MyeTaPP (Permohonan Perkhidmatan Atas Talian JKPTG Online)

MyeTaPP (Permohonan Perkhidmatan Atas Talian JKPTG Online)

MyeTaPP JKPTG

Kepada anda yang ingin membuat urusan dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), kini anda boleh menggunakan perkhidmatan atas talian menerusi portal MyeTaPP. Di sini kami akan kongsikan kepada andas perkhdimatan yang tersedia menerusi portal ini, semoga membantu.

 

APA ITU MyeTaPP JKPTG

MyeTaPP merupakan sebuah platform dalam talian bagi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). Penggunaan portal MyeTaPP selari dengan kemajuan teknologi di Malaysia dimana kebanyakan urusan berkaitan kerajaan boleh diuruskan secara dalam talian sahaja.

 

KRITERIA PENGGUNA MyeTaPP JKPTG

Berikut adalah merupakan kriteria bagi Pengguna MyeTaPP yang disasarkan kepada golongan pengguna berikut:

  • Pengguna Awam
  • Pengguna Dalaman (JKPTG)
    • Bahagian Pembahagin Pusaka
    • Bahagian Pengambilan Tanah
    • Bahagian Harta Tanah Persekutuan
    • Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan
  • Kementerian / Jabatan Pengguna

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA MyeTaPP JKPTG

Berikut adalah merupakan antara perkhidmaan yang tersedia menerusi platform ini kepada orang awam iaitu:

  • Borang – borang Permohonan
  • Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil / Semakan Status Permohonan Pusaka Kecil
  • Semakan Bayaran Pampasan Pengambilan Tanah / Semakan Status Bicara Pengambilan Tanah
  • Permohonan Sewa Atas Talian / Semakan Status Permohonan Penyewaan / Semakan Status Pembayaran Sewa
  • Cadangan dan Aduan Awam / Status Cadangan dan Aduan Awam

 

CARA PERMOHONAN GUNA MyeTaPP JKPTG

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan menerusi portal ini iaitu:

  1. Layari pautan https://www.myetapp.gov.my/ atau aplikasi MyeTaPP (Pada masa kini aplikasi tersedia bagi pengguna Android)
  2. Klik pada Pengguna Awam
  3. Log masuk ke akuan anda. Sekiranya anda pengguna kali pertama, klik pada Daftar akaun baru dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  4. Setelah berjaya log masuk, anda boleh teruskan permohonan dengan memilih perkhidmatan tersedia yang anda inginkan.

 

FUNGSI MyeTaPPJKPTG

Menerusi MyeTapp, anda boleh akses kepada perkara seperti berikut:

  • Pengurusan Pegambilan Tanah (PPT)
    • Pengguna Awam
      • Memaparkan status pembayaran (pampasan) iaitu bila pembayaran dibuat dan melalui apa.
      • Memaparkan nama projek
      • Tarikh bicara (siasatan) akan dipaparkan apabila pengguna sudah membuat permohonan dan sudah berdaftar dengan JKPTG Online.
    • Agensi
      • Status permohonan pengambilan tanah
      • Caj pembayaran lewat akan dipaparkan beserta senarai lot dan jumlah hari yang tinggal untuk membuat pembayaran.
      • Alert akan dipaparkan sebelum dan selepas pembayaran (blinking alert)
      • Tarikh siasatan dan masa siasatan
      • Pengguna boleh membuat carian menggunakan nama projek dan nombor fail untuk dipaparkan butiran siasatan dan Borang E (Mandatory)
    • Pengguna Dalaman (Staff)
      • Lagging KPI – search by negeri
        • Bilangan projek
        • Bilangan lot
        • Bilangan selesai
        • Bilangan dalam proses
      • Penguatkuasa Hasil dan Persekutuan (PHP)
        • Status permohonan sewa sama ada lulus atau tidak lulus akan dipaparkan
        • Status pembayaran sewa akan di paparkan mengikut langkah demi langkah bermula dari deposit, sewa bulanan, tunggakan, pelarasan deposit, tututan deposit dan status tuntutan hasil
        • Status penyewaan dipaparkan sama ada lulus, tolak atau ditamatkan
      • Pembahagian Pusaka Kecil (PPK)
        • Notis pendengaran akan dihantar melalui email dan notifikasi sms. Pengguna tidak perlu lagi untuk mendaftar di Gerbang SMS

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyeTaPP JKPTG, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN HARTA SEPENCARIAN (Selepas Bercerai & Kematian Pasangan)

Leave a Comment