
SENARAI BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG
SENARAI BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG
Sebagai rakyat negeri Pulau Pinang, anda mesti tahu tentang senarai bantuan kerajaan Pulau Pinang untuk sama-sama mendapat manfaat. Semoga dengan perkongsian tentang senarai bantuan kerajaan Pulau Pinang akan membantu anda untuk membuat permohonan. Berikut adalah senarai bantuan kerajaan Pulau Pinang :
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2021 telah dibuka oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP).Jom mohon bantuan RM1,500 sehingga RM2,500.
1.BANTUAN KEWANGAN PENDIDIKAN PULAU PINANG
Kepada rakyat Pulau Pinang yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan sarjana muda (1st degree) ke IPTS atau UA.
Anda boleh memohon bantuan berjumlah RM 1,000.00 untuk menampung kos pendaftaran masuk ke universiti.
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan dan senarai universiti yang layak memohon.
Syarat-Syarat Permohonan
- Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi yang berdaftar di Negeri Pulau Pinang.
- Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00.
- Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon. Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak memohon. Bagi pelajar tawaran Politeknik Premier juga tidak layak memohon.
- Dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak
Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Peghulu-Penghulu Kerajaan sahaja. - Bantuan hanya melibatkan tawaran kemasukan ke IPTA (seperti yang telah diperakui oleh MQA) dan IPTS (yang telah diluluskan oleh MMK) bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja.
- Bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Pemohon boleh terdiri daripada pelajar / ibu / bapa / penjaga.
- Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Kegagalan menghantar dokumen sokongan sebelum tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak dan sebarang bentuk rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Institusi Yang Layak Memohon
- TARC – Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
- UM – Universiti Malaya
- AIMST – Universiti AIMST
- UIAM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia
- UMK – Universiti Malaysia Kelantan
- UMP – Universiti Malaysia Pahang
- UniMAP – Universiti Malaysia Perlis
- UMS – Universiti Malaysia Sabah
- UNIMAS – Universiti Malaysia Sarawak
- UMT – Universiti Malaysia Terengganu
- UPSI – Universiti Pendidikan Sultan Idris
- UPNM – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- UPM – Universiti Putra Malaysia
- USIM – Universiti Sains Islam Malaysia
- USM – Universiti Sains Malaysia
- UNISZA – Universiti Sultan Zainal Abidin
- UTeM – Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- UTM – Universiti Teknologi Malaysia
- UiTM – Universiti Teknologi MARA
- UTHM – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- UTAR – Universiti Tunku Abdul Rahman
- UUM – Universiti Utara Malaysia
- WOU – Wawasan Open University
Cara Untuk Memohon
Kepada anda yang memenuhi syarat kelayakan, boleh terus klik pada pautan berikut : https://ibita.penang.gov.my/login.php
BACA : PERMOHONAN & SEMAKAN PFF 2020
2.PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS
Diwujudkan untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.
SYARAT KELAYAKAN
1) Pemohon mestilah berumur 60 Tahun ke atas.
2) Pemohon mesti berdaftar dengan SPR sebagai pemilih yang mengundi di Negeri Pulau Pinang.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Kad Pengenalan Waris
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank
Pihak Kerajaan Negeri berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati melanggar syarat-syarat program atau memberikan maklumat palsu.
KAEDAH PELAKSAAN
-Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100
-Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran iaitu pada 8 Mac 2010.
Pemberian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM1,000 Kepada Keluarga Warga Emas Berdaftar Yang Meninggal Dunia Sekiranya warga emas yang berdaftar dan memenuhi kriteria kelayakan meninggal dunia (selepas 8 Mac 2010), sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada keluarga anggota yang mengurus dan membiayai kos pengebumian warga emas berkenaan.
MEKANISMA PENGUMPULAN DATA DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS NEGERI PULAU PINANG
PERINGKAT 1
Pendaftaran Warga Emas melalui pengisian borang.
PERINGKAT 2
Semakan dan pengesahan maklumat oleh Pusat Khidmat ADUN dan Pejabat Daerah dan Tanah (termasuk semakan dengan rekod Daftar Pengundi di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya.
Memasukkan maklumat ke dalam sistem pangkalan data berkomputer
PERINGKAT 3
Pejabat Y.B Exco dan UPEN memantau maklumat / data dalam sistem komputer.
3.PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
Program ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan ibu tunggal yang layak mendapat manfaat dan membantu mengurangkan beban.
SYARAT KELAYAKAN
1) Warganegara Malaysia.
2) Berdaftar di dalam SPR sebagai pemilih di dalam Negeri Pulau Pinang
3) Bercerai atau kematian suami
4) Mesti mempunyai sekurang-kurangnya SEORANG anak.
5) Berumur 60 tahun ke bawah semasa mendaftar
6) Tidak berkahwin semula.
7) Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Sijil Kelahiran salah seorang anak.
– Salinan Kad Pengenalan Waris / Penerima Khairat.
– Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank
5.PROGRAM BANTUAN OKU
Program ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan golongan OKU yang layak mendapat manfaat dan membantu mengurangkan beban mereka
SYARAT KELAYAKAN
1) Warganegara Malaysia.
2) Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
3) Umur kurang daripada 60 Tahun.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Kad Pendaftaran OKU.
– Salinan muka hadapan buku bank.
6.PROGRAM ANAK EMAS
Program ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan anak-anak yang layak mendapat manfaat.
