Tonton.Com.My (Cara Daftar & Layari TV3 Live Streaming)

Tonton.Com.My (Cara Daftar & Layari TV3 Live Streaming)

TONTON

Kepada anda yang ingin melayari atau menonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa secara online, anda boleh melayari perkhidmatan penstriman video iaitu Tonton. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mendaftar dan juga melayari live Streaming, semoga membantu.

 

APA ITU TONTON

Tonton ialah perkhidmatan penstriman video tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ianya  menawarkan akses kepada hiburan tempatan terbaik, rancangan luar negara yang hebat dan acara langsung yang menarik. Kini perkhidmatan ini berkembang mengikut peredaran masa dan memindahkan kandungan Media Prima ke era digital, menjadikannya tersedia di mana-mana, pada bila-bila masa.

 

SALURAN TERSEDIA TONTON

Berikut adalah merupakan antara saluran yang tersedia iaitu:

  • TV3
  • TV9
  • 8TV
  • DidikTV
  • ABPBH
  • AJL
  • ADS
  • Melodi
  • Nona
  • DramaSangat
  • Rancangan Drama
  • Rancangan Filem.

 

PERANTI DISOKONG AKSES TONTON

Anda boleh melayari menerusi pelayar internet atau melalui aplikasi yang tersedia dalam aplikasi melalui peranti antaranya ialah:

  • Telefon
  • Tablet
  • TV pintar
  • Pemain media penstriman
  • Set-top box.

NOTA: Pastikan peranti anda disambungkan dengan internet.

 

CARA DAFTAR TONTON

Untuk menggunakan perkhdimatan ini, seharusnya anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Tontonn
  2. Ciptakan akaun anda dengan memasukkan nombor telefon anda, alamat e-mel dan membuat kata laluan.
  3. Semak telefon anda untuk nombor digit TAC anda yang diterima melalui SMS.
  4. Masukkan nombor digit TAC anda yang diterima melalui SMS untuk melengkapkan pendaftaran anda.

 

CARA MELAYARI LIVE STREAMING TONTONG

Setelah selesai anda mendaftarkan akaun, kini anda boleh melayari live streaming dengan cara seperti berikut:

  1. Layari pautan Tontonn
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Kemudian pilih siaran yang dipaparkan dalam platform ini.

 

TERLUPA KATA LALUAN TONTON

Sekiranya anda terlupa kata laluan yang anda ciptakan, anda boleh mendapatkan kembali (reset) dengan cara seperti berikut:

  1. Layari pautan  terlupa kata laluan 
  2. Masukkan no telefon anda atau alamat email
  3. Tick pada I’M not Robot
  4. Kemudian klik pada Sent Reset Instruction

 

SOALAN LAZIM (FAQ) TONTON

Apakah jenis kandungan yang tersedia?

  • Kandungan yang tersedia sentiasa berubah, tetapi akan sentiasa menjadi rumah untuk semua rancangan Media Prima. Anda boleh menonton pelbagai jenis rancangan daripada drama tempatan yang hebat, filem blockbuster antarabangsa dan banyak lagi.

Berapa banyak peranti yang boleh dilayari menggunakan akaun yang sama?

  • Anda hanya boleh menonton Toonton pada 2 skrin pada masa yang sama.

Boleh saya keluarkan iklan tersebut?

  • Pada masa ini, tidak mungkin untuk mengalih keluar iklan tersebut. Iklan tersebut membantu Toonton untuk kekal percuma.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan berkaitan akaun anda, anda boleh menghubungi Tontonn secara email [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR & SEMAK HARGA LANGGANAN VIU MALAYSIA TERKINI (2023)

Leave a Comment