PERMOHONAN PERMIT HIKING SELANGOR (Kadar Harga Malim Gunung)
Terkini Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan mensyaratkan penggunaan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP) bagi aktiviti pendakian yang ketinggian 600 meter dan ke atas di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Selangor. Penguatkuasaan sepenuhnya perkhidamtan MGP ini setelah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan permit hiking, semoga membantu.
TARIKH PERLAKSANAAN KHIDMAT MALIM GUNUNG
Bermula pada 1 Februari 2023, semua aktivti pendakian yang dijalankan di kawasan yang ditetapkan disyaratkan perlu menggunapakai Khidmat Malim Gunung Perhutanan yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
SYARAT PENDAKIAN DALAM HUTAN SIMPAN KEKAL
Berikut adalah merupakan antara syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu:
- Mendapat permit masuk Hutan Simpan Kekal (HSK) daripada Pejabat Hutan Daerah
- Disyaratkan perlu menggunakan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP) bagi lokasi yang ditetapkan dan digalakkan untuk lokasi-lokasi lain
- Seorang MGP hanya boleh emmbawa tujuh (7) orang pendaki sahaja
- Mengisi borang pelepasan tanggungjawab (indemnity form)
- Menghantar salinan permit memasuki HSK ke balai polis terdekat
KADAR HARGA KHIDMAT MALIM GUNUNG
Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga cadangan iaitu:
KETINGGIAN | KADAR HARGA |
1,700 meter hingga 2,000 meter | RM300.00 |
1,400 meter hingga 1,699 meter | RM270.00 |
1,200 meter hingga 1,399 meter | RM250.00 |
900 meter hingga 1,199 meter | RM230.00 |
600 meter hingga 899 meter | RM200.00 |
NOTA: Kadar harga adalah kadar berkumpulan iaitu tujuh (7) orang dalam satu kumpulan bagi sehari bergantung kepada tahap ketinggian.
LOKASI PENDAKIAN DIBENARKAN HUTAN SIMPAN KEKAL
Berikut adalah merupakan lokasi pendakian yang dibenarkan dalam HSK di Selangor iaitu:
DAERAH | LOKASI |
Pantai Klang | ![]() |
Selangor Tengah | ![]() ![]() |
Hulu Selangor | ![]() ![]() |
CARA PERMOHONAN HIKING DI SELANGOR
Berikut adalah merupakan cara permohonan pendakian dalam hutan simpan kekal di selangor iaitu:
MEMERLUKAN KHIDMAT MGP | TANPA KHIDMAT MGP |
|
|
CARA PERMOHONAN PERMIT HIKING
Kepada anda yang ingin memohon permit hiking, berikut adalah merupakan caranya.
- Anda perlu kenal pasti gunung/bukit yang nak hiking tu di kawasan hutan taman negeri dalam daerah di negeri Selangor
- Muat turun Borang Permohonan Permit
- Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan pada borang tersebut
- Hantarkan borang permohonan tersebut ke Pejabat Hutan Daerah mengikut gunung/bukit, kawasan hutan seliaan pejabat daerah tersebut dan buat pembayaran.
NOTA: Untuk kesemua parmit yang dikeluarkan anggaran 100 orang/minggu setiap kawasan hutan yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan permit hiking di Selangor, anda boleh merujuk:
- Website rasmi: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
- Tel : +603-55447507
- Email: [email protected]
Utk pasangan pjj dokumen ape yg diperlukan