CONTOH SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH NEGERI

CONTOH SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH NEGERI

CONTOH SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH NEGERI

 

Situasi penularan wabak Covid-19 di Malaysia yang tidak menentu,kerajaan melaksanakan PKP/PKPB/PKPPP mengikut keperluan dan keadaan.

Jadi kepada individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah, anda dikehendaki mengisi Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) PDRM untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum melakukan pergerakan.

Namun demikian,anda perlu mempuyai alasan kecemasan yang dibenarkan sahaja  dan perlu sediakan bukti serta dokumen yang lengkap.

KEMASKINI TERKINI ALASAN YANG DIBENARKAN RENTAS NEGERI

Berikut adalah alasan yang dikategori sebagai kecemasan dan penting:

TERKINI: Kebenaran Rentas Negeri Diperketatkan

– Permohonan bagi tujuan pekerjaan, perubatan, pendidikan, pasangan jarak jauh dan kecemasan / kematian hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis

– Rentas negeri dibenarkan untuk kecemasan dan kematian hanya bagi keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja

– Jika diluluskan, hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Pergerakan hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) tidak akan diluluskan kecuali kecemasan, kematian, & pasangan jarak jauh.

– Pergerakan Rentas Negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan / apa-apa jenis majlis / jamuan adalah dilarang

– Peraturan ini akan berterusan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

– Timbalan Ketua Polis Negara –

Berikut adalah contoh dokumen yang diperlukan untuk urusan rentas negeri/daerah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Dokumen-dokumen yang berkaitan; surat pelepasan bekerja, surat daripada hospital atau klinik,bukti suami/isteri bekerja jauh dari pasangan/surat panggilan temuduga/surat masuk ke asrama/sekolah
  • Borang permit / surat kebenaran merentas negeri
  • Surat rasmi permohonan rentas negeri

Pastikan setiap borang/surat/dokumen sokongan dibuat dua salinan untuk simpanan balai polis dan simpanan sendiri.

Jika anda bekerja dengan syarikat,boleh je cetak SURAT KEBENARAN MITI/MITI’s Approval Letter untuk pergerakan dalam daerah/negeri

CONTOH SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH NEGERI

Berikut adalah contoh surat rasmi permohonan rentas daerah/negeri untuk urusan kecemasa.Anda perlu edit dan cetak sahaja:

Contoh Surat Kebenaran Rentas Daerah/ Negeri

Nama:

Alamat:

No Telefon:

______________________________________________

Kepada Ketua Polis Daerah XXX (Sila nyatakan daerah masing-masing)

Tuan/Puan

PERMOHONAN RENTAS DAERAH/ NEGERI

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin membuat permohonan rentas negeri daripada daerah/negeri A ke B atas sebab hal kecemasan (Contoh: kematian ahli keluarga terdekat / urusan ahli keluarga terdekat sakit / mengurus anak di hospital & lain-lain yang dikategori sebagai hal kecemasan)

Berikut saya sertakan butiran peribadi bagi kegunaan pihak tuan/puan:

Nama:

No K/P:

No Pendaftaran Kereta:

Tarikh:

Masa:

Alamat destinasi:

Bilangan ahli keluarga yang dibawa :

Besar harapan saya agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Saya akan menerima segala syarat dan peraturan yang perlu saya patuhi untuk tujuan hal kecemasan ini. Saya akan segera kembali ke tempat tinggal saya secepat mungkin setelah selesai urusan kecemasan ini.

Saya juga ada melampirkan bukti bagi permohonan rentas negeri  untuk rujukan pihak tuan.  (*Sila sertakan lampiran seperti sijil kematian, surat pengesahan hospital, surat temuduga & surat lapor diri)

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

……………………………….

(Nama & Tandatangan)

MUAT TURUN PERMIT/BORANG KEBENARAN RENTAS NEGERI PDRM

Anda perlu muat turun permit/borang kebenaran rentas negeri terlebih dahulu,kemudian sila lengkapkan permit/borang kebenaran.

Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  

Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 

APA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM  MEMBUAT PERMOHONAN RENTAS DAERAH/NEGERI?

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum mebuat permohonan rentas daerah/negeri:

  1. Sila muat turun Borang Permit Kebenaran Rentas Negeri
  2. Cetak / print borang berkenaan dalam 2 salinan.
  3. Kemudian,sila lengkapkan borang permit dan serahkan kepada balai polis terdekat.

SOALAN LAZIM

Adakah pekerja perlu buat surat rasmi permohonan rentas negeri?

pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

Apa syarat yang perlu dipatuhi selepas permohonan diluluskan?

Anda perlu patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKP/PKPB ini berkuat kuasa.

Boleh ke rentas negeri untuk hadiri majlis perkahwinan adik beradik?

Tidak boleh,Pergerakan Rentas Negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan / apa-apa jenis majlis / jamuan adalah dilarang

Boleh ke rentas negeri pada hujung minggu ?

Pergerakan hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) tidak akan diluluskan kecuali kecemasan, kematian, & pasangan jarak jauh.

Leave a Comment