SYARAT KELAYAKAN
1) Anak mestilah seorang warganegara Malaysia.
2) Ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan SPR sebagai pemilih di Pulau Pinang.
3) Tuntutan tidak boleh dibuat selepas 2 tahun dari tarikh anak dilahirkan.
4) Tarikh kelayakan mulai Januari 2011.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
– Salinan Sijil Kelahiran anak.
– Salinan MYKID.
– Salinan Kad Pengenalan Bapa dan Ibu.
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank
7.PROGRAM BANTUAN IBU EMAS
Program ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan ibu yang layak mendapat manfaat dan membantu mengurangkan beban mereka.
SYARAT KELAYAKAN
1) Warganegara Malaysia.
2) Berdaftar di dalam SPR sebagai pemilih di dalam Negeri Pulau Pinang
3) Tiada pendapatan tetap/ tidak bekerja
4) Wanita telah/ masih berumahtangga
5) Berumur 60 tahun ke bawah semasa mendaftar
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN :-
– Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
– Salinan Kad Pengenalan Suami.
– Salinan Sijil Perkahwinan.
– Salinan maklumat akaun yang disahkan oleh pihak Bank
8.SUMBANGAN PUKAT 2 KALI SETAHUN
Hanya nelayan P. Pinang diberi bantuan pukat dua kali setahun . Nelayan di Pulau Pinang merupakan golongan yang paling bertuah sekiranya dibandingkan dengan (nelayan) negeri lain. Bagi seluruh Pulau Pinang, sumbangan pukat dua kali setahun berkenaan adalah membabitkan 3,121 nelayan dengan kos keseluruhan, RM1.09 juta setahun.
Sumbangan tersebut merupakan suatu penghargaan kepada golongan nelayan yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan rakyat Pulau Pinang terus menikmati hasil laut. Pemberian pukat yang dianggarkan berharga RM180 ini diharap dapat meringankan sedikit beban para nelayan.
Sumbangan ini juga adalah sebagai penghargaan kepada nelayan pantai di negeri ini yang merisikokan nyawa mengharungi laut semata-mata untuk ‘menaikkan’ ikan ke darat saban hari bagi memenuhi kehendak pasaran dan kelangsungan hidup di Pulau Pinang.
.
9.INSENTIF PERKHIDMATAN KEPADA PEMANDU TEKSI DAN OPERATOR BAS SEKOLAH DI PULAU PINANG
Proses pemberian insentif sebanyak RM600 setahun yang menggabungkan pemandu teksi dan operator bas sekolah. Untuk makluman, insentif teksi telah mula diberikan sejak tahun 2013 manakala kepada operator bas baru sahaja mula diberikan.
Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan dan khidmat bakti pemandu-pemandu teksi kepada perkhidmatan pengangkutan awam di Pulau Pinang selama ini juga khidmat bakti operator-operator bas sekolah dalam mengambil dan mengangkut para pelajar setiap hari.
Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mendapatkan senarai nama pemandu teksi dan operator bas sekolah yang sah berdaftar dan menjalankan perkhidmatan di seluruh negeri Pulau Pinang.
10.INSENTIF ELAUN RM100 SEBULAN KEPADA PENARIK BECA
Beca yang merupakan salah satu ikon negeri Pulau Pinang.. Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan insentif elaun RM100 sebulan kepada penarik beca di negeri ini.Sebagai penarik beca, pendapatan mereka tidak tetap, pemberian elaun RM100 sebulan ini amat bermakna.
11.SUMBANGAN PENGURUSAN JENAZAH / KEMATIAN SEBANYAK RM1,000
Sebagai meringankan beban kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif bagi membantu waris atau keluarga terdekat warga emas yang meninggal dunia dengan menambah satu lagi bentuk sumbangan iaitu sumbangan jenazah atau kematian sebanyak RM 1000.00 sekaligus (bukan tahunan) kepada waris setiap warga emas yang meninggal dunia.
Walaupun sumbangan yang diberikan ini tidaklah seberapa, namun Kerajaan Negeri percaya sumbangan sebanyak RM 1000.00 ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan waris atau ahli keluarga yang terdekat. Ia juga merupakan galakan kerajaan negeri ke atas orang muda menjaga ibu-bapa mereka dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai “Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang”, sila hubungi pegawai yang tertera di bawah.
Nama Pegawai:
Encik Nazirul Amri / Cik Koay Gaik Kee / Cik Josephine Tan Mei Ling
No. Telefon: 04-650 5699 / 04-650 5700 / 04-650 5701
No. Faks: 04-261 1064
Alamat: Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46, Bangunan Komtar 10503, Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut, layari https://isejahtera.penang.gov.my/
Tags: #BANTUAN KEWANGAN PENDIDIKAN PULAU PINANG #INSENTIF ELAUN RM100 SEBULAN KEPADA PENARIK BECA #PEMANDU TEKSI DAN OPERATOR BAS SEKOLAH #PROGRAM BANTUAN IBU EMAS #PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL #PROGRAM BANTUAN OKU #PROGRAM PENGHARGAAN WARGA EMAS #SENARAI BANTUAN KERAJAAN PULAU PINANG #SUMBANGAN PENGURUSAN JENAZAH #SUMBANGAN PUKAT
Raja Rafidah Yantee Binti Umran2 tahun ago
Bantuan untuk ibu ibu bersalin bagi golongan b40
Luqman1 tahun ago
bantuan untuk sambung belajar diploma untuk kolej vokesional ada .boleh memmohon ke