

 

TEMPOH UNTUT TUNTUTAN HARTA PENCARIAN

Harta pencarian boleh dituntut ketika pihak-pihak berlakunya:

  • Perceraian
  • Poligami
  • Slepas kematian salah satu pihak.

 

PENTENTUAN KADAR PEMBAHGIAN HARTA SEPENCARIAN

Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta pencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.

  • Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.
  • Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut sekiranya berkaitan:

 

CARA PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN

Permohonan Tuntutan Harta Pencarian tersebut boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri pihak pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.

Nota: Untuk makluman anda, proses tuntutan harta pencarian bukannya mudah dan perlukan kos serta perlukan masa untuk menyelesaikannya.

 

KEBAIKAN MEMBUAT PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN

  • Suami isteri mendapat hak yang adil dan berpuas hati.
  • Mempercepatkan proses pembahagian harta sepencarian.
  • Mengelakkan berlaku perbalahan ahli keluarga.

 

KESAN PEMILIKAN HARTA SELEPAS PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN

Berikut adalah merupakan antara kesan sekiranya membuat perjanjian ini mengikut kes:

  1. Kes Bercerai
    • Hak isteri akan terbela. Isteri akan mendapat bahagian harta suami 50%
  2. Kes Suami Berpoligami
    • Hak isteri tidak terjejas. Isteri akan tetap mendapat hak suami 50% walaupun sudah dimadukan.
  3. Kes Suami Meninggal Dunia
    • Isteri tetap dapat 50% harta sepencarian dan 1/8 harta faraid.
  4. Kes Tidak Memiliki Anak
    • Isteri tetap dapat 50% harta sepencarian dan 1/4 daripada baki 50% sebagai harta pusaka.

 

CONTOH SOALAN TUNTUTAN HARTA PENCARIAN

Saya dan suami membeli sebuah rumah dalam tempoh perkahwinan yang didaftarkan atas nama bersama. Bolehkah saya mendapat 50% bahagian dari rumah tersebut?

  • Bahagian harta pencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.

 

Semasa dalam tempoh perkahwinan, suami saya membeli beberapa harta yang dinamakan atas nama beliau seorang. Saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumbangan kewangan ke atas harta-harta tersebut. Adakah saya masih boleh menuntut harta pencarian selepas perceraian?

  • Ya anda boleh menuntut harta pencarian dan boleh mendapat bahagian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA PPWN 2022

Tags: #APA ITU HARTA SEPENCARIAN #CARA PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN #CARA TUNTUT HARTA SEPENCARIAN #COTOH SOALAN TUNTUTAN HARTA PENCARIAN #DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN #HAK HARTA SEPENCARIAN #HARTA SEPENCARIAN #KATAGORI HARTA SEPENCARIAN YANG BOLEH DITUNTUT #KEBAIKAN MEMBUAT PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN #KESAN PEMILIKAN HARTA SELEPAS PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN #PANDUAN ISTERI MENDAPAT HARTA SEPENCARIAN SUAMI DENGAN MUDAH #PENCERAIAN #PENTENTUAN KADAR PEMBAHGIAN HARTA SEPENCARIAN #PERJANJIAN HARTA SEPENCARIAN SUAMI ISTERI #PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN (Selepas Bercerai & Kematian Pasangan) #SITUASI TUNTUTAN HARTA SEPENCARIAN #SUAMI BERPOLIGAMI #TEMPOH UNTUT TUNTUTAN HARTA PENCARIAN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN (Selepas Bercerai & Kematian Pasangan)"