PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)

PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)

PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)

PENGENALAN BKSS

Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS) adalah  satu inisiatif kerajaan negeri Sarawak untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah (B40) dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan dan  kumpulan bujang  yang berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun  dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan ekoran cabaran ekonomi yang dihadapi rakyat kesan penularan wabak Covid-19.

 

BENTUK BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG(BKSS)

Bantuan ini berbentuk tunai sebanyak RM250 sebulan diberikan dalam tempoh 6 bulan, bermula April 2020 sehingga September 2020.

 

KAEDAH BAYARAN

Kaedah pembayaran secara digital dan konvensional juga akan diambil kira bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasaran ini. Bayaran secara digital adalah melalui nombor akaun bank penerima BKSS yang layak. Manakala pembayaran secara konvensional adalah penunaian melalui Bank Simpanan Nasional(BSN) bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG(BKSS)

Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN.

Jika anda layak tetapi gagal mendapat bayaran BKSS pada 15 April 2020, maka anda perlu semak sekali lagi syarat untuk membuat rayuan permohonan BKSS.

 

SEMAKAN KELAYAKAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN BKSS

Terdapat 2 golongan yang layak untuk membuat rayuan permohonan BKSS bermula 18 April 2020 sehingga 28 April 2020.Berikut adalah 2 golongan yang layak membuat rayuan :

  • Penduduk Sarawak yang merupakan ketua isi rumah (suami atau isteri) dari golongan B40 dengan jumlah pendapatan isi rumah adalah kurang RM 4,000 sebulan; atau
  • Bujang (berumur 40 tahun hingga 59 tahun / OKU berumur 18 tahun hingga 59 tahun) dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan

 

CARA MEMBUAT RAYUAN PERMOHONAN BKSS

Terdapat 2 cara membuat rayuan :

1) Borang Permohonan Rayuan Manual

2) Isi Borang Permohonan Rayuan Atas Talian

 

BAGAIMANAKAH CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS MANUAL?

1.Muat Turun  BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS

2.Lengkapkan maklumat berikut :

  • MAKLUMAT PEMOHON
  • BUTIRAN AKAUN
  • BUTIRAN PASANGAN
  • MAKLUMAT ANAK / TANGGUNGAN
  • PERAKUAN

3.Sila hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon

 

BAGAIMANAKAH CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN RAYUAN BKSS ATAS TALIAN/ONLINE?

1.Layari laman portal BKSS

2.Cari paparan Borang Permohonan Rayuan Atas Talian

3.Lengkapkan borang

4.Sila tekan ‘Saya Bukan Robot’

5.Pilih gambar yang dikehendaki

6.Sahkan dan Hantar

7.Permohonan rayuan anda berjaya di hantar.

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS

Jika anda telah membuat rayuan permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang(BKSS), anda boleh semak status rayuan permohonan BKSS tersebut.

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKSS

1.Layari laman portal BKSS

2.Cari paparan Semakan Status Permohonan Rayuan

3.Masukan Nombor Kad Pengenalan

4.Tekan SEMAK

5.Keputusan akan dipaparkan.

* Sekarang kemudahan untuk membuat semakan status permohonan rayuan BKSS belum dapat digunakan.

 

TARIKH KEPUTUSAN SEMAKAN STATUS RAYUAN PERMOHONAN BKSS

Keputusan rayuan boleh disemak selepas 15 Jun 2020.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi nombor berikut untuk pertanyaan:

Talikhidmat –Tel:082-555 999 / e-mail:[email protected]

 

ARTIKEL LAIN

Baca tentang INSENTIF IBU BERSALIN (IBB) RM450 Negeri Sarawak

Kepada para ibubapa yang baharu sahaja menyambut kelahiran anak, jangan lupa buat PERMOHONAN INSENTIF ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS) RM1,000

24 thoughts on “PERMOHONAN RAYUAN DAN SEMAKAN BKSS (Check Status)”

  1. Kasihan kitak org, bkss saya sampai skrang tiada berita apa-apa?? Kita tunggu ja sampai ujung bulan mei tok, nanti bolehlah kita komen.. SABARLAH! Dululah. Ok. BSH saya fasa 2 pun blum…

    Balas
  2. Assalamualaikum
    Saya ibu tunggal tiada diberi bantuan
    Adakah ibu tunggal tiada diberi melaluI Sarawak Ku sayang?

    Balas

Leave a Comment