BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG(Semakan Status Permohonan yp.org.my)

BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG(Semakan Status Permohonan yp.org.my)

BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG

Kepada calon-calon warga Pahang yang berkelayakan ingin melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang, anda boleh membuat permohonan Biasiswa IPT (Lepasan SPM) dan juga Biasiswa Pendidikan (BKMB / SPC YP). Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG  

Biasiswa Ipt Yayasan Pahang ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang meliputi elaun sara hidup bagi meringankan beban kos pengajian pelajar.

 

APA ITU BIASISWA BKMB  

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

 

APA ITU BIASISWA SPC YP

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP):

  • Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Program Peneraju Profesional Akauntan Muda (FIA – ACCA)

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

Syarat Kelayakan Biasiswa IPT Yayasan Pahang

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2020 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-)
  3. Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40.
    • B40 – Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
    • M40 – Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851 – RM10,970/bulan.
  4. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA dalam negara sahaja secara sepenuh masa.
  5. Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB)

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2020 seperti berikut:-
    • Calon SPM : 9 A+ ke atas
    • Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Syarat Kelayakan Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan
  2. Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  3. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2020 dengan mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.
  5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

 

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA IPT YAYASAN PAHANG

  • Biasiswa IPT Yayasan Pahang: Akan Dikemaskini
  • Biasiswa Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB): 16 Jun 2022 (Khamis)
  • Biasiswa Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP): 08 Julai 2022 (Jumaat)

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang seperti berikut:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut menegenai Biasiswa IPT ini, sila alyri website rasmi Yayasan Pahang di pautan https://www.yp.org.my/

 

ARTIKE LAIN

PERMOHONAN BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR) YAYASAN PAHANG RM300

 

Leave a Comment