SIMKAD TIADA SIGNAL (Punca & Cara Atasi)

SIMKAD TIADA SIGNAL (Punca & Cara Atasi)

SIMKAD TIADA SIGNAL

Pernah tak terjadi kepada anda secara tiba-tiba simkad tiada signal atau tertulis No Service? Adakah kemungkinan simkad anda sudah diblock atau terminated? Jangan bimbang, disini kami akan kongsikan punca simkad tiada signal dan cara atasinya. Semoga membantu.

 

APA ITU SIMKAD

Subscriber identification module (Simkad) atau Modul pengenalpastian pelanggan merupakan litar bersepadu yang menyimpan dengan selamat Identiti Pelanggan Mobil Antarabangsa (International Mobile Subscriber Identity, IMSI) dan kunci keselamatan berkait yang digunakan bagi mengenalpasti dan mengesahkan pelanggan pada peranti telefon mudah alih, seperti telefon bimbit, tablet, dan komputer. Ia juga merupakan cip ingatan mudah alih yang digunakan bagi kebanyakan telefon sel yang beroperasi pada jaringan Sistem Sejagat bagi Komunikasi Mobil (Global System for Mobile Communications, GSM).

 

PUNCA SIMKAD TIADA SIGNAL

Berikut adalah merupakan antara beberapa punca yang akan menyebabkan simkad anda no servive iaitu:

  • Cip Simkad rosak
  • Phone Rosak
  • Simkad dah ditamatkan perkhidmatan

 

CARA ATASI SIMKAD TIADA SIGNAL

Sekiranya anda mengalami permasalahan simkad berpunca di atas, berikut adalah merupakan cara untuk mengatasinya iaitu:

PUNCA CARA ATASI
Cip sim rosak
  • Kemungkinan cip simkad yang tak dapat dikesan oleh slot pembaca sim telefon anda
  • Anda hendaklah mengeluarkan simkad anda dari phone dan gosok bahagian cip sim dengan menggunakan pemadam getah atau apa-apa material getal (gelang getah).
  • Tujuannya adalah untuk membersihkan cip sim daripada sebarang kekotoran dan daki (sekiranya ada) yang menghalang ianya bersentuhan dengan pembaca sim.
Tak dapat dikesan
  • Setelah anda cuba cara di atas tetapi masih tidak menunjukkan signal, anda boleh mencuba masuk ke dalam telefon lain. Sekiranya amsik tak ok bermaksud simkad anda telah rosak.
  • Anda boleh dapatkan simkad gantiandaripada telco yang anda gunakan
  • Kebiasaanya semua kredit dan data yang ada pada simkad yang rosak akan dibawa ke simkad baru/gantian tu nanti.
Simkad telah ditamatkan (terminated)
  • Berkemungkinan simkad anda telah ditamatkan perkhidmatan kerana tidak ditambai nilai (topup
  • Sebelum anda membeli Simkad gantian, anda boleh pastikan dahulu dengan mana-mana dealer perkhdimatan telco yang anda gunakan untuk menguji sama ada simkad anda masih boleh digunakan atau tak.

 

Leave a Comment